March 21, 2018

Air Asia FAM Trip : Puri Santrian Beach Resort & Aktiviti Menarik Yang Ada Di Kawasan Sekitarnya


Air Asia FAM Trip : Puri Santrian Beach Resort & Aktiviti Menarik Yang Ada Di Kawasan Sekitarnya | Salam. Untuk malam terakhir kami sempena Air Asia FAM Trip di Bali Indonesia, kami semua menginap di Puri Santrian Beach Resort yang mana Puri Santrian terletak 1-2 jam daripada bandar.

Puri Santrian Beach Resort

Puri Santrian Resort Hotel Sanur terletak di sepanjang pantai Sanur yang mewah di hujung selatan selatan yang mana terdapatnya pulau yang tenang. Puri Santrian Beach Resort yang dikendalikan oleh keluarga empunya resot yang mana resort ini menyimpan segala tradisi Bali. 
Ruang tengok tv

Uzu suka giler kot dengan bilik kiterang last sekali ni kat Puri Santrian Resort . Fuh tengok gambar je korang tau lah kan macam mana cantiknya bilik ni. Bilik yang uzu duduk ni besar. Ada 2 katil single. Boleh muat uzu dan kak zue. Ada perabot yang cantik, ada tv besar, toilet yang selesa, dan balcony of coz hehehe subhanallah.. Pemandangan yang tak boleh lupa dalam ingatan.. Jom tengok gambar bilik kiterang hehe.
Tandas.
Dua katil single
My bed hehehe. Sonok nye sambil-sambil tengok menu nak order makanan
Ruang tengok tv. fuh kabinet tv pon cantik hehe
Balcony ada tempat lepak. Ya allah bestnya view balcony ni hehe
 Nampak tak swimming pool kat depan belah kiri tu? heee

Lepas je kiterang check in dan berehat, sebelum kiterang meneruskan aktiviti seterusnya kat resort ni, , kiterang ada masa untuk jejalan di sekitar Puri Santrian ni.... Banyak tempat ambik gambar cecantik kat Puri Santrian Beach Resort ni.. Swimming pool pon cantik.. Tapi tak semua tempat uzu ronda.. hihi.
Tempat makan, tempat lepak sebab depan tu betul-betul pantai.. Serius best lepak kat atasa tu..hehe
 My favourite swimming pool ! Resort ni byk sangat pool tapi yang paling cantik pool ni.. hee
 Tenangnya rasa lepak sini..
Kak zue tunggu husband dia ke? :p
Sedapnya kalau dapat rilex kat sini sambil yoga ke hehe

Aktiviti Yang Menarik Di Puri Santrian Beach Resort


1. Kelas Memasak Masakan Bali

Yeahhhh bila dengar je kan ada kelas memasak, laju juga lah nak turun dari bilik.. Actually memang ada dalam itinerary tapi hehe uzu tak perasan pulak.. Uzu bukan lah suka masak, tapi sejak pandai masak, rajin lah juga turun dapur. Biasanya menu yang uzu yang simple-simple je lah haha tapi kat sini uzu berpelung nak belajar macam mana nak masak makanan orang bali  atau orang indonesia. Beruntung k hehe
nak masak kena pakai bunga okayy kat tudung hehe
 lelaki pon kena belajar masak okay. haha *inilakiorg* huhu

2. Seawalker

Benda yang uzu excited gila gila nak p tapi akhirnya ketakutan nak join tetapi ada alasan kebetulan bendera jepun so hihi yeahhh nak santai-santai je tepi pantai tapi kan kan kan bila tengok gambar diorang ni, ya allah menyesal sampai sekarang. Huhuhuhu.. Cantik kot ! :( Jeles tengok banyak ikan yang diorang da[at tengok secara live. Siap pegang-pegang ikan eee jelesnya huhu..
Sharul Nizam retisss kita bawak gopro. Pinjam gambar ni ye hehe
Sekali sekala letak gambar orang kuat kiternag, Heiddy lah yang invite kiterang semua. Tq heiddy! hihi 
 Disebalik gambar cecantik. Hee oh macam ni rupanya kat bawah tu hihi

3. Berbasikal Mencari Sunrise

Ni pon uzu tak sempat join sebab penat sangat dengan aktiviti-aktiviti malam tu.. Yelah shopping tak ingat dunia diorang sampai lewat balik. So uzu pun nak rehatkan diri, nak bangun lambat .. Yang lain semua gigih rasanya semua tak mandi pepagi tu hahahaha .. Kan korang ? Tak ngaku memasing. haha! Dengar cerita diorang sempat makan-makan lagi pagi tu waktu keluar nak cari sunrise. 
Heiddy lead Air Asia Malaysia okay.. haha
Kalau nak sewa basikal boleh sewa kat sini ye. Mana tau nak g dating kan :p
 Rajin kak zue eh berbasikal pepagi hehe.

Hari ketiga dan keempat tak banyak tempat yang kiterang p sebab semua benda dah setel masa hari kedua dan ketiga, so waktu kiterang kat Puri Santrian, more too relaxingkan diri sesambil fikir bila nak kawin tah. Hahaha k gurau je.. 

Kat Puri Santrian ni banyak lagi benda yang best-best, siyes berbaloi lah siapa nak honeymoon ke, nak datang by group macam we olls ni kan.. Memandangkan kami semalam je so tak banyak yang kami cover dan p walhal resort besar giler, nak round sehari memang tak dan.. Anywayyy uzu sangat-sangat rekemen resort ni sooo uzu bagi 5/5 bintang ! Yeahhhhh..  

Untuk yang bakal ke Bali, sekali sekala pilihlah resort yang cantik dan menarik macam ni siap di tepi pantai kan, hihi kekadang nampak je mewah tapi harga mampu milik.. So bagi berminat nak tahu lebih lanjut mengenai Puri Santrian Beach Resort, boleh lah rujuk info kat bawah ye.. HIhi salam.

Untuk Matlumat Lanjut


Alamat : Jl. Cemara No.35, Sanur, Denpasar Sel., Kota Denpasar, Bali 80228, Indonesia
Phone: +62 361 288009

"Fam Trip Bali Indonesia dianjurkan oleh Indonesia dengan kerjasama Air Asia"

Untuk Matlumat Lanjut
Share:

35 Sila Komen:

Nieyla Nadia said...

Menarik betul aktvitinya...

adianiez AIDA said...

wow. seawalker tu!!!
bali... pe yg tak best, Uzu. semua best.
sampai situ aje, mode holiday on 100%.
tempat percutian terindah...
huntung la dpt gi ramai2 gitu, Uzu.

Innanie Ariffin said...

Akak ada plan nak ke Bali tahun ni, tengok hotel dia tu cantik sangat lah. Bali ni lagi syok kalau pegi honeymoon kan! heheheehh tibaaaaa terfikir romantic moment! ehhhh

Del Asyraf said...

Best ye melancong ke Bali, banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Seronok tengok sis bercuti ke sana. Nanti ada rezki nak ke sana juga.

Cindyrina Rina said...

Suka Bali.Last pegi tak de pulak buat activity camni.Nanti kalau Ada peluang gi Bali lagi nak rujuk balik entry night.

Betty Liew said...

The seawalker and cooking class attract me a lot. I never travel to Bali yet but one day sure will reach there. Will mark this post for future reference.

Hasif Hamsyari said...

Alaa seronoknya!! Memang bercadang nak bercuti ke Bali lagi so nanti bolehlah pertimbangkan duduk kat sini. Nampak nice jugak resortnya kan! Seawalker tu.. Saya mengidam sangat!

Ana Suhana said...

Serius terpukau tgk "kemewahan" blk uzu tu. Tepi pantai pula tu. Area swimming pool pun cantik. Banyak pula aktiviti pula buat. Teruja tgk walking sea tu.

MisDiarios said...

seronoknyaaaaa

Marshalizadotcom said...

Bestnya resort tepi laut. Seawalker tu aktiviti paling best tengok. Teringinnya nak buat sea walker tu. Kalau uzu tak share ni xtau tau.

Amanda Suria said...

Bestnya seawalker tu..menarik betul..kalau banyak duit la sekarang gak akak pergi..jelws tgok uzu..gambar pun cantik2

Mimin Adam said...

syoknya bali

seri wangi said...

Bali memang best tapi kak belum sampai lagi...gi bali dlm mimpi jer...

Mrs Liez said...

Aduhhh cantik betul resort dan seawalker yg best tu.. mmg kena masuk dlm wishlist travel ni.. teringin nak g bali tp belum rezeki

Maha Mahu said...

Amboi paling suka tengok resort tu memang exclusive duduk seorang jer ker satu bilik tu hehehe bestnya nak pergi Bali lah tapi tahun ni bajet dalam negara jer tak apa next year...

julia jamaludin said...

Seawalker tu lain daripada yang lain. Masuk dalam wishlist siap2 tempat ni. Suka tengok resort yg guna perabot kayu macam ni.

Zayani Zulkiffli said...

Kemainnya hotel macam ni. Rasanya ni lokasi terbaik nak honeymoon. Tak terlalu crowded dan design lawa.

Akif Imtiyaz said...

Wah bestnya kat tepi laut gtu.seronok dpt kayuh basikal..pemandangan pon cecantik sangattt..

lyanaishak said...

Best nya tengok uzu jalan sana sini.. Aktiviti2 pun menaik semua =)

Siti Rohaida Yusof said...

Jeles tengok uzu pi tempat cantik-cantik.sambil timba pengalaman di tempat orang...

el said...

Bestnya seawalker tu..tp seriau nak masuk dlm laut tu..mcm x berani je hihi..tp pool cantil beach cantik...semua best

Aliza Sara said...

Serious best bngun pagi kalau scenery selalu mcm tu. Waaahhh untungnya uzu dpt pergi. insyallah kalau ada rezeki dpt pergi tahun ni

Syahindah Ms said...

Cantiknyaaa tempat yang ni, paling sukaa aktiviti berbasikal tu hehe.

Salina Johari said...

Banyak jugak ye aktiviti di sana , moga ada rezeki K.Sal sekeluarga nak ke Bali

mas saari said...

Cantiknya resort dia, aktiviti pun best² terutama seawalker tu.

Shesyira As said...

Bestnya uzu dapat bercuti tempat menarik macam ni
Tempat fav airah betul pulau ke laut ke ape ni tenang je

alia farhan Said said...

Cantik and besar bilik tu...
Seronoknya kalau dpt bercuti ke bali oiii

Kylie wenn said...

Seronoknya dapat stay to tempat yang sungguh indah dan menarik ni..

banyak aktiviti!

fizafantagirO said...

fuhhh seawalker tu bestnyaaa

Hanny Abdullah said...

Best kalau travel dok tempat mcm ni...dok kat hotel je pun dh cantik..tak yah dah jalan mana2..rugi..hehehe

Afizah Abd Rahman said...

Tersangat lah best. Bilik pon cantik dengan view yang menarik.

yaya_flanella said...

Bestnya uzuuuu rasa macam yaya pun pergi sana hihi nak pergi betul2 la nanti

Yanty Lee said...

Ya Auloh Uzu teringin nya nak berseawater tu... Kenapa la zaman tahun sis oergi bali tak de semua ni. Wah leh la masakkan pastu makan merasa masakan ala Thai. Tapi giler bapak siot cantik la bilik dan surrounding.

Mimi Azirah said...

Serius terus jatuh cinta dengan bali ni. Aktiviti pun best best. Tapi kan Uzu nak tanya lah kat Bali senang tak nak cari makanan Halal sebab member akak pernah pergi dulu dicakap susah sikit sebab majoriti orang sana beragama Hindu. Ada juga beagama Islam tapi payah jugaklah. Nak cari makanan pun kena hati hati katnya

mamapp said...

cantinya bilik dia dan scenery kat luar pn cantik sgt. pool pn nampak bersih.. bolehlah masuk wishlist nanti