December 12, 2017

Irene Catalina Muncul Kembali Dengan Single Terbaru "Ajari Aku"


Irene Catalina Muncul Kembali Dengan Single Terbaru "Ajari Aku" | Salam..  Teringat dulu waktu mula-mula uzu kenal Kak Irene.. Time tu uzu ada review butik dan baju-baju cardigan koleksi Kak Irene kat SACC Mall Shah Alam.. Maklumlahh SACC MALL Shah Alam banyak vendor-vendor artis dan tak sangka Kak Irene ni dulunya seorang penyanyi..  Maaf Kak Irene.. Zaman dulu-dulu tahun 2004.. Dah lama dah Kak Irene ni dalam industri nyanyian .. Masa tu tak kenal lagi.. Serius uzu pun tak kenal kak Irene tapi sejak tu lah uzu follow kak Irene kat social media... 

Sampailah uzu dapat jemputan dari Kak Irene.. Wow !! Dah lama senyap tiba-tiba buat showcase ! Haaa rupanya tanpa sedar Kak Irene Catalina buat single terbaru hatta single tersebut adalah sebagai tanda Kaka Irene Catalina kembali ke industri nyanyian ! So far uzu memang tak pernah dengar Kak Irene nyanyi tapi bila datang showcase, ya allah !!! Sedapnya suara !! Dalam hati, insyallah kalau berusaha lagi sikit , boleh lah maju kedapan sebaris dengan penyanyi lain.. Bukan senang tau nak cipta nama sendiri dalam industri nyanyian ni... Kak Irene dulu siap pernah kena tipu RM30000 oleh someone dalam industri ni juga.. Katanya nak buatkan lagu tapi kena tipu !! Tapi tak bermakna Kak Irene putus asa.. Yeahhh kalau uzu pun, uzu terus down..! RM30k satu jumlah yang banyak !! Tapi tak mematahkan semangat Kak Irene Catalina untuk kembali bangkit dengan single terbaru Ajari Aku..


Sebelum tu, uzu nak bagitau latar belakang kak Irene Catalina .. Irene Catalina adalah pendatang baru dalam dunia seni hiburan ... Waktu dulu-dulu kak Irene Catalina  tubuhkan satu group penyanyi berkumpulan sekitar tahun 2004 - 2006 .. So cuma tempoh 2 tahun je mampu bertahan.. Sekarang ni masing-masing tak aktif dalam seni hiburan.. Group berpecah.. Dan selepas 12 tahun, kak Irene Catalina  kembali sebagai penyanyi solo sejak tahun ni.. 

Single pertama lagu kak Irene Catalina  ialah AJARI AKU yang dicipta oleh DJ FUZZ dan lirik di tulis oleh Kumpulan Viral ... Lagu ni insyaallah akan music untuk drama Encik Suami Mat Salih Celup dengan video musik dapat view lebih 123,000+  yang mana mula diupload di youtube sejak Ogos 2017..

Kak Irene Catalina  juga turut tercalon dalam kategori Penyanyi Baharu Hot 2017 Anugerah Hot Fm 2017, yang mana kak Irene Catalina  berharap single terbaru Ajari Aku ni mendapat sambutan yang memberangsangkan !! Uzu pun  harap macam tu.. Bila dah dengar lagu ni, macam best pulak :D Syok je dengar kat laptop ni haa sebab uzu dapat CD kan :p

Pembukaan untuk showcase Irene Catalina
 Seriusnya kak :D
 Pengacara Mini Showcase Irene Catalina : Aizat Makeup Artis
Salinan baju kedua.. Cantik baju ni..
 Siapa lah design baju ni eh? Tak fokus dengan kak Irene nyanyi :D
 Suka tengok manik-manik kat atas baju kak irene tu. Ya allah cantik..
 Eh aku ni review baju ke review lagu ni? :p
 Tetamu jemputan untuk Duet bersama kak Irene Catalina..
 Bapak hensem mamat ni:D
 Persalinan ketiga.. 
 Suka tengok kak Irene nari nari kat sini :)
 Yang ni kak Irene tengah nyani lagu Ajari Aku..
 Amboi gelak ape tu kak?
Gambar sepanjang di Mini Showcase Irene Catalina
 Ramai yang datang..
 Sampai berebut makanan :p
 orang kuat kak Irene..
 Eh ada makcik bergosip :p
 Blogger hebat turun padang..

Alhamdulillah Mini Showcase Irene Catalina berjalan dengan lancar. Apa yang uzu tengok , mini shoecase ini berjaya ! Dengan ada hos yang best (Aizat) , dengan makanan yang sedap, tempat yang selesa , so memang puas hati datang Mini Showcase kak irene.. Uzu harap kak irene akan terus maju di masa akan datang !

Sesiapa yang nak invite kak Irene Catalina kat mana-mana majlis, event , atau apa-apa je yang memerlukan penyanyi, jom support Kak Irene Catalina dengan single terbaru Ajari Aku ! Mudah-mudahkan menjadi penyanyi berlevel antarabangsa satu hari nanti ! Amin ..

Untuk Matlumat Lanjut

Pengurus : 012-3119311
PA : 017-5580056


Jom layan lagu Ajari Aku by Irene Catalina
Share: