March 30, 2018

Pakej Sewa Dewan Perkahwinan & Katering Di UBE Banquet Hall Nilai 3


Pakej Sewa Dewan Perkahwinan & Katering Di UBE Banquet Hall Nilai 3 | Salam.. Bulan Mac dah nak melabuhkan tirai.. Dah nak masuk bulan keempat ni.. Siapa yang kahwin hujung tahun ni comfirm laah dah start sibuk fikir pasal kawin, fikir pasal dewan, fikir pasal katering, nak fikir pasal photographer , macam benda nak kena fikir hehe termasuk uzu lah :p 

Tapi tak boleh bagitau korang bulan berapa uzu kahwin. Haaaaaaaaaa rahsia gitoh.. Tapi tu lah.. Banyak benda nak fikir. Nak fikir kahwin kat rumah ke , atau nak kahwin dewan ke, dewan ada kosong ke kalau nak kahwin dewan? Ada tak jumpa dewan yang berkenan? Haa apa kat sesambil survey tu kan, masukkan lah UBE BANQUET HALL dalam list survey korang hehehe lagi-lagi korang nak cari dewan area Nilai 3 ? Sangat-sangat sesuai dengan UBE BANQUET HALL..

UBE Banquet Hall 

UBE Banquet hall adalah satu dewan perkahwinan yang disewakan kepada umum. Yang uniknya, jarang korang tengok sewa dewan sekali termasuk dengan sewa pelamin sekali.. Kan? Hehehe.. Pelamin pun simple dan cantik. Uzu suka tengok design pelamin macam ni. Dari jauh nampak besar dan memenuhi ruang dewan. Yang penting, boleh ikut tema yang korang nak.. Nak tema pinkkk ke, nak purple, semua boleh. Colour boleh request. No worries... :)
Zoom in pelamin di dalam dewan

Bila masuk sampai je ke UBE Banquet Hall , uzu teruja sangat-sangat sebab kawasan besar, parking banyak, dewan pulak decoration dia cantik sangat-sangat. Nampak exclusive.. I loike hehe
 Kerusi mahal tu kat dalam dewan.. Hihi
 Cara diorang hias meja dan kerusi sangat-sangat kemas.. 
 Hiasan di tengah meja..
 Tengok background dewan. Ada kain putih hiasan dinding. Kat atas pulak ada kain hitam.. Memang cantik.. Hihi..
 Tempat letak makanan atau live cooking..
 Tempat letak makanan..

UBe Banquet hall bukan je menyediakan sewa dewan perkahwinan tapi juga ada servis katering.. So sempatlah uzu dan rakan-rakan blogger untuk datang ke food tasting di UBe Banquet hall yang terletak di Nilai 3.. Hehe terima kasih kerana menjemput kami :) 

UBE Catering

UBE Catering menyediakan makanan-makanan kenduri katering untuk majlis perkahwinan. Siapa yang dah tengok dewan kat UBE Banquet Hall, boleh sekali datang untuk food tasting. Haaaa dapat makan free !! Hehehe gurau je.. Food tasting ni penting tau kalau nak order katering terutamanyaa untuk majlis perkahwinan sebab kita nak jamu ribuan tetamu.. Tak semua tempat sedap ! Mengikut pengalaman uzu g makan kenduri orang.. Ada je yang tak sedap.. Huhuhuu.. So para-para bakal pengantin kena buat food tasting sebelum nak buat keputusan katering mana menjadi pilihan untuk majlis istimewa kita nanti..

Btw, ini kali pertama uzu rasa kesedapan nasi kenduri. Siyes weii.. Bila makan nasi kenduri kat UBE Catering kan, fulamakkkk ..! Dengar cerita diorang memang famous dengan makanan-makanan nasi kenduri yang sesedap! Sebab UBE Catering ni dah famous sejak berabad lamanya. Thats why lah banyak uzu baca komen-komen mengenai UBE Catering ni memang wellknown as a catering yg servis terbaik! Hihi jom tengok lauk pauk apa yang ada :)
Nasi Minyak
 Ayam Masak Merah
 Rendang Daging
 Dalca Sayuran
 Acar Sayuran
 Tembikai
 Oren
 Papadom
Air Punch & Air Mineral
 
Wahhh lauk yang uzu paling suka of coz rendang daging! Sebab uzu suka daging! Tapi jujurnya, uzu kalau p kenduri kahwin mesti mengelak nak ambik rendang daging.. Nampak tak menyelerakan haha.. So bila kat sanaa kan, ehhh semua member makan 2 3  round, why not uzu cuba try test.. Betul tak? Thats why lah first time makan rendang daging haha. Memang sedap beb ! 5/5 bintanggg.. Dalca sayuran pon first time makan.. Ngeee .. Not bad rasa. Sedappp sesangat! 5/5 bintang jugaa :p Bestnya kalau ada UBE Catering kat sabah.. Kalau ada, uzu nakk juga order servis UBE katering untuk menu-menu lauk kenduri di majlis kahwin nanti uzu nanti:D Ehhh
Dapat rasa semua.. Sedap bebb..

So yang nak kahwin tahun ni, korang datang lah ke UBE Catering sebab sekarang UBE Catering tengah buat promosi hebattt untuk sepanjang tahun 2018 je.. Ada 2 pakej yang UBE Catering tawarkan ialah :

Sri Tanjung 
- Nasi Minyak
- Nasi Putih
- Ayam Masak Merah Sri Rose / Ayam Madu Tiga
- Daging Masak Kari / Gulai Kawah
- Papedom Kashmir
- Buah Tembikai
- Air Sirap Kampung
- Air Mineral

Pakej Termasuk :
-Sewaann Dewan
- 25 Unit Meja Bulat + Alas (Top) Mengikut Tema
- 250 Unit Kerusi Chiavary
- 2 Set meja buffet + Alas + Skirting
- Set Meha Makanan Beradap / Makanan
- Gubahan Bunga Artificial Di Meja Makan Tetamu
- Gubahan Bunga Artificial Di Meja Beradap dan Sekuntum Bunga Di Setiap Satu Meja
- 2 Unit Dome Berhidang
- 12 Orang Pelayan Beruniform
- Peralatan Katering

1000/pax  Harga Asal : RM25.50  , Harga Promo RM19.90

Sri Kekwa
- Nasi  Briyani / Nasi Minyak
- Nasi Putih
- Ayam Goreng Serai / Berempah
- Daging Masak Hitam / Masak Briyani
- Papedom Tah Mahal
- Dalca Sayuran
- Acar Jelatah
- Buah Tembikai + Oren
- 2 Jenis Kuih Muih ( Manis + Pedas )
- Bubur Kacang Hijau / Pulut Hitam
-Teh Tarik & Kopi O
- Air Punch
- Air Mineral

Pakej Termasuk :
-Sewaann Dewan
- 30 Unit Meja Bulat + Alas (Top) Mengikut Tema
- 300 Unit Kerusi Chiavary
- 2 Set meja buffet + Alas + Skirting
- 1 Set MejaTea Corner + Alas + Skirting
- 1 Set Meja Hadiah + Alas + Skirting
Pelamin Dewan  18 kaki
- Set Meja Makanan Beradap / Makanan
- Gubahan Bunga Artificial Di Meja Makan Tetamu
- Gubahan Bunga Artificial Di Meja Beradap dan Sekuntum Bunga Di Setiap Satu Meja
- 3 Unit Dome Berhidang
- 13 Orang Pelayan Beruniform
- Peralatan Katering

1000/pax  Harga Asal : RM23.50 , Harga Promo RM23.50

Yang berminat nak datang kat dewan ni jejalan survey dewan dan katering, jangan lupa singgah di Ube Banquet Hall Nilai 3 . Apa-apa benda nak tanya, boleh kontek number kat bawah ye. Hihi salam..
Bolah contact Cik/Puan Hardanila ni :)
Ube Banquet Hall Nilai 3

Untuk Matlumat Lanjut
Alamat : No 16660, Jalan Delima 1, Nilai 3 Nilai
Contact : 010-587 0000
Share:

1 Sila Komen:

Siti Rohaida Yusof said...

berbaloi sungguh kan pakej yng disediakan...memudahkan bakal pengantin mencari pakej sebegini