March 17, 2018

Penerbangan Ke Bali Indonesia Lebih Jimat & Selesa Dengan Air Asia


Penerbangan Ke Bali Indonesia Lebih Jimat & Selesa Dengan Air Asia | Assalamualaikum . Jujurnya, uzu dah bertahun-tahun setia dengan Air Asia . Nak travel p memana mesti by Air Asia.. Nak kata apa? Benda yang tak boleh dinafikan, Air Asia kan kali kelima memang anugerah penerbangan yang paling murah dunia. Hehe tahniah Air Asia dah tahun 2018 tak sure lagi sape menang. Nampak gaya kita kena tunggu lah World Travel Awards (WTA) tahun ini ye..

Sebagai Air Asia Blogger Community,  bila dijemput untuk ke Air Asia Bali Indonesia Fam Trip yang telah diadakan pada 1-4 Mac 2018, uzu sangat berbesar hati untuk menerima kerana ini kali pertama uzu dijemput oleh Air Asia .. Hehehehe terharu lahh walaupun p Bali Indonesia je. Bersyukurlahh tak kisah lah p mana janji dapat jemputan under Air Asia :) Thanks Heiddy for the invitation! :p I terharuu sobssss .. 

Info Penerbangan Direct Flight Air Asia KLIA2 - Denpasar Bali Indonesia

Anyway, penerbangan kami ke Bali Indonesia dari Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) mengambil perjalanan masa 3 jam dan waktu malaysia dan bali sama je eh waktunya.  

Untuk pengetahuan juga, penerbangan Air Asia ke dari KLIA2 ke Denpasar ( Bali ) Indonesia direct flightye 8 x sehari iaitu pada  Isnin, Selasa , Khamis , Sabtu , dan 9 x sehari pada Rabu, Jumaat dan Ahad.
Luas tak duduk kat hotseat ni? Hehe selesa kan?

3 jam perjalanan ke Denpasar takde lah lama sangat. Lebih kurang p Sabah juga hahah 2  jam 45 minit. Just tambah 15 minit gitoh. Uzu lak kali kedua p Bali tapi tau tak kenapa uzu excited nak p Air Asia Bali Fam Trip ni? Sebab tempat-tempat yang kiterang p adalah tempat yang jarang tourists datang ..

Ehemm back to the topic, macam biasalah kalau naik mana-mana penerbangan kena lah baca secaga info keselamatan di dalam flight.. Tolong ye ambik perhatian kalau pramugara dan pramugari untuk buat demo keselamatan.. Walaupun kita dah bosan dan siap hafal demo keselematan tu kan, bagi je perhatian. Diorang pun dah muak lah kot nak buat demo tapi kan wajib kan demi keselematan korang jugak . Ye dak ?


Siapa yang selalu naik Air Asia hahahha macam uzu memang akan nampak Travel 360 ni. Haa peneman ketika bosan dalam flight.. Uzu suka baca Travel 360 ni sebab memacam info mengenai travel yang boleh kita baca samaada dalam negara atau luar negara. Alaa kalau uzu suka baca negara-negara yang uzu tak pernah p.. Lagipun majalah ni gambar dia cantik-cantik kot. Kita belek belek ulang-ulang 4 5 kali dalma flight pon tak bosan.


Hehehe.. Travel 360 magazine ni dikeluarkan setiap bulan so sesiapa yang kerap travel berpeluanglah nak baca majalah ni kat dalam flight. Tapi kalau rasa minat dengan majalah ni tapi takde masa nak fly kan, boleh rujuk website https://www.travel3sixty.com/magazines/ dan majalah tu boleh download je. Free pulak tu hehehe best kan?
Layan travel 360 magazine. Kebetulanan ada info mengenai Bali..
 Selesa om putih ni duduk di Hotseat.. Dia pon layan travel 360 magazine..
 Om putih kat sebelah siap tengok movie lipat lipat kaki.. Selesa kan hotsea? Upgrade lah seat andaa kalau nak!

Selepas beberapa minit, seperti biasa lah kakak pramugara dan pramugari hidang makanan untuk semua orang. Biasanya kalau naik Air Asia, wajib beli nasi ayam heheh ! Sedappp ! Serius sedap tapi kali ni berbeza sikit lah.. Kiterang dijamu Sate Ayam inflight


Yeahh sejujurnya sate dia lembut, tak keras, sedap sehingga menjilat jari dan kuah kacang dia pun sedap ! Uzu bagi 5/5 bintang ! Satu kelainan makanan sate kat dalam flight tapi puas hati :)


Lepas makan semua masing-masing tidur. Bangun-bangun dah ehh dah sampai. Hihi .  Yang paling best kami di sambut meriah oleh pak supir dan tourist guide. Siap ada bunga bunga lagi. Wuhu... Sampai-sampai benda yang paling penting dalam hidup seorang blogger ialah... internet ! Alllahu sujud syukur lah sebab Air Asia sediakan simkad indonesia ni yeayyy .. 15 GB untuk seminggu? Layan movie je lah kan :p


Memandangkan kami sampai ke Bali dah malam so  takde aktiviti untuk kami pada hari pertama so kiterang terus ke hotel penginapan kami di Swiss Bell-inn Legion selama 2 malam. Kami dapat kunci , makan dinner dan tidur ! Hehehe..
Menu makan malam kami di Swiss Bell-In Legion
 Makanan untuk sorang ! Besar giler piinggan ni ! Tengok gambar atas untuk perbezaan :)
 Bilik sharing dengan kak zu :)

Yeahhh setel dah hari pertama Air Asia Bali Indonesia Fam Trip. Esok hari kedua banyak aktiviti-aktiviti yang kiterang p sampailahh tak sempat nak rehat k hehehe. Tempat yang kiterang p tu pun tempat-tempat menarik bali yang baru, yang ramai dan jarang sangat orang p. So korang wajib lahhhh tunggu next entry okay? Ok lah salam :)

Untuk Matlumat Lanjut
Share:

31 Sila Komen:

Hans said...

seronoknya dapat ke sana

Siti Rohaida Yusof said...

Wah..bestnya lahai dah ke sana..penerbangan oun selesa ya amat

marsha said...

Nampak sgt penerbangan yang sangat selesa. Tempat duduk luas dan makanan pun sedap. Berbaloi pilih Air Asia

Kak Sue said...

Kak Sue belum pernah naik Air Asia, bestnya dapat jalan-jalan kan Uzu..

julia jamaludin said...

Selesanya tempat duduk uzu.selalunya kalau fly jauh2 ni memang kena ambil seat yg luas ni.barulah mood cuti tak lari.hehe

Wawa Zubir said...

bestnyaaa.. enjoy je nampak/..

Munirah Mustafar said...

wow...bestnya!!!kalau lah dapat gak macam tu...untung badan!

Mimi Azirah said...

Cepat update uzu tak sabar nak tahu apa yang menarik di Bali. Satay tuh nampak sedaplah tapi kenapa tiga cucuk je...akak x cukup tiga cucuk tuh..hahaha

Syahindah Ms said...

Takpernah pun guna Air Asia sebab, memang tak pernah pergi mana mana lagi naik flight sobs sedihnya. Air Asia memang ramai recommend. Doakan Indah ada rezeki nanti, pergi Bali best jugaaa, teringin 😍

Shafyqah Azry said...

takpernah naik flight tapi macam tertarik dengan air asia ni, boleh nampak yang selesa siap boleh layan movie kan. sate tu pun nampak sedap, terliur sha nengok. nanti kalau ada rezeki dapat naik flight memang nak pilih air asia lah

emi said...

Asyik berjalan aje uzu ni. Jeles lah kita. Suka baca entry travel rakan2 blogger. btw selalu klu nak ke mana2 memang lagi prefer air asia pun. Murah

Aliff Zainal said...

Seronok sangat bila pergi Bali ni. Dorang punya culture, diversity di sana sangat special. Asyraf pun suka sangat pergi Bali, kalau ada peluang memang nak pergi lagi. Cantik kan dekat sana! lagi2 dkt uluwatu.

Zaleha | Youth Skincare said...

Can't wait nak baca entry uzu yang seterusnya...!! hehe

Belum sampai rezeki lagi ni nak travel sesuka hati..tapi bila baca perkongsian uzu suka sangat sebab rasa macam diri sendiri pulak yang travel :D

mas saari said...

Suka jugak travel dengan Air Asia, murah dan jimat!

qaseh dalia said...

Next story please ..

Hanny Abdullah said...

Sis skrg ke mana2 mmg guna airasia je..jimat n bila booking awal bolehlah nyimpan utk travel date yg booking tu..hehehe

Del Asyraf said...

waa seronoknya...btw saye bru follow blog awak :)

Betty Liew said...

Everytime travel, 3 sixty will always my companion when I fly with AirAsia. Many hot and juicy stories to read in 3sixty. Kill time during on flight for long hour.

dboystudio said...

next kena ambil jugak hot seat kalau nak fly mana2 dgn air asia dan beli awal2 makanan siap2 :) jimat kan..

Salina Johari said...

Jimat AA ni .. tengah dok menabung lagi sebab plan nak bawak anak² jauh sikit..huhuhu

Zharif Azis said...

Bestnya uzu dpt invitation drpd AABC. Mcm makin sendu je AABC skrg nie. Dh xbanyak event. Biarpon hanya sekadar pergi bali, tp still jugak ditaja. Tu yg best tu. Cepat2 update cerita hari kedua pulak. Nak baca nie 😉👍🏼

Bella Jamal said...

Kita pun memang selalu dengan AirAsia. Next Julai baru pertama kali nak naik MAS. Memangla dok belek belek ulang-ulang 4 5 kali buka tu sebab tak tau nak buat apa. Jarang tidoq. Last month perasan tempat baru ke Davao Filipina. Macam best juga. untungla dapat jemputan Air Asia. Bestt!

alia farhan Said said...

Selesa nampak gaya hot seat tu...
Luas pun luass
Lepas ni kena upgrade ke hot seat la cerita dia

Kin Naz said...

Bestnya uzu dapat jemputan dari Air Asia. Dapat naik flight Air Asia hot seat pulak tu.. Kinah tak pernah lagi naik flight. Insya Allah adala tu rezeki nanti. Sate ayam tu kan menggoda betul.

Normi Nieza said...

good sharing

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

nmpk selesa...

Shesyira As said...

Seronoknya uzu berpeluang ke bali.kita tak pernah lagi travel liar malaysia sobsbobs

Lia Hasty said...

Tak kesempatan nak gi Bali ni. Bestnya uzu dapat pergi sana. Sedap menu satay baru dari airasia ni.

Zayani Zulkiffli said...

Suka ngan AirAsia gak, makan sedap. Hot seat tu kalau flight jauh berbaloi lah, kalau flight dekat je, macam tak berbaloi.

Sunshine Kelly said...

Especially now with Matta Fair going on their air fare is even more worth it, can go holiday more often. Yay! I nak gi cuti ni...

Afizah Abd Rahman said...

Merata dah berjalan yer uzu. Bestnya ☺