March 14, 2018

ROAD TO AGRO TOURISM SIRI-4 ZON UTARA BY MTC : Ladang Mempelam MADA Tobiar, Pendang Kedah


ROAD TO AGRO TOURISM SIRI-4 ZON UTARA BY MTC : Ladang Mempelam MADA Tobiar, Pendang Kedah | Salam. Untuk hari  kedua, sepagi mentari lagi kami bergerak ke Ladang Mempelam Mada Tobiar yang terletak di Pendang Kedah.. Hi orang Pendang ! Buat ape tu ? Hehe mesti ramai orang pendang kat pembaca blog uzu ni kan? Ye lah hari tu ramai DM ig uzu sebab dia kata nak jumpa. Aloo sorry sebab masa kiterang kat sini sangat padat . Nak jumpa engkorang semua memang taj menyempat ! Sorry ye :D

Ladang mempelam atau lebih sedap nak sebut tu, ladang mangga tobiar ni terletak di kawasan seluas 40 hektar di Tobiar, Daerah Pendang, Kedah. Ladang Mempelam Tobiar telah ditanam dengan 18,000 pokok mempelam dari varieti Chokanan.
Pokok mangga atau mempelam tobiar

Sesiapa yang datang boleh menikmati kelazatan buah mempelam atau lebih sedap nak sebut , mangga segar dan hidangan istimewa pulut mempelam berserta minuman jus mempelam segar terus di ladang di samping menikmati keindahan dan ketenangan suasana ladang yang menghijau...
Sedapnya jus mangga dan pulut mangga. 

Uzu paling suka Mangga ! Buah yang paling uzu suka so bila datang ke Ladang Mangga Mada Tobiar ni adalah rasa sedikit excited nak datang . Mula-mula datang tu, wahhh tengok sekeliling penuh dengan pokok pokok mangga yang belum ada buah, so hijau je pemandangan. Rasa alhamdulillah diberi kesempatan untuk datang ke Ladang mangga Mada ni .. 


Pihak Ladang Mangga Mada Tobiar kata, pokok -pokok ni ada banyak fasa . So yang ni gasa ii . Dia tak buat sekaligus banyak-banyak sebab susah nak kawal kualiti, nak jaga pokok-pokok, so untuk memudahkan pihak Ladang Mangga Tobiar ni, dioang tanam pokok mangga mengikut Fasa..

 Pokok mangga yang takde buah lagi..

Siapa yang kaki gambar macam uzu ni, memang sesuai lah nak photoshoot kat kawasan Ladang Mangga Tobiar terutamanya jambatan yang ada di dalam ladang ni. Macam gambar kat bawah ! Cantik tak view pokok-pokok ladang mangga ni ? :p

Ladang ini juga dibuka untuk pelbagai aktiviti seperti lawatan ladang (samada berjalan, berbasikal maupun menaiki trem), petikan buah, memancing di kolam, latihan hands-on, dan kemudahan mesyuarat. Di samping itu pengunjung juga boleh menikmati pemandangan indah dari atas menara tinjau di ladang ini.. sumber


Di dalam lawatan uzu ni, ada juga ditunjukkan demonstrasi cara-cara pekerja-pekerja kat sini nak gred-kan mangga-mangga yang ada ! Simple je cara dia.. Alaaa macam gred kan telur. Sama je. Hehe perbezaan gred mungkin berdasarkan berapa besar dan berat sebiji mangga.
Cara gredkan mangga
 Mangga yang telah di gredkan..
Aktiviti seterusnya adalah aktiviti pencantuman benih.. 
 Pokok-pokok kena kerat kat tengah guna pisau ! Hati-hati ye kang luka tangan.. 
 cara sambungkan dahan tadi di dalam pokok..
Lepas dah kerat tengah then sambungkan dengan pokok tadi. Ikan guna plastik aiskrim..
 Bila dah siap, ambik plastik dan tutup dahan dan pokok yang telah dicantumkan.. Hehe

Yeah setel aktiviti kami di Ladang Mempelam. Yang setersnyaaa of koz lah dapat merasai kelazatan jus mangga fresh dan pulut mangga ! Ya allahhh sedap yang hamat ya aulohhh...  Sis terharu bila dapat makan mangga fresh ni. Favourite kite lagi yang membuatkan uzu 2x repeat minum jus mangga dan 2 x repeat makan pulut mangga. Jangan hairan kenapa tetiba mangga habis ok :p
sedapnya , uzu bagi 5/5 bintangg! 

Untuk pengetahuan semua, Tobiar Gold telahpun menghasilkan beberapa produk yang diproses daripada mangga iaitu  Bes Mangga  Bes Mangopine , Jus Mangga , Jus Mangopine , Jus Nenas , Jus Mangga Premium , Sos Mangga , Jem Mangga , Dadih Mangga dan macam-macma lagi produk baru.. Tahniah Tobiar Gold atas kejayaan sehingga kehari ini. Di harap tahun ni Tobiar Gold menghasilkan lagi produk baru berasaskan mangga. Amin..
Produk-produk Tobiar Gold

Untuk Matlumat Lanjut
Alamat : no 7 & 8 Kawasan Peridustrian Keda Napoh , 06000 Jitra Kedah  
Contact :  Tel : 04 9161562 Fax : 049161592 
E-mail :- madappkkangar@yahoo.com 
Share:

1 Sila Komen:

izyantyPersonalTaste said...

wah...bestnya p kebun mangga..