Tempat Menarik Di Okayama Japan #Day1 | Assalamualaikum.. First at all, uzu nak ucapkan terima kasih kepada Okayama Health Tourism diatas jemputan ke Okayama Health Fam Tour yang diadakan pada 2 - 7 Februari 2018 dan dimanage oleh Nippon Travel Agency Co. Ltd.
Pada 2 hb Feb 2018 bersamaan hari Jumaat, kami semua berkumpul di KLIA pada seawal jam 8 malam disebabkan flight dijadualkan pada jam 10.50 malam menggunakan Malaysia Airlines. Flight dari KL ke Kansai International Airport (Osaka Japan) mengambil masa 6 jam :)
Tiba di Kansai International Airport ( Osaka Japan )
Untuk pengetahuan semua, dari KL takde direct flight ke Okayama so kiterang ambik flight ke Osaka dan naik train menggunakan JR WEST RAIL PASS ( Kansai Wide Area Pass ) , yang ni untuk 7 day unlimited pass. Sesiapa yang nak jimat atau nak cepat, kena naik train . Jimat masa. Hehe.. Selalunya JR WEST RAIL PASS ni digunakan untuk backpacker atau tourist sebab pass ni unlimted..
Harga Tiket : 9400 yen = RM349.00 . https://www.westjr.co.jp/
Untuk ke Okayama guna train, boleh rujuk dan follow yang ni.. Kansai Airport -> Shin-Osaka Station by Haruka-4 --> Okayama Station .. Jepun ni banyak sangat tukar tukar train so korang kena follow lah dan kena rajin rujuk peta..
Sampai je Okayama Station, kami dijemput oleh Okayama Health Tourism team yang mana diorang lah yang orang kuat dalam Fam trip kami kat Okayama ni.. Hehe thank you sekali lagi :) *terharu* . Then, kami bergerak ke Hiruzen Kogen Highland menggunakan van khas. Perjalanan kami agak lama juga , dalam 2 jam.. Sempat lah kami berehat seketika sementara tunggu sampai ke destinasi. Yang penting van ada warmer.Hehe .. Lena tidur semua haha :)
View sepanjang jalan..
Selepas 2 jam.. Akhirnya sampai !! Hehehehe.. Mula-mula sampai kan, ya allah terus excited tengok snow. Hahaha .. Uzu kan tak berapa suka sangat dengan musim sejuk sebab ada pengalaman pahit last trip sebab tak tahan sejuk.. So fikiran tak suka tu jadi excited hahahha berlari-lari bila sampai.. Lantak lah kalau lapar pon .. Nak ambik gambar kat snowww..
Yeahh ini lah hasilnye ya..
Waktu ni tak kisah lah basah pon ..haha..
Lepas berlari-lari keanakan menghilangkan keterujaan yang ada pada diri, Tour guide dah panggil dahh.. Nak g makan lunch dulu.. So kiterang lunch dan solat di Hiruzen Kogen Highland .. Memandangkan ini muslim trip so Okayama Health Tourism dah sediakan tempat makan halal dan tempat solat.. Nasib baik uzu bendera merah..* uhuk*
Makan tengahari di Hiruzen Kogen Highland
Kami makan steamboat..
Syok pula makan macam ni waktu cuaca sejuk.. Dah ler daging dia sedap..
Dessert. Yogurt..
Yang penting restoran ni halal. Hehehe.
Belajar Buat Aiskrim Homemade Di Maniwa Aso-Viva School
Lepas makan, aktiviti pertama kami pada hari pertama ialah membuat aiskrim secara homemade ! Wahhh semua excited sebab kami pun nak tau macam mana buat aiskrim ni ye? Haaa korang pun mesti tak tau kan? Jom lah kita sesama belajar ye.. :)
Info Lanjut :
Lokasi: Hiruzen Kogen Centre, Okayama Prefecture, Maniwa-shi, Hiruzen, Kami-fukuda 1205-197
Harga: ¥600 (seorang) / ¥1500 (satu kumpulan) - Minimum 2 orang dan maksimum 48 orang
Web: www.hkcenter.co.jp/taiken
Info Lanjut :
Lokasi: Hiruzen Kogen Centre, Okayama Prefecture, Maniwa-shi, Hiruzen, Kami-fukuda 1205-197
Harga: ¥600 (seorang) / ¥1500 (satu kumpulan) - Minimum 2 orang dan maksimum 48 orang
Web: www.hkcenter.co.jp/taiken
Maniwa Aso-Viva School
Ni cara-cara buat aiskrim.. Budak-budak mesti suka. Hehe
Bahan-bahan buat aisrim. (Whiping cream, susu, telur itik putih, gula dna vanila)
Cikgu yang ajar buat aiskrim...
Benda penting nak buat aiskrim. Takde jual kat malaysia hehe..
Asingkan telur putih dengan telur kuning.. Sila ikut arahan seterusnya..
Lepas dah ikut masukkan bahan-bahan di dalam bekas yang bulat ni. Tutup rapat..
Bola biru tadi kena pusing-pusing diatas meja selama 30 minit. hehe..
Lepas 30 minit ! Ini lah hasilnya hehe..
Wahhh sedap giler beb ! Uzu tambah 2 3 scoop aiskrim vanila homemade ni :)
Melawat Hiruzen Snow Festival ( Kid Snow Park , Shirakaba no aka )
Aktiviti seterusnya ialah melawat Hiruzen Snow Festival. Sebelum tu kami diminta untuk tukar baju sejuk yang lebih sesuai dan baju sejuk disediakan oleh pihak resort. Penginapan kami pada hari pertama ialah di Kyukamura Hiruzen Kogen.
Info Mengenai Hiruzen Snow Festival
Hiruzen Snow Festival adalah tempat yang sesuai untuk menikmati pemandangan musim sejuk yang indah. Pada waktu siang, para pengunjung boleh bermain dan berlatih bermain salji, belajar bagaimana membuat mini igloos, menikmati mi goreng Hiruzen dan Yokote "yakisoba", bermain di igloos yang lebih besar, dan banyak lagi. Pada waktu petang, kira-kira seribu mini igloos dinyalakan oleh cahaya lilin. Ini adalah lokasi yang hebat untuk dikunjungi dengan rakan atau keluarga. Kanak-kanak dialu-alukan!
Acara ini bermula sebagai hasil hubungan pertukaran dengan Yokote City di Akita Prefecture. Pakar ukiran salji dan peminat igloo akan hadir di Festival Salji Hiruzen untuk menunjukkan kepada pengunjung bagaimana membuat igloos.
Harga: ¥800 (daytrip) / ¥600 (overnight)
Web: www.qkamura.or.jp/hiruzen/ski/
Harga: ¥800 (daytrip) / ¥600 (overnight)
Web: www.qkamura.or.jp/hiruzen/ski/
Hiruzen Snow Festival diadakan setiap tahun. So tahun ni kami bertuah sebab kebetulan trip kami kena dengan snow festival ni sebab tarikhnya pada 4 dan 5 febbruari . Masuk adalah percuma ! Hehe patut lah ramai orang :)
Hiruzen Snow Festival terletak di utara Prefektur Okayama, Maniwa City terkenal dengan kawasan yang penuh dengan rumput hijau, bukit-bukit dan padang rumput. So bandar yang terbesar di Wilayah Okayama juga merupakan tempat tinggal kepada 50,000 penduduk yang mana penduduk memang bersedia untuk berkongsi taman permainan semula jadi dengan tourists.
So kawasan yang paling terkenal di Maniwa ialah Hiruzen, yang mana ada resort ski. Pada musim sejuk, kawasan ini adalah magnet untuk peminat sukan musim sejuk yang berkumpul di dataran tinggi untuk menguji cerun. Kalau waktu musim panas pulak, pengunjung akan datang untuk beat to heat dan menikmati produk tenusu tempatan.
Harga: ¥300 / 2 pusingan , Web: www.khsbicycles.com
Kat atas ni adalah aktiviti-aktiviti kami sepanjang bermain di Hiruzen Snow Festival. Hihi macam-macam benda menarik yang ada kat sini antaranya slider, mountain biking , buat mini igloos dan macam-macam lagi. Yang paling menarik kat sana , buat mini igloos ! Sonok pulak buat banyak-banyak igloos sebab nanti kat bawah igloos diorang pasang lilin. So lilin ni tak padamm tauu ! Sampai malam.. Haa..
Harga: Percuma , Web: www.hiruzen.info/yukikoi
Best pulak tengok diorang buat mini igloos .. Kalau kanak-kanak memang suka buat mini igloos dan letak candle dalam dia. Lepas tu nyalakan semua lilin. Then lilin akan dipasang sehiingg malam ! So vieww malam lah yang cantikkk sangt-sangat okeh.. ! Hihi. Sampaikan kiterang excited tak sabar nak tunggu malam :)
Igloos pada waktu malam.. Sumber
Yeahh setel sudah aktiviti pertama kami.. Wahhh hari pertama dah setel update. Nantikan pulak uzu update hari kedua okay. Hehehe. Hari kedua ativiti yang sangat mencabar mental dan fizikal. Haha tak sabarnya nak update.. Hihi. Oklah.. Tu je lah . Salam. :)
Untuk Matlumat Lanjut
Website : http://www.city.okayama.jp/
Facebook : https://www.facebook.com/healthtourismjv
"Okayama Health Fam Tour ini diadakan dan ditaja oleh Okayama City Government."
45 Sila Komen:
Wah, jepun! Salah satu negara yg pasti aida kunjung nanti.
Rakyat nya.
Budaya nya.
Tempat nya.
Kerap tgk dlm TV, tu yg jatuh cinta dgn jepun :)
Untung Uzu dpt ke sana... Mini igloo, love it!
Bestnya jalan jalan Japan! Main salji tuuuu �� Dah lama teringin. Mampu main ais kepal je dulu sekarang ��
Suka tengok semua gambar uzu dengan harapan akak akan merasa ke sana satu hari nanti..bestnyaaa...main salji..mesti uzu amik gambar beribu kan..
Wah seronoknya tgk uzu pergi jepun main salji.. Syok gila... Sebab dpt pergi time musim salji pula tu... Mmg bestlah kan... Pakcik kita skg ada kt sane sbb bos dy pgl semula ... Xsbr lah nk tggu uzu update hari ke 2 lak.. Msh makin rancak aktiviti kan... Hehehe
Seronoknyaaaa dapat main salji... Uzu, gambar cantik-cantik... Kalau ada kat sana meati lagi cantik kat pemandangan di sana
Seronoknya Uzu, gambar semua cantik-cantik. Teringin pulak nak pergi Jepun bila baca entri Uzu nie tau.. ehehe..
Seronok dpt ke Jepun waktu salji mcm ni... aktiviti pun menarik. Rindu setiap kali tengok jepun apatah lagi gambar2 yg cantik mcm ni. Pengalaman yg berharga dan menarik.. best :)
seronoknya --- enjoy
yang penting kalau ke sana, senang nak jumpa restoran halal..
Syok nya dapat bercuti......
Snowing somemore.....
I wish I could c and feel the real snow, someday....
jelesnya tgk...
gambar dah la cantik²..
rasa nak masukkan diri dalam gambar tu je..
tapi badan i besar..kekeke...
moga ade peluang ke sana juga
Bestnyaa.. Gambar semua cantik-cantik.
Wow bersalji sana sini. Cantiknya gegambar awak kat sini....yg last tu pon cantik sangat2....maybe 1 day boleh travel ke Jepun pula...
Belum pernah sampai ke sini lagi. Best nye main salji. Seronoknye dapat buat aiskrim sendiri. Bagusnye dapat FAM camni semua tersedia.
weh bestnya salji. Momi teringin nak main salji, dapat sentuh yang ori punya pon dah okay hehe
Seronoknya pergi jepun time salji... banyak juga aktiviti uzu buat kat sana. Besttt giler
Bestnya uzu...
Japan mmg dlm travel wishlist kita..tpi tak tau la bila nak jejak.kaki.ke sana...
Seronok tgk budaya diorg tu walaupun negara maju tapi budaya diirg mmg menarik
Bestnya dapat main Salji. Makan sedap,.main Salji. Balik hotel Lena sampai pagi. Jepun antara tarikan utama ialah main Salji.
seronok nya dapat bercuti.. snowing!
I terasa nak pergi bercuti jugak....
Let's see where's there next destination
Bila lah boleh merasa salji ni. dulu g Korea just suhu sejuk je. balik dari korea baru salji turun!
MasyaAllah cantiknya view dkt sana. Seronok dapat main salji lagi.
wah...cntiknya. bila dpt merasa g sna
Such a nice place. Japan always my favorite travel place. This October I will travel to Osaka and kyoto and enjoy autumn season. Can't Wait for the time to come.
Serius jealous tgk uzu pergi Jepun. Dapat makan sedap sdap. Lepas tuh main salji pulak. Eh jealous kuasa dua. Setahu akak jepun sgt agungkan bahasa ibunda meeka dan tak pa dai berbahasa Inggeris. So macam mana nak komunikasi dgn mereka uzu?
I am envious of you right now...That's an amazing view! I honestly wish I could experience it too...hopefully in the future.
untung la uzu dapat main salji. makan pun best kat sana. mantaplah instagram dgn gambar2 menarik
Bestnya dpt g tmpt japan..seeonok dpt tgk negara orang boleh tahu budaya negara org.. tp tempat buat ice cream tu cutenya... kat msia ada tak
cantiknya lilin tu waktu malam...menu lunch tu pun nmpk sedap klu makan time sejuk2 camni..akak haritu ke Jepun, tak amik pakej..makan pandai2 la cari yg Halal..haha
Memula ingat buat igloo yg besar tu. memang kagum kejap. Hahaha. Btw, tak pernah sampai lagi negara bersalji. Takut sejuk jugak sebab ada semput. Untunglah dapat pi. Jelesnya...Bilalah tabung kita nak penuh pi jalan tempat sejuk. Asik pi tempat panas je. Will bookmark this entri untuk rujukan. Thanks!
Loved the visuals dear and playing with snow is the best! I haven't had the pleasure of the experience yet but by your images, it looked like it would be such fun. What an experience it must have been as well :)
Tido kat ais tak sejuk ke tuh, buat ais krim unik ye dia punya alat. Tapi igloos nye vantik malam hari. Jepun belum lagi saya datang sana.
akhirnya impian uzu nak main snow tercapai. yeahh.
I miss all this places so much and many years ago I have been to those place. Bow feel like going again...
Racheal
Tengok post uzu ni lagi melonjak nak pegi sana
wow heaven gila dapat travel ke Jepun lepas ni kena work had la nak kumpul expenses ke sana, hahah apapun nice experienced and thank you for sharing with us... nak p solo tak leh dah kena bawa komitmen sekali ... heee bajet lari sana sini pula, Insha Allah ada bonus maybe will reconsider untuk lawat Jepun one day ! ;)
Yeahhh seronoknya ke Okayama! Hopefully nanti dapatlah pergi waktu musim bunga pulak. hihihi
Bestnyaaa ada pengalaman gini,bila laaaa nak sampai ni huhjuu
Uishhh bestnya main salji, kalau akak pun mesti lagi teruja. Terus golek² atas salji tu, hahahaa! Pastu buat mini igloos tu syoknya, comel je bila dah letak lilin.
Cantik sangat pemandangan dekat Okayama tu bestnyalah dapat main salji. Teringat main Salji dekat Korea he he he
Kita jelly lah tengok awak ke sana ke sini.. Hehehe cantik view dia.. Gambar diambil pun lawa2 .. Me loved =)
Bestnyaa uzu. Gambar uzu serius cantik2. Bila tengok gambar2 ni terasa nak pegi terus Jepun
Cantik gilossss ... Bila dpt sentuh salji ni
Awww best nyer dapat main salji. Dah lama I tak pergi winter holiday sebab takut sejuk, i think sekali sekala its good to experience the extreme cold weather.
bestnya uzu winter trip ni. Harap sangat 1 day dapat ke sana. Wishlist tu nak main salji..
Seronoknya dapat main salji kat jepunnnnn.
Gambar2 uzu pon cantik samgat.. menyerlah..
Post a comment