March 26, 2018

Road To Agro Tourism Siri-4 - Zon Utara Oleh MTC : Tempat Menarik Agro Pencongan Di Alor Star Kedah


Road To Agro Tourism Siri-4 - Zon Utara Oleh MTC : Tempat Menarik Agro Pencongan Di Alor Star Kedah | Salam sepaginya kami bergerak ke gunung keriang untuk ke Muzim Padi Kedah. Muzium padi ni tempat terkumpulnya pelbagai jenis beras di dalam malaysia dan luar negara, bukn tu je juga ada barang-barang lama yang di gunakan untuk menanam padi .

Muzium Padi

Dari Alor Setar ke Muzim padi ialah 8 KM .  Muzium ini berlatarbelakangkan gunung keriang dan yang mempunyai keluasan 2000 hektar. Bangunan ni ada 3 tingkat, tingkat pertama adalah ditempatkan sejarah menanam padi, tingkat kedua adalah galeri lukisan  yang mengambarkan aktiviti pertanian dan untuk aras ketiga untuk sampailah ke puncak gunung keriang.. 

Pintu masuk muzim padi
Tangga nak naik tingkat 3 
Cantikkan tangga ni? Macam bergua dalam ni
tingkat 1 
Tingkat 3 .. boleh nampak view gunung keriang hehe
tak jemu memandang..

Actually uzu first time masuk kat sini tapi teruja dengan mural lukisan 360 darjah yang mana lukisan tu serius nampak real. Dia tak nampak fake.. Mungkin kat gambar nampak lah fake sikit tapi real life kalau kita tengok sendiri, kita tak rasa dia ni sejenis lukisan . Haah hebat 

Qtak? Yang bestnya lagi kat tingkat 3 ni , dia akan berputar so korang just duduk dalam satu tempat dan just enjoy the view. Hihi siapa yang berminat nak datang kat sni , boleh lah rujuk dulu info kat bawah eh. 

Bayaran Masuk

Dewasa : RM 5.00 seorang
Kanak-kanak / Pelajar Sekolah Berunifom : RM 2.00 seorang

Waktu Lawatan
Dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali jumaat tutup sementara 12.30 t/hari hingga 2.30 petang)

Tutup
Hari Raya Aidilfitri , Hari Raya Aidiladha

Alamat
Muzium Padi, Lot 798 Jalan Gunung Keriang, Mukim Gunung Keriang, 06570 Alor Setar,
Kedah Darul Aman. 
Hubungi Kami
Tel : 04-735 1315  ,  Faks : 04-730 5516


Kerian Hill Resort



Kerian Hill Resort uniknya dimiliki oleh puteri sulung Sultan Kedah iaitu Tunku Puteri Intan Saffinaz membuatkan uzu sangat-sangat rasa teruja nak datang sana ! Hihi actually tak pernah tau pon resort ni sapa punya, bila dapat tahun woahhhh impressed ah..

Kerian Hill Resort terletak di kaki gunung kerian. Dengan tema resort Back to Kampung Life lagi membuatkan resort ni sangat-sangat exclusive ada resort mewah dekat kampong .. Di resort ni korang akan nampak view gunung batu kapur yang penuh dengan mitoss. Aww full of history juga hehe..
View restoran puteri ada tasik macam ni. Siap ada black swan kegemaran Sultan Kedah..
Cantik kan kalau niklah kat sini?
Salah satu resort yang ada..

Restoran Puteri - Back To Kampung Life


The Puteri menawarkan pelbagai jenis masakan daripada masakan tempatan hingga ke masakan barat. Keenakan sentuhan Chef Nazri atau lebih mesra dengan panggilan Chef Bob disertai dengan menikmati juadah berpaksikan keindahan tasik yang tenang bersebelahan dengan restoran akan menjanjikan kepuasan kepada para pelanggan.sumber
Chef yang masak . Sedap !

Siapa nak makan-makan kat restoran The Puteri ni, tempat puteri lepak makan petang-petang tiap hari, boleh lah try datang ke restoran ni kot kot leh jumpa puteri secara depan depan kann. hihi sonoknye lahh .. Lagipun office Puteri memang dekat area situ je.. Btw kalau nak buat tempahan kawin ke, catering ke boleh contact  PIC kat bwah ye..

Waktu operasi : 10 am – 10 pm

Untuk Matlumat Lanjut
Website : http://kerianghill.com.my/
Email : Email : info@kerianghill.com.my
Phone : 04-730 5232
Alamat : Keriang Hill Resort Mukim Gunung 06570 Alor Setar, Kedah Darul Aman

Melawat Proses Menuai Padi Moden - MNH Harvester


Ini first time uzu tengok orang menuai padi lagi-lagi menuai padi menggukan jentera yang moden. Mesin memotong padi sangat-sangat memudahkan para petani daripada menuai menggunakan cara lama. So demonstrasi menuai padi secara moden nampaklah tak perlu susah petani by hand , just drive jee mesin memotong padi moden. Walaupon agak mahal mesin ni tapi mesti ni lagi mencepatkan proses penuaian. 
 Menuai padi mesin moden
 zoom in sikit hehe
Yang ni pulak proses buat jerami guna baler pengumpulan jerami..

Proses pengumpulan jerami ni , yang ni lah. Tau tak mana-mana padi yang dituai tadi, akan ada lebihan rumput-rumput so jaler atau pun mesin merah akan berada rapat dibelakang mesin tuai untuk kutip jerami dan automatik jerami keluar-keluar terus jadi  rumput bulat tu.. Haa moden giler kan? Terus siap ada tali merah untuk mengikat.. Wahhhhhhh hebatnyaa mesin jaler tu.. Moden sangat! Jerami boleh terus dijual hehhehe..

Menara Alor Setar


Siapa yang ke alor setar tapi tak singgah Menara Alor Setar sesungguhnya dia seorang yang sangat-sangat rugi.. Hehe Menara Alor Setar yang ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1997. Sekarang ni kiranya menawar telekomunikasi yang kedua tertinggi di Malaysia yang of coz menjadi kebanggakan rakyat tempatan..Kat atas tu ada restoran berputar macam kat menara KL , fuh so menara lah makan kat dua-dua tempat heee..
 View dari restoran berputar menara alor setar

Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandar. Di dalam menara ini, pelawat dapat melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Balai cerap terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur. Menara Alor Setar memiliki reka bentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.


Tidak jauh dari Menara Alor Setar terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Galeri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, dan Rumah Merdeka. sumber
 Makan malam terakhir kami di Kedah..
Harga Tiket 2018

Untuk Matlutmat Lanjut
Contact : (604) - 720 2234 / 720 2901 / 720 290
Email : norzie2@tm.com.my

Ok dah setel update kat Alor Setar.. For next entry uzu akan cerita pasal p Langkawi through Perlis pulak . Btw entry ini dipublish khas untuk Malaysian Tourism Council (MTC) untuk FAM TRIP Road To Agro Tourism Siri-4 - Zon Utara . Salam.
Share:

8 Sila Komen:

zahari baharum said...

Nama resort tu Keriang hill sempena nama Gunung Keriang sebelahnya, bukan Kerian Hill

Siti Rohaida Yusof said...

serious cantik pemandangan di sini...turn kita bila lagi gaknya..hehe

Mas FVOME said...

bestnya lahaii..ingatkan dalam gua tu

Latina Media Com said...

Kalau pigi Kedah paling kakak suka tenguk itu padi2....sujuk mata memandang bilang orang2 tua. Nah kalau balik KL apa yang di tenguk bangunan tinggi2 ja.

Yanty Lee said...

Tertaik kat jerami tu.. best wei sebenarnya dapat trip gini , explore the culture and every edge world yang maybe never get to know yet do it before. Lucky for you sis got this kind of opportunity.

Kak Sue said...

Bestnya dapat berjalan ke sini Uzu, cantik tempatnya. Kak Sue pergi Kedah rasanya last masa umur belasan tahun dulu. Lama gila dah tapi lalu tu ada lah juga cuma tak singgah..

raybanoutlet001 said...

zzzzz2018.5.4
carolina jerseys
moncler jackets
oakley sunglasses
nfl jerseys
coach outlet online
coach outlet
adidas yeezy
christian louboutin shoes
fitflops sale
coach outlet online

柯飞敏 said...

20180531xioake
kate spade outlet store
polo ralph lauren outlet
nike outlet store
michael kors outlet online
christian louboutin
coach factory outlet
carrera sunglasses
light up shoes
canada goose jackets clearance
nfl jerseys