March 08, 2018

Tempat Menarik Di Okayama Japan #Day2


Tempat Menarik Di Okayama Japan #Day2 | Salam. Untuk hari kedua uzu di Okayama Japan, selepas breakfast, kami diminta untuk pakai baju sejuk yang semalam kiterang pakai. yang baju merah tu. Haaa so uzu takde ootd lah pakai baju lain. Memang pakai baju sama dua hari hehe. Redha je lah tapi baju tu serius tak rasa sejuk walaupun suhu -7 okay.. Memang tahan salji betul lah! Respek lah ! 
sebelum mendaki..

Snow Shoe Mountain Climbing Experience

Aktiviti ni lah yang uzu excited giler ! Tapii ingatkan dia sekejap je dalam sepuloh dua puloh minit.. Hihi rupanya ya allah... 2 jam k 2 jam... Allahu sejuk terus perut memikirkan.. Dah lah uzu ni spesis gemok.. Tak taw camna nak mountain climbing waktu cuaca sejuk... Lepas tu guna snow shoe..Susah juga nak jalan kalau guna snow shoe tapi tu lah.. Best juga sebenarnya sebab tak licin kalau nak mendaki waktu ada salji..
Tengah mendaki..

Waktu tengah nak daki gunung tu kan, ada lahh singgah situ singgah sini, belajar itu belajar ini tentang arnab , pokok-pokok disekeling dan macam-macam lagi lah ilmu yang uzu dapat waktu tengah mendaki tu... Cuaca pagi tu -7 .. Nasib baik baju yang kiterang pakai tu betul-betul untuk snow. Fuh tak rasa sejuk cuma muka je beku sebab tak cover pape... Handphone atau camera pon tak sanggup nak pegang lelama. Sejuk yang amat ! Handphone uzu pulakk terus mati dek kesejukan.. Yang penting aktiviti macam ni kena ada heatpad. Nasib baik ada heatpad. Kalau tak....... haaa..

Tips Snow Shoe Mountain Climbing
  • Kena pakai kasut yang tebal dan bersesuaian.
  • Pakai stokin kalis air 
  • Cermin mata tuk halang salji kena mata
  • Kena pakai baju kalis sejuk, kalis air. Better pakai ski wear.
  • Bawa topi sebab topi boleh kurangkan kepala kita rasa sejuk
  • Kasut salji boleh sewa
  • Bawa coklat , air panas untuk tenaga.
Harga: ¥5,000 (seorang) - Minimum dua orang dan maksimum lapan orang untuk seorang jurupandu
(termasuk jurupandu dan peralatan lengkap seperti kasut salji)

Lepas mendaki.. Muka sembab!

Bila dah habis mendaki, ya allah macam tak percaya kiterang semua p hiking waktu salji turun dengan lebatnya.. Ni belum part angin tiup.. Membeku masing-masing. Tapi uzu rasa best sangat-sangat, macam-macam aktiviti kami buat , slide dari atas ke bawah fuhhhh, melintas sungai, fuhhh ha tak terasa sebenarnya 2 jam. Bagi yang tak pernah try montain hiking ni, kena try lah wei.. Time ni lah kita nak uji fizikal kita sampai tahap mana :D
Dik hasif dengan view gunung..
Uzu tinggalkan jejak kat kereta orang hahaha..
pemandangan di Hiruzen area
 view bukit bukau gunung ganang dipenuhi salji..
 Uzu suka sightseeing macam ni. Subhannallah..

Kami ke Yubara Onsen berjalan kaki selama 30 minit untuk menikmati kawasan perkampungan sekitar Yubara Onsen. Kat sini ada beberapa tempat yang famous untuk merendam kaki di dalam bekas air panas.. View kat sini pun cantik sangat-sangat tau ! View empangan..

Nampak tempat ambik air suci kat tepi jalan..
Ada sejarah disebalik patung ini... Best dengar cerita-cerita macam ni.

Visit Yubara Onsen

Ini lah kawasan Yubara Onsen. Yubara onsen ni tempat mandi hotspring yang terbuka.. Haa terbuka tu bukan je open to public tapi diorang mandi tanpa pakai baju hahahhaha... Outdoor bath kekdahnya ! So lelaki ke perempuan ke semua mandi tanpa baju u ols ! Uzu memang tak boleh hahaha ! Uzu sanggp tak mandi okay dari kena mandi macam tu. Ya allah tapi bagi mereka, perkara biasa..

Public bath. Lelaki kat sini selamber je mandi tanpa baju haha
 Cantik nya view ni kan?? Sejuk mata memandang..
Jalan pun berais.. Sejuk gila kat sini lagi-lagi ada angin yang meniup ..

Yubara Onsen ni buka 24 jam.. Memang best mandi kat sini sebab dikelilingi dengan batu-batu empangan. Boleh jadikan massage okay.. Memandangkan yang ni open to lelaki dan perempuan, so wahai perempuan, dinasihatkan sewa baju khas sebelum mandi kat sini ye..

Lunch & Pray time at Yubara Onsen Hakkei

Makan tengahari kami adalah di Yubara Onsen Hakkei.. Sewaktu nak tunggu lunch siap, nak tunggu bebudak yang lain habis solat, sempatlah uzu lepak kat sini sambil tengok orang mandi hahahhaa gurau je lah ! Mana nampakkkk memandangkan uzu rabun :p *mohonpercaya*
View Yubara Onsen
 Makan tengahari di Yubara Onsen Hakkei

Michino Eki Kayou (Blueberry jam Experience)


Bab masak-masak ni kekadang malas juga kan masa kat rumah? Tapi kalau main masak-masak di luar negara ni hahaha dan dan je semua rajin.. Adoiii .. Apa pun kali ni, bukan main masak-masak menu biasa-biasa yee tapi uzu dapat belajar macam mana buat jam blueberry homemade! Awrrrr dapat lagi ilmu baru. Takpa, jadikan ilmu untuk bekalan masa dah kawin nanti.. Cubaaa dah sedia ke bakal suami i makan jam blueberry ini nanti ? :p Hehehe 

Untuk resepi blueberry jem. Sedap je.. Boleh tengok resepi uzu kongsikan kat bawah ni. Dengan bahan dan cara buat yang senang sangattt , semua pon boleh buat ! Haaa meh ah kita belajar sesama..

Resepi Blueberry Jam Homemade

Bahan - Bahan
  1. 200g Blueberry
  2. 25 cc Lemon Juice
  3. 50g gula
Lokasi: Farmer's Market 'Kayou'
Harga: ¥800 / satu kumpulan (minimum dua orang dan maksimum empat orang)
Sediakan bekas untuk didihkan blueberry..
Bahan-bahan untuk buat jam blueberry. Blueberry ni dari macam-macam jenis digabungkan sekali..
 panas kan api. Masukkan 200g blueberry.
 Gaul blueberry sehingga menjadi cecair. Masukkan gula..
 Bila blueberry dah nak cair, masukkan 20cc lemon juice. Gaul sehingga 30 -40 minit. 
 Bila dah siap, rendam bekas bluerry dlm bekas air panas yang mendidih. Biarkan selama 5-10 minit..
 Yeahhh siap !! Memang sedap weiii jam ni.. Huhuhu.. 

Yume Farm (Strawberry Picking Experience)


Kat Malaysia tak nak lak main petik-petik anggur.. Adoi lawak lah hehe.. Kalau kat luar negara lagi-lagi kat Okayama Japan ni, semua benda jadi excited. Ni kira first time juga lah uzu petik strawberry ! lagi syok petik kat Japan. Yeahhh teruja kejap sebab kiterang boleh petik dan makan sepuas hati sampai kenyang tapi diberi masa 20-30 minit tak silap.. Hahahaha teruslah memasing berebut cari strawberry.. Thank you Yume Farm :)

Lokasi: Dream Farm Haru, 4276 Yoshikawa Kibi Chuo Town, Kaga kun, Okayama Prefecture
Harga: ¥1,400
Yume Farm
 Ladang Strawberry tak banyak buah sebab bukan musim.. Hihi
 comel je gunting ada tali .. Haha mungkin kalau gunting hilang senang nak cari kot ..
Dapat lah sebekas. Yang ni first round hahaha
 Buah manis. Fresh sebab petik terus makan. Cuci pon tak.. haha lantak .. Sedap ok..

Okayama Station Shopping Mall

Memandangkan hotel kiterang berdekatan dengan Okayama Station Shopping Mall, so kiterang berkesempatan jalan-jalan di dalam Mall yang terdapat ribuan penggunjung yang lalu lalang sekitar Mall tersebut.. Sempatlah kami jajalan diluar Mall untuk menghirup udara yang sangat sejuk dikawasan sekitarnya hehe..

"The area in and around Okayama Station is a major shopping and entertainment district. The station building itself has the Sun Station Terrace shopping center on the first to fifth floors with a number of restaurants, cafes, souvenir shops, clothing stores and coin lockers. Okayama IchiBanGai is an underground shopping center on the first basement floor under the station."  - Sumber
View sekitar Okayama Station Shopping Mall
Bestnya tengok negara orang ni kan?
Murah-murah barang kat sini..
Siapakah yang hensem ini?

Dinner at Kidoairaku (Sushi making Experience)

Setelah penat berjalan-jalan di sekitar Okayama, makan malam kami ialah Sushi ! Yeahhh tapi sebelum tu kami kena belajar cara-cara buat sushi dengan betul.. Jom tengok pakar buat sushi tunjuk dia buat sushi .. Cantikk tau dia buat !

Lokasi: Kido Airaku, 2-9-21, Shimoifuku, Kita-ku, Okayama City, Okayama
Harga: ¥3,000/satu kumpulan (maksimum dua orang dan maksimum 40 orang)
Web: www.kidoairaku.co.jp
Master sushi ukir timun untuk deco sushi..
Ni lah master sushi ! Proud of him :)
Wahhh cantiknya decoration untuk sushi ni :)
Ukiran yang lain untuk sushi..
My fav sushi ! OMG !!
Kami dah ready nak belajar buat sushi ni hehe..
Kami dah ready nak belajar awrrr
Fokusnya sang uzu !
Alooo bagusnya master ni.. Dia betulkan apa yang salah hehe
Yeahhhh dah siappp ! Kami kena buat 12 jenis sushi semuanya !
Bangganya dapat belajar buat sushi hehe
Sushi ni lah dinner kami pada malam kedua ni.. Semua uzu boleh makan...

Hotel Granvia Okayama

Dan akhirnya... Check in juga ke Hotel Granvia Okayama Japan, salah satu hotel yang paling top lah di Okayama.. Hotel Ganvia ni hotel mewah bertaraf 4 bintang  yang mana terletak di tengah-tengah Okayama .. Banyak tempat menarik di sekitar Hotel Granvia yang boleh kite p so hotel ni sesuai dan senang kalau nak p memana kan? Dekat dengan stesen keretapi dan shopping mall..

Jom check in hehe...
Bilik mandi..
Guna lah selipar untuk elakkan kaki kesejukan..
Muka penat seharian ni hehe
Bilik uzu .. Hehe tapi stay sorang je..Sonok !
Tv pun besar hehe.. Tv dia boleh pusingkan ke kiri kanan guna remote control tauuu !
Bestnya lepak sambil minum kopi kat sini ..
Ok  letih nak tido heheh.. Good night !

Alhamdulillah setel dah update hari kedua uzu kat Okayama . Hari yang sangat-sangat tough dan jadual padat, maka rehat yang panjang adalah sangat-sangat diperlukan.. Stay di Hotel Granvia yang sangat selesa membuatkan hilang segala penat lelah yang ada ! Hehe thats to Okayama City Goverment di atas kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk kami ! Semestinya uzu sangat-sangat puas hati dengan aktiviti dan kemudakan untuk hari kedua. ! Ok lah bersmabung pula untuk hari ketiga. Salam :)


Untuk Matlumat Lanjut

"Okayama Health Fam Tour ini diadakan dan ditaja oleh Okayama City Government."
Share:

36 Sila Komen:

Henry Lee said...

First time visiting your blog. Wow I am so jealous! The scenery there is so so so nice! I love the snow and I have yet to visit a place with snow!

irra yyan said...

Betul ke uzu tak nampak orang mandi tu? Muahahahhaa... Semua cantik... Uzu guna kamera apa?

Salina Johari said...

comel uzu .. banyak tempat yang menarik ya di Jepun...doakan ada rezeki k.sal dan family jejak kaki disana...

Siti Rohaida Yusof said...

bestlah dapat rasa pegang salji.Buat pelbagai aktiviti kat sana..satu pengalaman yang tak mungkin dapat lupakan...
So dah boleh dah buat resepi bluberry jam tu

Muhammad Khairuddin Lim said...

nice sharing

julia jamaludin said...

cantiknya gambar-gambar yag uzu amik ni..

iffah hussin said...

Penginapan yg selesa sekali... Bilik tu nampak lengkap dengan semua yg ada... Yg penting klu g oversea nak wifi lajuuuuu tu dah cukup syurgaaa leh video call family kat Malaysia

Anonymous said...

Best nya dapat pi Japan.. dapat merasa salji.. tak sejuk ke uzu? kalau TB dah pakai baju wintercoat pun gigil kot.. haha.. btw gambar2 uzu ambil semua cantik2 . buat orang tertarik nak pi japan

Ana Suhana said...

Bestnya aktiviti hari tu. Dpt daki gunung penuh salji, belajar buat jem lagi. View semua breathtaking.

Akif Imtiyaz said...

Fuyoooo masak2 gitu.. jauh nya masak2 sampai ke Jepun. Seronoknya tgk uzu kat sana..

marsha said...

Doakan akak menyusul ke okayama nanti. Best baca uzu punya experince

el said...

Beruntung uzu dpt jejak ke sini..smua gambar lawo2..tak tahan mcm nak p la ni gak hahaha

Yanty Lee said...

Seronoknya hiking tengah salji , bila la dapat merasa.
walaupun 2 jam , view tu puas hati kan.
wah pasni leh dah buat jem sendiri.

Siti Rohaida Yusof said...

Cantiknya pemandangan kat sana kan.tu kena pakai baju berlapis-lapislah gamaknya..

Mimin Adam said...

Meriahnyaaaaaaaaa main salji dengan petik buah..
bawak balik tak salji ?
hahahhahaha

Shesyira As said...

Seronoknya uzu..gambar dan view semua cantik
Doakan kita ada rezeki dtg sni jugak

Mimi Azirah said...

Bestnya Uzu..Makn salji.lepas tuh memasak.seronok aktiviti yang uzu buat dekat sana.satu hari nanti nak pergi jepun jugak

Hasif Hamsyari said...

seronoknya ke Okayama! Kalau boleh repeat memang nak pergi lagi tapi musim lainlah... Teringin merasa musim bunga pulak. Jom, kak!

Afizah Abd Rahman said...

Bestnya... Macam-macam aktiviti. Yang best main salji tu lah ☺

Ainyy Zain said...

cantiknya view diaaaa. nak nangis tengok! nak pergilah next time pastu nak pergi time snow jugak. dapatlah main snow lama2 kat situ.

Amanda Suria said...

Uzu....jeles la..bestnya dapat experience main snow kat sini...suka tgok gambar uzu semua cantik2..guna camera jenis apa tu...

Ezna Ahmad Khalili said...

Cantik-Cantiknya gegambar Uzu. Tambah cantik semua putih sana sini. Nak cuba la try travel musim sejuk tapi cuma yang tak tahan tu kesejukan tu tahap mana. Gunung tu pun nampak cantik dengan litupan salji yang memutih. Next wish list lah....hehe

Kak Sue said...

Bestnya Uzu, banyak aktiviti yang best kan. Tempat nampak cantik dan menarik sangat..

Betty Liew said...

Wow, the cooking class is the best. learn how to make your own sushi and also blueberry jam. Okayama really a nice place to explore. The strawberry is big and look delicious. yum..yum..

mas saari said...

Memang best semua aktiviti, seronok baca. Yang hiking dalam salji tu memang mencabar tapi bila dah sampai memang hilang penat kan?

Sue Izza said...

Subhanallahhhh viewnyaaa,menariknyaaa buat jem blueberry tu...moga2 kak sue dpt peluang cam ni.

Zharif Azis said...

Bestnya uzu dpt experience snow and buat macam2 aktiviti di Japan. Mesti sejuk sangat kan ! Tengok salji tebal mcm tu jdi takut pulak. Sbb sy x tahan sejuk. Hahahaa. One day insyaAllah sampai ke sana jugak. Boleh refer itinerary Uzu nanti. Thanks !

Bella Jamal said...

Sejuknya -7. Macma manalah rasanya sejuk sangat tu. Will take note pasal Tips Snow Shoe Mountain Climbing tu. Btw, seriusly hotspring tu dorang tak pakai sehelai sepinggang ke? Hahaha. Adoyai! Seronok juga dapat cuba buat jem tu and then bagi pula untuk dibawa balik. Bestnya Jepun. Nak pergi!!

alia farhan Said said...

Bestnya uzu dpt jln2 kat jepun..akk ni pandang je lah gmbar org2 pi ke juepun...cantik sgt kan...teringin gak..
Uzi duk bilik2 sorang2 ke kat sana...
Tak takut ehh

Jia Shin Lee said...

Thanks for sharing your experience, after reading I'll love to pay this town a visit as well, I will enjoy the fresh food and making my own jams.

Syafiera Yamin said...

Tak pasti bila lah dapat merasa pergi ke Jepun ni,

Husband dah banyak kali usha brochure trip trip ke Jepun,

kami tengah calculating budget expenses untuk 4 orang,

rasa macam tak sabar je menunggu extra income untuk travel sana sini including Jepun..

once we dah ada budget nanti refer Uzu punya blog lah mengenai info jepun,

thanks for sharing..

Hanny Abdullah said...

Bestnya uzu..bilalah sis dapat peluang travel di sponser cam gini..teringin sangat.
Hari tu ke Jepun pun tak leh nk round banyak tempat..rasanya kena gi berkali kali baru leh cover area yg popular. Next travel ajak ya..hehehe

Aliff Zainal said...

Seronoknyaa pergi Japan time musim salji. Sana time salji memang sangat cantik. Bila lah dapat peegi lagi, lagi2 yang di sponsor kann mesti extra seronok!

Absolute Yana said...

I really wish I will be able to experience Japan's snow one day too...I am simply mesmerized by how delicate and beautiful that sushi looked like...and those strawberries look so fresh...hahahaha me when I am at home I am also lazy to cook, but when there's a class or event like such..straight semangat!

Rabiatul Adawiyah said...

Wah bestnya tengok semua aktiviti di sini. Akak tak pernah sampai ke sini. Sebab tak tahan sejuk. Haha. Nanti tunggu anak-anak dah besar sikit baru nak pindah ke Jepun. Wakakaka nak pindah terus.

Lia Hasty said...

Bestnya bila baca pengalaman uzu kat Okayama. Banyak betul aktiviti yang uzu buat dalam masa satu hari kan. Dapat merasa salji, buat sushi & macam2 lagi. Harap sangat 1 day dapat experience macam ni.

www.liahasty.com