November 04, 2017

Eat Travel Write Doodle - Citrawarna 2017



Eat Travel Write Doodle - Citrawarna 2017 | Salam. Wahhhh tetiba rasa excited pulak uzu dapat join event Gaya Travel kali ini sebab kali pertama berkesempatan dapat join Eat Travel Write Doodle sebab sebelum ni tak dapat nak join sebab takde cutiii (masih dalam probation period) waktu dulu-dulu.. 

Untuk Eat Travel Write Doodle kali ini adalah sempena dengan Citrawarna 2017 yang diadakan di Dataran Merdeka pada 28.10.17 . Citrawarna 2017 kali ini adalah sambutan Citrawarna kali ke 17 diraihkan dengan gilang gemilang yang turut diraihkan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz , Menteri Kebudayaan & Pelancongan Malaysia.

EAT TRAVEL WRITE DOODLE 03 - 2017

Islamic Art Musuem (Sumber Gambar  : Syafik)
ISLAMIC ART MUSUEM

Aktiviti hari pertama kami adalah ke Islamic Art Musuem . Pada bulan Disember 1998, Malaysia menjadi tuan rumah kepada Muzium Seni Islam Terbesar Di Asia Tenggara. Muzium Seni Islam Malaysia menempatkan lebih dari sepuluh ribu artifak, perpustakaan buku-buku seni Islam yang luar biasa. Objek seni yang dipamerkan dari kepingan barang kemas yang paling kecil ke salah satu model skala terbesar di dunia Masjid al-Haram di Mekah. 

Bukan sahaja menumpukan perhatian kepada kerja-kerja dari kawasan pedalaman Persia dan Timur Tengah, IAMM juga memberi penekanan kepada Asia. China dan Asia Tenggara . Komponen ketiga Malaysia untuk Melting Pot ialah  India  yang juga diberi status istimewa. India, China dan Dunia Melayu berada dalam kategori yang luar biasa. Bahagian koleksi lain dipaparkan mengikut jenis dan bukan asal-usul geografi di 12 galeri muzium.

Waktu Operasi
Isnin -  Ahad : 10 pagi - 6 Petang
Public Holiday : 10 pagi - 6 Petang

Harga Tiket
Dewasa : RM14
Pelajar : RM7
Kanak-Kanak : Percuma

Planetarium Negara Kuala Lumpur (Sumber Gambar : Google)

PLANETARIUM NEGARA KUALA LUMPUR

Aktiviti seterusnya ETWD kami sepatutnya ke KL Bird Park tapi memandangkan keadaan cuaca ketika event tu tidak mengizinkan ( waktu  hujan ) , aktiviti kami ke sana dibatalkan dan ditukar ke Planetarium Negara KL.  

Pembinaan reka bentuk unik teater ini merupakan satu cabaran yang besar kepada arkitek, jurutera dan kontraktor binaan bangunan. Di sebalik kesukaran yang dihadapi, Planetarium Negara berjaya menyampaikan rancangan pendidikan dan menghiburkan mengenai astronomi, pencerapan langit malam dan pelayaran angkasa kepada pelajar sekolah dan orang ramai.  

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari 
9 Pagi - 4.30 Petang ( Kecuali Isnin )

Harga Tiket

Galeri Pameran : Percuma
Tayangan Planeterium : RM6 , Kanak-Kanak : RM4

Vistana Hotel Room

VISTANA HOTEL KUALA LUMPUR

Penginapan kami kali ini adalah di Vistana Hotel Kuala Lumpur yang terletak di Titiwangsa menjadi pilihan Eat Travel Write Doodle kali ini.. Penginapan kat sini sangat exclusive dan selesa. Wifi , Swimming Pool, Breakfast dan layanan servis kat Vistana Hotel KL memang sangat-sangat memuaskan :) 

Alamat
9 Jalan Lumut, Off Jalan Ipoh,
50400 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +60 3 4042 8000

Email: viskl@ytlhotels.com.my


MAJLIS PELANCARAN KIDS ECO DASH

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan telah pun meerasmikan Kids Eco Dash kali kedua yang diadakan di Taman Eko Rimba. Acara sangat meriah dengan aktivti-aktiviti dan semestinya acara paling utama ialah Run yang disertai oleh kanak-kanak bermula dari umur 4 tahun sehiingga 12 tahun. Sangat meriah dan telatah anak-anak sangat menghiburkan :)


TAMAN EKO RIMBA

Selepas majlis pelancaran Kids Eco Dash, kami seterusnya ke Taman Eko Rimba untuk mengalami sendiri dan menikmati pemandangan hutan yang sangat cantik yang tak pernah terfikir tempat ini wujud di tengah-tengah Kuala Lumpur, berdepan dengan Menara KL.

Alamat
Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi
Dibuka setiap hari
Masa : 8 Pagi - 6 Petang

(Sumber Gambar : Menara KL)

UPSIDE DOWN HOUSE

Ohhhhhhh baru uzu tahu kewujudan Upside Down House pun ada kat KL ni.. Ingatkan Sabah , Melaka dan Langkawi je ada rupanya Upside Down House pun ada.. Tempat sangat stratergik iaitu bersebelahan dengan pintu masuk Menara Kuala Lumpur.. Sapa yang datang ke Menara Kuala Lumpur mesti akan perasan kewujudan Upside Down House ni..

Yang bestnya mengenai Upside Down House KL ni, dalam dia macam rumah yang moden dalam bentuk terbalik .. Yang penting dalam ni ada aircon.. Hihi kat sini boleh ambik gambar.. Sesetengah Upside Down House tak boleh ambik gambar contohnya di Sabah.. Seronok pulak lepak dalam ni..

Waktu Operasi
9 Pagi - 7 Malam

Harga Tiket
Dewasa : RM15
Kanak-Kanak : RM10


MENARA KUALA LUMPUR ( SKY DECK & SKY BOX)

Ini adalah kali ketiga uzu ke Menara KL .. Memula dulu uzu p sambut birthday tunang kat restoran berputar kat Menara KL tu.. Fuh romantiknya zaman-zaman mengorat dulu.. Haha . Kali kedua uzu datang sebab ada invitation berbuka puasa dan kali ketiga bersama Eat Travel Write Doodle 2017 anjuran Gaya Travel.. Hihi datang Menara KL ni tak pernah menjemukan :)

 Sky Deck
 Sky Box

Waktu Operasi
Setiap Hari

Harga Tiket
Dewasa : RM70

Citrawarna 2017

CITRAWARNA DI DATARAN MERDEKA 2017

Acara yangg ditunggu-tunggu ialah Citrawarna yang diadakan di Dataran Merdeka KL.. Kami tiba di Dataran Merdeka sekitar jam 5 petang.. Acara penyerahan pokok-pokok untuk menyokong kempen #sayangmalaysia yang mementingkan penjagaan alam sekitar dan ada juga dianjurkan aktiviti-aktivti santai berkelah dengan konsep tiffin.

Santai-santai berkelah
 Sayang Malaysia tak?
Berkelah sambil baca Gaya Travel magazine.. Hihi
Tarian Kebudayaan Pelbagai Negeri

Alhamdulillah tamatlah sudah Eat Travel Write Doodle - Citrawarna 2017 kali ini.. memang best sangat tengok Citrawarna depan mata sebab dapat media seat khas untuk peserta Eat Travel Write Doodle.. Uzu ni orang-orang Kebudayaan masa kat sekolah menengah dulu, tu sebab suka menari walaupun nampak ganas... 

Persembahan Citrawarna kali ni ohh seriussss sangat best yang mana dipersembahkan lakonan teater dan tarian dari pelbagai negeri dari Perlis ke Sabah , pelbagai tarian yang mewakili budaya masing-masing.. Pengakhiran Citrawarna diakhiri dengan penutupan nyanyian dari artis-artis Malaysia antaranya Ning Baizura dan lain-lain.. hihi.. 

Okay itu sahaja entry uzu mengenai Eat Travel Write Doodle - Citrawarna 2017 . InsyaAllah kalau ada rezeki, uzu akan join lagi event dari Gaya Travel akan datang ( kalau sudi jemput :p ) .. Hehe ok lah salam :)
Share:

0 Sila Komen: