March 19, 2018

Air Asia FAM Trip : Tempat Menarik Di Karangasaem Bali Indonesia


Air Asia FAM Trip : Tempat Menarik Di Karangasaem Bali Indonesia | Salam. Kali pertama uzu ke Bali , tempat-tempat yang uzu lawati adalah tempat yang tersangat memang terkenal dengan jutaan pengunjung. Jujurnya, tempat-tempat tersebut sangat lah cantik dan berbaloi untuk diterokai ! So Fam trip kali ni, uzu ke tempat-tempat menarik yang kurang ada pelancong tapi tersangatlah berbaloi untuk uzu meneroka tempat-tempat menarik yang baru di Bali Indonesia iaitu di Karangasaem.

Sejarah Karangasaem Bali Indonesia

Karangasaem terletak di Timur Bali . Karangasaem mempunyai keluasan 839.54km2 dengan penduduk lebih 400000 . Karangasaem dulunya dimilik oleh Amplapura namun Karangasaem terpisah disebabkan Gunung Agung meletus pada 1963 dan rtelah mengorbankan 1900 orang penduduk. Kerajaan Karangasaem adalah kerajaan Bali sebelum Belanda menawan Bali.

Perjalanan uzu dari tempat penginapan kami di Swiss Ber-inn Region Hotel mengambil masa 2 jam. Perjalanan yang sangat panjang tetapi amatlah berbaloi setelah uzu dan rakan-rakan tiba di tempat pertama lawatan kami iaitu di Pura Lempuyang.


Pura Lempuyang

Pura actually Temple, so Pura Lempuyang bermaksud , Lempuyang Temple dalam bahasa om putih hehe ialah Temple yang tertua dan terkenal di Bali. Kebanyakkannya masyarakat Hindu majoriti banyak di kawasan ini . Kuil ini terletak di 1175 KM dari aras laut membuatkan untuk ke Pura Lmepuyang ini paling sesuai menggunakan kereta. Kalau nak hiking pun boleh tapi mungkin mengambil masa 30-40 minit untuk sampai ke Pura Lempuyang.
Pura Lempuyang dengan view mount agung

Pantang Larang Sebelum Memasuki Kawasan Pura Lempuyang

Ada beberapa pantang larang yang harus kiterang follow untuk menghormati agama dan kesucial kuih mereka. Please ! Jangan langgar pantang larang ! Tolong hormat ye sebab waktu uzu kat Pura Lempuyang, memang nampak ada beberapa penjunjung yang tak dengar arahan. Alohai. Please lah.
- Wajib pakai sarung ( tengok sarong oren uzu ) . Boleh beli kat sana tapi mahal.
- Wanita yang period tak boleh masuk
- Wanita yang menyusukan anak tak boleh masuk
- Wanita yang kematian adik beradik dan saudara terdekat dalam masa 3 hari tak dibernarkan masuk
- Tak boleh mengeluh ketika berada di kawasan ini.
Suka tengok dekorasi tangga kuil ni..

Ada dua spot yang cantik ambik gambar kat Pura Lempuyang ni, satu view gunung agung tu dan satu lagi yang ni. Kat atas ada temple..  Uzu tak sempat nak naik atas sebab busy nak ambik gambat kat bawah. Hehe bukan tu je, tukang ambik gambar untuk kengkawan yang lain. Maklumlah uzu je yg reti ambik gambar. Hahaha ok done puji diri sendiri.. 

Temple kat atas ni ada tempat cantik nak bergambar. Untuk ke atas, ada 3 jenis tangga yang ada.Kiri dan kanan, juga kat tengah. Laluan tangga di tengah adalah laluan untuk orang-orang yang suci sahaja . Untuk tujuan sembahyang lah.. So kiri dan kanan tangga pelancong boleh naik. Gmbar kat bawaha ni tangga sebelah kiri :)
Jangan lupa ambik gambar kat sini hihi
 Sempat ambik gambar dengan topi air asia :)

So sesiapa yang berminat untuk ke Pura Lempuyang , kena lah datang menggunakan bas atau van ya. Kena sewa lah hehe. Masuk ke Pura Lempuyang adalah PERCUMA. Parking pun luas. Uzu bagi 5/5 bintang untuk Pura Lempuyang :)


Alamat
Pura Lempuyang Tiyingtali, Desa Abang, Karangasem Bali Indonesia

Tirta Gangga


Sejarah Tirta Gangga

Tirta Gangga ialah satu kawasan taman air pancut yang dahulunya adalah bekas Istana Diraja Timur Bali, yang mana Tirta Gangga terletak tidak jauh dari Karangasaem iaitu kira-kira 5KM berdekataan dengan Abang. Tirta Gangga dimiliki oleh Diraja Karangasaem.

Tirta Gangga dibina pada tahun 1948 oleh Raya Karangasaem Anak Agung Agung Anglurah Ketut Karangasem , Air Diraja Tirta Gangga dikeliliingi oleh kolam dan air pancut yang berlatarkan taman-taman yang sangat cantik dan batu-batu .
air pancut tirta gangga
 taman air yang menghijau..
 taman yang cantik dihiasi dengan bunga-bunga yang mekar ..
 simbol kepada kekuatan raja karangasaem
 Cantik ambik gambar di atas batu-batu ini..
 Macam duduk kat air kan? Walhal duduk kat batu hehe
 Pengunjung boleh bagi makan ikan kat Tirta Gangga ni hehe
 Adakah ini ikan emas?
 view di sebelah pulak nampak tangga cantik ni :)
 Jangan lepaskan peluang ambik gambar kat sini juga!

Memandangkan kiterang p waktu hujan , so gambar-gambar uzu kat atas nampak kusam pulak di Tirta Gangga. Siapa yang ke Tirta Gangga pada waktu panas terik , uzu yakin gambar-gambar korang akan lebih cantik menarik dan memang debommm! Hihi tapi uzu puas hati juga dapat bergambar sepantas kilat sebab hujan mula membasahi bumi.. Hehe. 

Untuk ke Tirta Gangga, masuk adalah percuma!! Tiada pantang larang sebelum masuk seperti mana kat Pura Lempuyang. Tapi tetap kena behave kat tempat orang ye.. Hihi. 

Alamat :
Jalan Abang - Amlapura, Ababi, Abang,
Kabupaten Karangasem, Bali 80852, Indonesia

No telefon :  +62 361 730374

Ladang Salak & Sibetan Village


Selepas kiterang melawat Tirta Gangga, kami semua ke destinasi seterusnya ialah melawat ladang salak tempatan di Kampung Sibetan.  Kampung Sibetan lebih terkenal dengan penanaman salak yang terbesar di Bali.

Sejarah Ladang Salak Sibetan

Kampung Sibetan majoritinya 80% adalah penanaman buah salak, 10% menanam padi dan 10% kawasannya adalah perkampungan. Kampung Sibetan adalah terletak di 375 sehingga 1200 aras laut. Kampung Sibetan cantik dengan pemandangan bukit bukau, udara yang fresh dan kawasan salak ladang salak yang luas.
persembahan tarian penduduk Sibetan

Setibanya kami di sana, kami disambut oleh penari penari kebudayaan yang menarikan tarian Bali , juga disambut dengan makanan ringan iaitu buah salak , air salak dan manisan. 
uzu bersama penari-penari kampung sibetan..

Pemukuran Hill Sibetan Village

Kampung Sibetan ada view yang sangat-sangat cantik di top hill lah kekdahnya yang mana perjalanan ke puncak bukit Kampung Sibetan mengambil masam 15-20 minit. Kalau uzu, hehe kiterang naik kereta. Yang lain jalan kaki. Hehe. Tu sebab kosong je kat atas ni.. 
jatuh cinta pandang pertama dengan view ini
 Uzu sangat rindukan pemandangan macam ni.. Nyaman dan damai..

Mula-mula sampai sini ke puncak ini, subhanallah rasa tak berhenti nak ucap. Tetiba teringat kat tuhan. Hihi of coz lah sesungguhnya dialah pencipta . Eh alang-alang teringat kat tuhan tu, nak bagitau lah kat sini takde penduduk Muslim. Jarang nak jumpa. 
rasa tenang je tengok..

Sambil-sambil nak tunggu yang lain sampai ke atas, smepatlah menghirup udara yang sangat nyaman ye. Fresh air gitu. Untuk pengetahuan, dari puncak bukit kampung sibetan ni, ada nampak pemandangan lautan yang cantik dan kawasan pelabuhan-pelabuhan..
 Tengah merenung jauh  merindukan tunang uzu di Malaysia haha
  Penduduk kampung sibetan memakai pakaian putih sempena majlis rasmi..
 Adik-adik di kampung sibetan memainkan alat musik bali
 hasil kraf tangan penduduk kampung sibetan..
 Bag rotan ni tengah trend ! Rugi tak beli. Murah dari kawasan bandar ..RM45
 Air Asia Malaysia teams - Media , Blogger & Social Media Influencer..

Puas hati bila dapat datang ke Sibetan Village. Tempat ni masuk adalah percuma. Memang rugi kalau datang tak nikmati tempat-tempat menarik macam ni.. Untuk kampung Sibetan, uzu bagi 4/5 bintang! Jangan lupa beli buah salak fresh ! Murah sangat-sangat tau ! Kepada non muslim, boleh rasa tapai yang diperbuat dari buah salak. Hehe opss yang muslim layan buah salak je k. tapai tapai cannot k hehe. 
Alamat :
Bebandem district, 83 km from Denpasar

Rama Candicasa Resort & Spa Bali


Pengenalan Rama Candicasa Resort & Spa Bali 

Rama Candidasa Resort & Spa terletak di sebelah timur Bali, di tengah-tengah daerah Candidasa. Ia adalah satu-satunya tempat untuk percutian yang damai dan santai di Bali serta meneroka syurga bawah laut yang indah di Bali, seperti di Tulamben, Amed, PadangBai, Blue Lagoon dan banyak lagi.

Kemudahan Rama Candisasa Resort & Spa Bali

Untuk penginapan anda di Bali, Rama Candidasa Resort & Spa menawarkan 77 bilik berperabotan bergaya dengan hiasan Bali kontemporari yang dipertingkatkan dengan kemudahan moden, semuanya dengan balkoni terpencil yang menawarkan pemandangan ke lautan, kolam renang atau taman tropika yang subur. Kemudahan resort menyelam terdiri daripada kolam renang luaran dengan kolam kanak-kanak, tempat tidur hari pantai, gazebo taman, taman zen yang tenang, bilik mesyuarat dan fungsi, kemudahan perkahwinan, perpustakaan & pusat perniagaan, spa kesihatan, dek matahari yang luas dan banyak lagi.
hiasan bunga yang cantik hehe
sangat kreatif pasu ada keluar air pancut hehe
  Sempat mencari tempat untuk solat. hehe

Perjalanan mengambil masa 90 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Tuban, resort bali yang indah ini menghadap Lautan Hindi yang luar biasa dan menawarkan suasana yang romantis untuk pencinta alam. 

Ketenangan semulajadi yang ditetapkan di kalangan gunung, sawah dan lautan, yang menawarkan keamanan dan kedamaian yang muktamad. Sama ada anda mahu membeli-belah, bersiar-siar, aktiviti alam semula jadi; seperti pengembaraan beras padi, berbasikal, menyelam, snorkeling dan yoga, atau hanya bersantai dan melamun, semua ada ! 
Resort yang dipenuhi dengan tanaman
 swimming pool menghadap laut..

Tujuan utama kami ke sini adalah untuk makan tengahari. Terima kasih kepada pihak resort kerana telah menyediakan makanan pork free kepada kami semua. Hihi makan tengahari kami menjadi lebih bermakna kerana restoran terletak betul-betul di tepi laut. Hihi seronoknya santai kat sini sambil makan-makan ! 
Untunglah retis laju je cop meja view laut ni eh hehe
 Ada juga spot ambik gambar yang cantik ! 

Website :

Alamat :
 Jl. Raya Sengkidu, Sengkidu, Manggis, 
Kabupaten Karangasem, Bali 80801, Indonesia
No telefon : +62 363 41974

Candi Beach Resort & Spa Bali


Resort yang kedua yang kami lawati ialah Candi Beach Resort & Spa . Untuk ke resort ini, perjalanan kami mengambil masa 10 minit kerana kedua-dua resort ini terletak di kawasan Candicasa. 

Pengenalan Candi Beach Resort & Spa

Candi Beach Resort & Spa terletak di Bali Timur iaitu satu resort tenang, menenangkan, mewah yang menawarkan tempat menarik, semulajadi dan penginapan mewah di pinggir bandar. Ramai pelancong memilih untuk melawat Bali Selatan dalam perjalanan mereka, tetapi bandar sibuk dan jalan-jalan sibuk boleh menjadi sedikit kurang menyeronokkan. Bali Timur, tempat yang lebih tenang, sesuai untuk mereka yang menikmati berjalan-jalan santai di sepanjang pantai, rawatan yang indah dan seni bina tradisional Indonesia.
Cantik kan? Sesuai untuk honeymoon.. hehe

Candi Beach adalah sebuah resort di Bali yang menawarkan hiasan semula jadi, warna dalaman yang menenangkan dan persekitaran yang indah untuk bersantai. Dengan pantai persendirian yang memperlihatkan pasir putih yang rimbun dan bermimpi, perairan biru untuk mencelupkan, percutian Bali mungkin tidak seperti yang lain..
kolam renang wajib ada hehe

Kenapa Wajib Stay Di Candi Beach Resort & Spa ?

- Terletak di pantai dengan pantai berpasir putih terpencil.
- Taman pokok palma tropika yang besar untuk diterokai.
- Seni bina tradisional Bali unik dicampur dengan semua kemudahan moden termasuk wi-fi percuma di seluruh premis.
- Pilihan untuk tempahan bilik, dari bilik-bilik gaya hotel, ke banglo / cottage gaya Bali tradisional ke vila-vila kolam pemandangan laut.
- Dua kolam renang dengan kolam renang kanak-kanak dan restoran khas dengan pilihan makanan yang banyak dan
- Lokasi yang sesuai, sesuai untuk berehat, menyelam, snorkeling, memancing, dan spa untuk keseronokan anda. 
Seronoknya bilik ada balcony macam ni hehe. Menghadap laut!!

Alamat :
Candi Beach Resort and Spa
Jalan Raya Candi Dasa, Mendira, Sengkidu, 
Manggis, Sengkidu, Manggis, Kabupaten Karangasem, Bali 80033, Indonesia

Alhamdulillah. Selesai juga entry hari kedua uzu kat Bali. Bukan senang nak hasilkan entry ni ye. Uzu dah menghadap laptop ni dari jam 8 lagi. Mula-mula kena edit gambar. Pastu baru buat entry. Hihi nak kena buat entry kena research dulu apa yang patut. Fuhhh jam 3 pagi siap juga ye setelah 7 jam menghadap laptop. Bukan apa, sempat lagi tengok movie, masak, makan, belek instagram, belek facebook, blgwalking, dan sambung semula buat entry. Hahahaha eh merepek !

Untuk hari kedua uzu di Air Asia Fam Trip Bali Indonesia ni, sememangnya sangat menyeronokkan. Boleh tengok tempat baru, boleh belajar benda baru, boleh tengok budaya Bali ni. Serius lah tak rugi datang ke Bali.. Penuh dengan kebudayaan Bali.. Alang-alang ke Bali jangan lupa ke Karangasaem okay? Hihi sekian je lah enty uzu hari kedua. Nantikan entry hari ketiga ye. Salam.

Untuk Matlumat Lanjut

Share:

40 Sila Komen:

Kak Sue said...

Bestnya dapat pergi bercuti kat Bali, permandangan cantik sangat. Rupanya ada syarat ya nak masuk sesuatu tempat tu.. Pergi tempat orang kena la ikut dan hormat kan Uzu..

julia jamaludin said...

cantiknya tempat ni. Tak taulah akak berpeluang dapat ke sana atau tak. Hehe. Btw, canttik2 semua gambar uzu :)

Salina Johari said...

lama dah ngidam nak ke Bali ni..huhuhu...bila uzu nak belanja ntah tapi ni dah kira belanja gambar dah ni...aci la...hehehe

Yanty Lee said...

Alahai why certain tempat tu cam tak pergi pun masa pi dulu.. Cantik pula tu... Ada nk spinsir tak eh...

Siti Rohaida Yusof said...

Tak taulah bila nak sampai ke sini dengan Air Asia..tempat ni memang cantik kan

lyanaishak said...

Wahhh best nya.. Cantik view.. One of my wishlist nie =)

iffah hussin said...

Buat masa ni berangan dulu.. Tempat ni masuk dalam list nak pergi nanti. View semua nampak cantik dan menarik.. Bookmark terus entri ni..

Ana Suhana said...

MasyaAllah cantik nya tempat2 dkt sana. No wonder lah ramai suka ke Bali. Nak masuk wishlist ni.

Hanny Abdullah said...

Bestnya tgok org gi Bali. Sis dh byk kali dah ke Bali sb tu malas nk ke sana lg...nk save duit gi tempat lain pulak..hehehe.
Btw..cantik gambar2 yg uzu tangkap ni

Syahindah Ms said...

Banyak nya tempat best best. Bali memang ada dah dlm bucket list huhu. Tapi yg kat kuil tu. Sarong kena bawak sndiri ke cemana ? Ke dia bagi?

mas saari said...

Bilalah nak sampai Bali ni, semua tempat cantik².

el said...

Candi beach dia cantik sgt...

Aliza Sara Mason said...

Wah uzuuuu! Serious nmpk seronok gila bercuti. Rindu pulak dkt Bali sbb dh lama tk visit. Boleh la kali ni fly guna airasia kan. Hehe

Marshalizadotcom said...

Bila tengok gambar-gambar dan sharing uzu ni, lagi kuat hati ini nak ke Bali. Doakan akak menyusul yaa

Amanda Suria said...

Seronok tgok Uzu asyik berjalan kat tempat best2 je...akak nak pergi lagi la Bali..dulu masa xde zaman2 blog so tak share kat mana- mana..gambar pun tak banyak...nak kena repeat lagi sebab Bali banyak tempat best kan

Fieza Sani said...

Cantiknya tempat2 Uzu pi melawat ni..Lagi pulak Bali mmg terkenal dengan pemandangan yang cantik..

cik tom said...

bestnya pergi bali..ciktom pernah pergi jakarta je..tu pun gi shopping..hehe..
kat bali uzu pergi ni cantik2 la pemandangan kat sana..btw cantik la baju uzu..

Jane Chua said...

Pura Lempuyang looks like an interesting place that I would like to visit. The place looks beautiful and full of history.

Sue Izza said...

Bestnyaaa bali,eh ygvlanggar pantang larang tu kena halau ke uzu?

Shesyira As said...

Banyakny tempat menarik uzu pergi semua insta worthy tempat cantik sangat.
Banyak aktiviti pulak tu harap ada la rezeki airah pula lepas ni

qaseh dalia said...

Cantik2 gambar .. boleh buat rujukan

Del Asyraf said...

nice nya tempat ni Uzu, one day Del nak sampai dekat sini jugak. Senibina dia nampak menarik. best ni kalau photoshoot

fizafantagirO said...

Bila tengok gambar-gambar uzu ni terus rasa nak pegi uzu .. bestnyaa.. menarik!

Afizah Abd Rahman said...

Bestnya uzu. Jalan merata dah. Tak pernah ke Bali lagi. Tapi gambar-gambar ni semua cantik-cantik.

adianiez AIDA said...

Ohsem.
Indah.
Saujana mata memandang.
Satu hari nanti in shaa Allah...
Tempat2 yg mesti dilawati.
Tapi tabung ayam lom penoh ha ha ha...

Jia Shin Lee said...

Bali is such a beautiful island! I can't wait to visit and try out the resort you recommend, it'll be so relaxing and fun!

amirnawawi said...

Wah menariknyer tempat kau pergi Uzu. Tapi macam sama je tempat yang kita pergi dahulu. Tapi ada juga tempat yang lain kan.

Tapi nampak kat gambar memang lelawa la semuanya. Jeles plak aku.

Nik Khazami Nik aziz said...

uzu guna camera apa eh? lawa la! lagi2 kalau ambik gambar di indonesia!

cik kaella said...

menarik! bolehlah masuk list percutian

alia farhan Said said...

Kita kan...kannnn
Rasa mcm tak gemar sgt tmpt2 kuil2 kt bali tu
Ada rasa mcm scary skit..hahahahha...
Lgi2 tgk patung2 mcm tu

Maha Mahu said...

Cantik tempat ini dan masih terpelihara dengan sejarah dan bangunan yang indah serta landscape yang menawan. Kita tidak pernah sampai Bali lagi teringin sangat tambah-tambah bila tengok ada ladang buah Salak terbesar lak tu kat sana terus rasa nak pergi...

Mrs Liez said...

Mmg ramai yg suka pergi bali kan? Liez pun teringin sbb architecture dan pemanda gan alam cantik sgt

Bella Jamal said...

Bella belum samapi ke Bali. Pernah la juga ke Indonesia. Tempat ni cantik, bnyk tempat nak posing. Ok pantang larang biasa memang ada kalau lawat candi dorang ni. Kena la patuh. Masuk next list utk next trip!

Lia Hasty said...

Bestnya uzu trip ke Bali kali ni. Banyak betul tempat sejarah yang uzu lawat kat sana. HOtel pun selesa. Harap sangat dapat pergi sana.

Betty Liew said...

Whenever visit people temple, we need to respect their culture. I always do some research before enter. Agree with your statement. Bali is a nice place to visit. Famous with it scenery, and culture.

Rabiatul Adawiyah said...

Wah bestnya. Baju uzu bleh plak blend in dengan keadaan kat sana. Cantik sedondon. Hehehe. Bali memang best kalau ikut FAM trip. Kalau pi sendiri akak tak reti nak cari apa selain duduk kat hotel dan mandi kolam. Hahaha

dr-Life said...

This place reply beautiful ya. So coincidence me and my friends were discussing about those place. Lolz... Cool sharing...

Racheal

Absolute Yana said...

This place looks absolutely stunning! OMG...I would so love to visit here one day...I have only been to Bandung Indonesia..yet to step foot into Bali...but I would definitely want to visit this place...

Mimi Azirah said...

Kagum dengan bali ni sebab banyak tempat menarik. Kuil yang ada pun unik reka bentuknya. Suka tengok

Sunshine Kelly said...

Memang suka nak ke Bali, setiap kali pasti ada discovery baru. Hopefully can go there soon.