April 05, 2018

Fam Trip 3 Hari 2 Malam Di Borneo Natural Sukau Bilit Resort Sandakan Sabah


Fam Trip 3 Hari 2 Malam Di Borneo Natural Sukau Bilit Resort Sandakan Sabah | Assalamualaikum. First at all, uzu nak ucap sejuta tinggi terima kasih dan setingg-tinggi penghargaan kepada Sir Fred sebab memberi peluang uzu dan rakan-rakan blogger yang lain untuk buat Fam Trip 3 Hari 2 Malam di Borneo Natural Sukau Bilit Resort yang mana resort ini terletak di salah satu daerah di Sandakan Sabah. 

How to get there:
Untuk ke Borneo Natural Sukau Bilit Resort , kalau korang dari KL , korang kena beli tiket flight ke Sandakan Sabah sebab airport yang paling dekat dengan Borneo Natural Sukau Bilit Resort ialah airport Sandakan. Sila beli tiket seawal pagi untuk memudahkan korangon time waktu pickup point lebih kurang 11.45pagi.

Info:
Flight tiket KL - Sandakan Sabah ( Air Asia ) RM380+ return

Notes :
Kepada mana-mana pelancong dari Semenangjung , kalau nak ke Sabah, nak bawak passport boleh, tak bawak pun boleh.. So jangan risau bagi yang takde passport. Ada kad putih yang akan diberi semasa masuk imigresen kat airport. Sila simpan ye kad putih tu. Kalau tak, tak boleh lepas imigresen waktu nak balik.
Bas untuk pick up dan drop transfer

Bila dah sampai airport Sandakan, sila ambik teksi/grab ke pickup point iaitu di Hotel Sandakan, lebih kurang 15-20 minit perjalanan. Harga uber dalam RM15-20. Pihak Borneo Natural Sukau Bilit Resort akan sediakan bas/van untuk ke Borneo Natural Sukau Bilit Resort. Perjalanan dari pickup point sandakan ke Sukau mengambil masa 2jam 30 minit.

Bilik Penginapan 3 Hari 2 Malam Di Cottage Room ( 1 queen bed & 1 single bed )

Bilik yang kami duduk selama 3 hari 2 malam ialah bilik jenis Cottage . Ada 1 katil queen dan 1 katil single. Uzu duduk katil single memandangkan uzu ni hehehhe buas juga kalau tido, takut terpelantingg je kak ainy atau kak ty terjatuh bawah katil hahahha. 
Bilik ada corridor yang boleh buka, view hutan kat belakang tu..

Ya Allah cantiknya bilik ni. Mula-mula masuk, menjerit keseronokan dapat bilik yang diperbuat daripada kayu berlian.. Heyyyy kayu berlian mahal gila kot.. Tak sangks bilik ni sangat-sangat cantik lebih dari expectation. Gitohhh. Boleh muat dalam 3 orang. So sharing is caring lah kan.  Tandas dia pun besar dan selesa. Tandasa bersih, air panas ada, sabun ada, peralaatan mandi lengkap, istilah duduk resort 5 bintang. Hihi.. 
 Tandas pun cantik wakkk..
katil single uzu.. Hihi.. Siap ada renda renda lagi.. Hihi itu kelambu yee :D
Pemandangan di luar bilik..
 Bilik cottage - kinabatangan . Ada 2 4 bilik dalam ni.. 
 Setiap jenis bilik ada nama memasing. Kami jenis bilik Kinabatangan :D
 Subhanallah. First time duduk resort dalam hutan macam ni hehe

Aktiviti Hari Pertama #1

Afternoon Cruise

Lepas kami berehat sebentar , solat dan mandi, kami terus bersiap untuk afternoon cruise. Afternoon cruise hari pertama kami guna cruise yang besar belah kiri kat bawah gambar ni. Haaa rasanya muatlah kami dua belas orang blogger dalam tu.. Untuk naik cruise, sila pakai jaket keselamatan yang disediakan. yang ni wajib ye. Hehehe. 
Cantik kan sungai dia?

Apa yang uzu suka tentang cruises trip ni, kami akan menyusuri sungai kinabatangan yang panjangnya lebih daripada 560KM ! Memang panjang sungai kinabatangan tapi kiterang takdelah nak keliling semua. Cuma yang dekat-dekat je. Tapi dekat je pun lebih kurang 3 jam juga kami afternoon cruise pada hari pertama tu. Hihi. 
sabahan dan semenanjung blogger / media online
 Biar muka hitam janji cahaya on point. Hehe.
 Pemandangan semasa afternoon cruise. Ya allah bestnya view gini.. Rindu kampung hehe..
 Ni view belah kiri uzu. Ya Allah ini pun sejenis nikmat dunia yang paling indah :p
 Ehh dah keluar dan monyet ni :p
 Sambil-sambil tengok burung helang..
 Pelancong luar negara selalunya ramai  kat sukau ni..Ini fakta!

Selepas 3 jam, actually tak banyak binatang liar yang kami nampak. Mungkin ada tapi tak sempat nak ambik gambar. Hihi boleh cuba next cruise trip pulak. Dah setel untuk afternoon cruise.. Sampai resort pun dah nak maghrib. Kami balik bilik, mandi , solat dan dinner. ! eh lupa nak bagitau, makanan untuk makan malam kiternag memang sedap! Uzu bagi 5/5 bintang :)

Cultural Night Performance

Acara yang ni, actually acara dan aktiviti yang kami tak sangka ! Hihi sebab kami disepanjang perjalanan terfikir nak buat apa ehh lepas makan malam? Haaaaa rupanya pihak Borneo Natural Sukau Bilit Resort dah sediakan aktiviti yang dipanggil Malam Kebudayaan ! So kalau korang rasa , resort ni takde pape sebab duduk dalam hutan? Ok korang silap ! hehehehe. Malam tu bukan kami je yang terhibur tapi.. para-para pelancong dari luar negara pun juga turut terhibur ! :)
Sesi suai kenal dari pihak resort
 Meriah bebudak interns kat sini..
 Aktiviti lepas penat menari hehe

Malam kebudayaan ni dibuat di depan restoran, dia jenis open space dewan yang terbuka , so memang meriah lah bila pihak Borneo Natural Sukau Bilit Resort mulakan aktivti dengan menyanyi dan menari dengan iringan lagu-lagu sabah dan penutup kepada malam kebudayaan ni ada pertandingan permainan kampung ditemani dengan lagu-lagu yang sangat menghiburkan ! Rasa tak puas lah malam kebudayaan tu. Tak puas menari hehehe. Serius kalau 10 lagu pun kami sangup :D

Night Walk

Night walk memalam buta kat dalam hutan yang tebal ni, bukan kali pertama uzu join.. Hihi. Pernah juga join sebelum ni tapi takde lah dapat tengok binatang-binatang macam uzu tengok kat Borneo Natural Sukau Bilit Resort ni. Night walk kami buat sejam je. Jejalan di dalam huran tapi dekat je dengan resort.. Apa yang korang kena ready, bawalah lampu suluh kecik, tak de pon takpa, boleh pakai lampu fon, and then jangan lupa pakai kasut sebab tanah berlumpur. Kalau sayang nak pakai kasut mahak korang tu, boleh pakai kasut boot yang disediakan pihak resort.
Apa ni eh? Lebah ke?
 Cantik nya burung ni wakk ..

Aktiviti Hari Kedua #2

Morning Cruise

Memandangkan uzu dan rumet missed morning cruise hanya disebabkan lambat 5 minit jeee, ye lahh semua orang dah dalam bot, uzu , kak ainy dan kak ty masih sibuk dalam bilik.. Maklumlah kalau 3 orang perempuan dalam bilik. Hahaha..Mandi lak memasing dah take time. Belum lagi take turn nak solat. Belum lagi bab seterika tudung. Belum lagi bab kak ainy iron purdah dia. Purdah dia dah nak tiga lapis. Ha pitam. Hahaha tak taw lah dia baca ke tak entry ni. Tahniah lah kalau dia perasan bab ni.. Hahahaha.. Sebab entry uzu lagi panjang dari entry dia :D Haha Deii morning cruise pon kena iron tudung bai. Hahahaha sebab ni lah kami lambat walhal boleh je tak mandi. Bukan ada sapa pon.. :D
So jom lah layan gambar morning cruise
 burung pon cantik waktu kat sini.. Kat KL takde orang heran pun. haha orang KL hairan bab bila KTM lambat je :D
Sunset . Subhanallah ya allah..

Jungle Trekking & Kampung Tour

Aktiviti kami kedua sangat packed. Tapi takde packed sangat. Banyak juga santai-sangai. Nampak gambar kat bawah ni? Sementara tunggu yang lelain sip untuk jungle trekking , uzu lepak kat atas restoran , ada 1 tingkat atas ada port lepak yang best ! ada ayunan dengan view hutan dan sungai kinabantan.. Fuh terlena seketika dek angin sungai kinabatangan yang bertiup mendayu-dayu sampai keseluruh tubuh dinda .. Haha ingat tunang i je nak ber-sastera kat entry beliau, helooooo sayang, tunang u ni dulu kelas sastera ok :D
Kat sini je kuat line tenet Digi. Hihi kesian yang lain fon takde line okeyy :D

Jungle trekking ni kami masuk ke dalam hutan yang sama kami masuk waktu Night Walk. Tapi laluan lain. Haaa . Waktu ni korang boleh pakai bot yang disediakan atau kasut sukan. Uzu syorkan pakai kasut sukan sebab waktu siang tak berlumpur sangat then nanti kita akan keluar jejalan sekitar perkampungan kampung bilit.. Ok misi mencari anak gajah waktu ni.. Tapi jumpa tapak kaki anak gajah jeee..
Biasakan biar imam kat depan :D
 Kusyuk diorang ni jungle trekking dalam hutan hihi
 Cendawan ni boleh makan tak :? :D
 Laluan keluar ke kawasan perkampungan bilit
 Perangai memasing bila dah ke kawasan kampung! Ada yang terus teruja dapat line fon ! haha

Inspection Room Tour

Tiba-tiba dah terbiasa buat inspection room. Kalau join mana-mana Fam Trip kan, mesti ada buat inspection room. Actually inspection room ni khas untuk travel agency. So memandangkan kak ainy ni owner kepada Raini Travel , sesuai lah buat kot kot dia nanti jual pakej kat sini.. Tapi kami pun sibok juga nak tengok bilik-bilik yang lain selain yang kami duduk. Hehehe. Cantik rupanya bilik-bilik yang ada :)
Dua katil single tapi lebihhh cantik dan selesa. 
 Fuhhhh yang penting ada penghawa dingin :p
 View luar bilik nampak bilik-bilik yang lain..
Dorm ..
 Dorm pun nampak cantik dan exclusive. Bawah katik ada almari. hihi
 Toilet untuk dorm.. Kalau open macam ni, memang tak p toilet waktu malam huhu
 Bilik lain pulak. Sesuai untuk honeymoon hehe
Hanger baju dia pon cantik .. hahahha kerlas lahh resort ni 
 OMG ! toilet pon nak honeymoon wak haha
 Perghh terbaik lah toilet dia. Besarrr..
 Yang ni lebih kurang macma bilik uzu tapi ni katil dua single je.. 

Afternoon Cruise

Hari pertama kami naik cruise besar, hari kedua kami naik bot yang open dan kecik sikit. Tukar tukar bot. Syok juga boleh merasai pengalaman pelbagai jenis bot untuk cruise. Kali ni banyak binatang liar yang kiterang nampak. Morning cruise yang uzu missed tu, diorang nampakkk buayaaa ! OMG ! nyesal tak join Siyess :(
Cuaca terik tapi tak kisah ahh :)
 Pemandangan yang terindah.. Hihi Esok belanja i nasi lemak eh sayang :D
 Kat KL susah nak dapat view macam ni .. Sungai yang ada buaya :D Huhihuhihi kat KL buaya darat je ada
 pelancong luar negara dah datang !
 Siapa nampak benda tersembunyi ?
 Bangau.. ?
 Teror dia lintas jalan..
 Ni lah yang bising-bising kat atas bumbung bilik kiterang tu ehh
 teruja pelancong datang sini ! Tapii .. kami lagi teruja haha
 Kawasan yang paling banyak monyet. Ada 3 4 keluarga yang menapak kat sini
 Ok sunset. hihi.

Fuhhhh alhamdulillah setel aktivti kami pada hari kedua . Lepas morning cruise, kami mandi solat makan dan lebih banyak habiskan masa di restoran lepak-lepak main saidina lah , jutaria lah, hahaha. Rupanyaaa malam terakhir kami terisi dengan gelak ketawa. Haha masing-masing happy. Well malam terkahir apa-apa trip mesti lepak sampai lewat malam.. Kami juga berborak dengan pakcik tour guide kami , bercerita tentang sejarah bilit, sejarah sukau, cerita mengenai resort dan pengalaman pakcik sepanjang bekerja di Borneo Sukau Bikit Resort! Seronok dengar macam-macam cerita.

Aktiviti Hari Ketiga #3

Esoknya . Hari last, sempat lah kami morning cruise untuk kali terakhir. Tapi tak dan ambik gambar. Cuma nak cakappp 4x river cruise ni memang best ! Kalau ada yang tanya, kenapa river cruise sampai 4 x trip ? Haaa sebab setiap trip lain-lain binatang liar yang kami akan nampak. Kekadang ada binatang dan hidupan liar tak keluar waktu pagi, tak keluar waktu petang. So tak semestinya, 1 x river cruise korang akan nampak semua binatang ! Takk haaa.. Macam waktu kami p, tak jumpa gajah langsung walhal minggu sebelum tu, pelancong ada nampak gajah.. Gituh lah kekdahnya sebab kenapa banyak river cruise. Hihi

Lepas morning cruise, breakfast dan terus check out. Bas akan hantar di drop off transfer di Hotel Sandakan . Kami ada masa 4 jam untuk jalan-jalan untuk lunch dan melawat kawasan bandar sandakan. So dah cover sikit sebanyak tempat di Sandakan. Hihi. Then p airport dan fly back to KL.

Ok lah sekian sahaja entry uzu kali ini. Terima kasih sekali lagi khas untuk Sir Fred dan team-team yang bertungkus lumus menjayakan Fam Trip 3 Hari 2 Malam Di Borneo Natural Sukau Bilit Resort Sandakan Sabah buat kami semua blogger-blogger / media online sabahan dan semenanjung yang datang jauh-jauh ni kan. Heheh terima kasih juga kepada blogger terlibat . Terima kasih semua. Sesungguhnya ini satu pengalaman yang sangat dirindui hehe :)

Btw , Kepada yang berminat nak bercuti kat Sabah, boleh sesekali bercuti ke Sandakan dan datang ke Borneo Natural Sukau Bilit Resort ! Sesekali stay kat resort yang back to nature apa salahnye kan? Hihi. Nak tau lebih lanjut mengenai Borneo Natural Sukau Bilit Resort  ini ? Boleh baca info di bawah. Salam :)  
Harga untuk Pakej 3D2N – River Safari:
Dormitory – RM385 seorang
Cottage – RM477 seorang (twin share)
Deluxe – RM530 seorang (twin share)

Harga termasuk:
Pengangkutan dari/ke Hotel Sandakan
Guide untuk semua aktiviti
4x river cruise
1x night walk
1x jungle trekking
Penginapan
Makan dan minum

Harga tidak termasuk:
Barangan kelengkapan lain (sewa)
Perbelanjaan peribadi
Makan dan minum selain dinyatakan
Penginapan tambahan

Untuk Matlumat Lanjut
Contact Number :+6017 927 9128 (Fred) , +608 921 8372
Email : fred@kinabatanganriver.com.my , info@kinabatanganriver.com.my
Share:

35 Sila Komen:

Papa Amyzal said...

Best lah trip ni. Macam-macam aktiiviti menarik disediakan. Tenang je rasa jauh dari kesibukan kota

Yanty Lee said...

TQ Uzu. Trip yang tak lekng gelak aje. Seronok dapat tenangkn fikiran kat sini. Betul-betul back to nature. Bukan senang nak tenang binatang ni semua depan mata real live. Katil cantik oii, liat nak bangun tidur. Romantik giler.

Salina Johari said...

Dari dulu dah ngidam trip camni .. dapat pegi ke tempat yang mempunyai pelbagai tarikan especially di Borneo .. bila lagi nak rasa relax kan..

Azhafizah Md Nor said...

Eh eh..memang cantiklah bilik tu. Suka jugak! Best lah trip ni.

Belang Tarung said...

best kalau dapat jungle trekking..tidur didodoikan oleh riang riang hehe..lama dah tak tidur dalam hutan

Akif Imtiyaz said...

Bestnya trip uzu yang ni..seronok tengok.. gambar2 pon cecantik semua.

Lia Hasty said...

Bestnya Uzu trip macam ni dapat melawat & buat aktiviti menarik kat sana. Harap sangat 1 day dapat join.


www.liahasty.com

Mimi Azirah said...

Memang details.semua ada...nantu nak ajak suami akak pergi sini plak

Fieza Sani said...

Cantiknya resort dia..oemgeee sangat..tapi kalau hat jenis dorm tu,malam2 nak ke toilet mmg kejut en.asben la jawabnya..but memang betul mcm uzu ckp, sesuai sangat untuk orang yang baru kawen honeymoon..tak keluar bilik..haha..

Ana Suhana said...

Best giler tengok trip uzu ni. Cottage tu Serius cantik giler. Mcm kat oversea pun ada. Bila lah nak ke sandakan ni.

Kak Sue said...

Bestnya Uzu, gambar cantik semua. Bilik pun cantik gila, suka sangat.. hehehe..

Marshalizadotcom said...

Kalau akak ada peluang kesini nanti boleh fefeeling nyaman nih. Anak-anak suka nature.

Sue Izza said...

Bestnyaaaa bila la nak sampai sana huhuuuu

fizafantagirO said...

Back to nature. Bestnya uzu. Tengok gambar2 uzu yang cantik2 ni rasa macam kakfiza pun ada kt sana jugak.hihi

el said...

cantik tempat ini uzu
back to nature..ishhh mcm memanggil2 nama k.el hihi

ai said...

I love nature so much. Best nya trip ni. Cantik.

amirnawawi said...

Rindunya nak datang ke sini lagi.
Rindu nak jumpa buaya dan monyet belanda.
Rindu nak naik bot menyelusuri sungai.
Rindu nak tidur sambil dengar bubnyi cengkerik.
allahu!
kena datang lagi ke sini ini

AyuArjuna BiGoshh said...

cantiknya resort disini. back to nature mmg best sebab penat hidup kat kota..paling penting boleh larikan duiri dari kesibukan dunia untuk sementara

Shafyqah Azry said...

masa mula mula tengok bilik terus terfikir, tempat ni kalau untk honeymoon mesti best. bila baca baca uzu pun cakap macam tu hehe. cantiknya gamabr gambar yang uzu ambik! teringin nakpi sini

Ezna Ahmad Khalili said...

Cantiknya gambar2 Uzu kat sini. Membuatkan akak cam nak pergi je kat sini. Suasana menghijau ni nampak tenang sangat. Kat sungai tu agak2 ada buaya ke?...

Afizah Abd Rahman said...

Tersangatlah best bila baca. Penuh aktiviti dengan permandangan yang menarik. Baru tahu ada jugak kayu berlian... Hehehe... Tapi bilik dia tu memang cantik sangat.

irra yyan said...

Cantiknya. Mesti hilang semua masalah bila kat sini. Tenang je tengok kehijauan. Biru lautan.. allah tengok gambar pon sejuk mata memandang..

Khai Artzfar said...

weh apsal cantik-cantik gambar ko. jeles lak! tapi tq juga jemput!!nanti ada lagi nak join!

emi said...

First time dengar pasal kayu berlian. By the way kita baca sampai habis sebab suka dengan cara pencritaan uzu. Jelas, maklumat cukup lengkap dan straightforward tak meleret sangat. Bilik tu memang nampak cantik sangat.

Rawlins GLAM said...

Bestnya lawatan sebegini.
Rawlins harap next adakah trip ke Sarawak please, and please pergi ke lokasi selain Kuching. Pergi yang pedalaman biar boleh lalui authentic Sarawak.

Betty Liew said...

The night walk is something new to me. Seem adventures and challenging activities. I also keen with the cruise as you get to see the nice view of Borneo.

Cindyrina Rina said...

So nice can visit this kind of place. I love nature. The room especially so cosy. I would love to visit this place one day. so far I've only been to Kota Kinabalu.

Abby Onety said...

Tulisan ini aku save ya. kelak mahu saye melancong kesini. Selalu suka dengan nuansa alam alami kek gini. Ada sawah, sungai dan alam lainnya.

Dik bee said...

Seronok dapat pi tempat2 camni. jauh dari hiruk pikuk kota dan rasa tenang je kan. Walaupun dalam hutan, cantik jugak bilik-bilik depa. aktiviti pun best boleh tengok hidupan liar especially pak buaya..

Rabiatul Adawiyah said...

Kejap je rasa 3 hari dua malam tu kan. Tak puas rasanya. Akak suka aktiviti malam mereka pi tengok spesis serangga, reptilia, cari monyet, burung dan gajah. Rasa amazing bila tengok keadaan mereka di habitat asal instead di zoo kan. Subhanallah Indah dan cantiknya ciptaan Allah s.w.t

Ainyy Zain said...

best giler sukau ni. akak suka dengan environment dia yang tenang dan damai u. release kejap kepala ni dari fikir kerja ofis yang banyak tu.

Maha Mahu said...

Wow tengok resort tu memang macam best lah tempat cantik dan menarik seronok tengok orang dapat pergi... Kita teringin nak pergi Sabah balik...

Zayani Zulkiffli said...

Kemain lawa bilik dengan resort ni. Takpe Uzu, sementara single baik duduk katil single :D

dr-Life said...

Beautiful place and a place I wanted to go for some times but yet have chance did to work. For sure wanna plan it in this year...

TELEKUNGMUSLEEMA said...

honeymoon untuk kaki trekking memang sesuai sangat