December 19, 2017

Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabanga - PULARA 2017


Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabanga - PULARA 2017 | Salam. Alhamdulillah selesai sudah PULARA Pangkor 2017 iaitu satu festival puisi dan lagu rakyat yang bertaraf antarabangsa kerana festival Pulara Pangkor ini adalah sau festival mengumpulkan pelbagai seniman dari pelbagai negara bagi menjayakakan PULARA PANGKOR 2017. Tidak lupa juga, festival ini menjemput pelbagai media dari seluruh Malaysia dan juga luar negara.

PULARA Pangkor 2017 dengan tema Bahasa Sejiwa , diadakan selama lima hari dan uzu berkesempatan menghadiri festival pulara 2017 ini selama 4 hari 3 malam yang mana uzu hadir bersama team Gaya Travel sebagai media jemputan pada Pulara Pangkor kali ini. Terima kasih kepada team Gaya Travel, bos besar En Nuar , PR Adela dan Digital Media Hasif Hamsyari atas jemputan ini... Rasa macam tak puas :p





Sebelum majlis kemuncak bermula pada Sabtu malam, kami menghadiri beberapa persidangan iaitu ucapan selamat datang oleh Dato' Hj. Muhammad Amin Bin Zakaria dan ucapatan seni, seterusnya persidangan bahasa dan persuratan melayu merentasi zaman, ada diadakan festival budaya seni serantau

Juga pada hari seterusnya, ada bual bicara bahasan dan persuratan melayu bersama kepimpinan mahsiaswa, bicara karya , dan acara malam kemuncak Pulara 2017 yang diadakan di Arena Pangkor. Acara malam kemuncak Pulara 2017 diadakan dengan meriah sekali ! Pelbagai aktiviti diadakan sempena PULARA 2017 di sekitar Arena Pangkor antaranya booth seni, booth makanan tradisional Pangkor yang mana makanan percuma diberikan kepada para pengunjung :)

Persembahan pembukaan
Syok layan tarian pembukaan ni :)
Ucapan perasmian penutup oleh YB Dato' Seri Diraya Dr. Zambry Abd Kadir ( Menteri Besar Perak )

Majlis perasmian penutup..
Cenderahati untuk Menteri Besar Perak..
Acara tarian..
Acara Deklamasi Puisi dan Persembahan Lagu Rakyat










Pelbagai jenis dari pelbagai negara mendeklamasikan puisi masing-masing. Tak ketinggalan juga Deklamasi puisi dari Menteri Besar Perak kita yang mendapat pujian dan sorokan yang tinggi. Ini bermakna puisi dari Menteri Besar Perak adalah satu puisi yang tulus dari hati. Penghayatan puisi yang baik dan menyentuh hati..

Majlis kemuncak Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabanga diakhiri dengan persembahan nyanyian dari artis terkenal tanah air iaitu, Black yang menyanyikan beberapa lagu .. Tak sangka suara Black memang power.. :) 

So kesimpulannya, Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabanga - PULARA 2017 adalah festival yang wajib datang lah . Sebab waktu ni lah nak kenang kembali segala sejarah mengenai puisi dan lagu rakyat. Pelbagai seniman yang turut hadir menjayakan Pulara 2017 . Tak sabar pula nantikan Pulara 2018. Diharap festival macam ni terus diadakan sebagai festival wajib diadakan di Pulau Pangkor dan menjadikan Pulau Pangkor sebagai salah satu tempat yang wajib dilwati di Perak. 
Share:

0 Sila Komen: