March 14, 2018

Road To Agro Tourism Siri-4 Zon Utara By MTC : Galleri Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah , Balai Nobat & Balai Besar


Road To Agro Tourism Siri-4 Zon Utara By MTC : Galleri Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah | Salam. Jika korang datang ke Kedah, sangatlah rugi jika tidak singgah ke Galleri Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah, iaitu galeri tempat di mana galeri ini dahulunya adalah Mahkamah Tinggi Alor Star namun pada tahun 2007 ia dijadikan galeri Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah sempena nama sultan yang memerintah kedah sewaktu ketika dahulu..

Galeri ini adalah tempat penyimpanan peribadi barang-barang kepunyaan Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah. Selain daripada lebih 2000 barangan koleksi Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah , nantara barang yang turut dipamerkan ialah dokumen rasmi , pakaian istana dan hiasan serta carta keturunan Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah .







Info Mengenai Galeri Sultan Abdul Halim
Harga Tiket : Percuma

Tidak jauh dari Galeri Sultan Abdul Halim terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, Rumah Merdeka, dan Menara Alor Setar..
Balai Nobat

Sempena pembukaan Bandar Alor Setar yang dirasmikan oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778), antara bangunan yang dijadikan tumpuan pelancong negeri kedah ialah Balai Nobat.

Bangunan Balai Nobat diperbuat daripada kayu pada asalnya yang mana dibina setinggi lima tingkat tetapi diperbaharui menjadi bangunan berasaskan batu dan logam . Balai Nobat memnpunya tiga tingkat kubah yang lembangkan  unsur unsur keislaman.

Balai Nobat dijadikan tempat menyimpan alat-alat muzik Nobat DiRaja yang hanya dimainkan pada upacara-upacara DiRaja seperti hari pertabalan, perkahwinan dan persemadian DiRaja. Alat muzik Nobat terdiri daripada tiga rebana besar, dua rebana kecil, satu gong dan satu serunai ini mampu menghasilkan satu gabungan bunyi yang mengasyikkan yang dikenali sebagai muzik nobat, satu bentuk lagu kebudayaan negeri Kedah..

Info Mengenai Balai Nobat
Tiket Masuk : Percuma

Balai Besar Alor Setar

Selain daripada balai nobat yang amatlah dekat dengan Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, terdapat juga Balai Besar Alor Setar yang menjadi kawasan tumpuan pelancong jika datang ke Negeri Kedah.. Balai Besar yang terletak di bandaraya Alor Setar, Kedah merupakan sebuah balai besar yang dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II (1710 – 1778) pada tahun 1735 dan berfungsi untuk mengendalikan upacara rasmi raja-raja dan kerajaan.

Dengar cerita, ada dua orang Sultan Kedah yang diberi pertabalan kat sini secara rasmi iaitu Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II,  Sultan Kedah ke-22 (1804-1845) pada tahun 1805 dan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Kedah ke-27 (1958-2017) pada 20 Februari 1959.
Tugu Balai Besar

Info Mengenai Balai Besar Alor Setar
Tiket Masuk : Percuma
Share: