April 24, 2018

Jom Ke Terengganu Week di Food Market , Cheras Kuala Lumpur !


Jom Ke Terengganu Week di Food Market , Cheras Kuala Lumpur ! | Salam.. Minggu lalu uzu dan kengkawan blogger singgah di Food Market, yang mana ini kali kedua uzu dijemput hadir ke event Food Market... Tapi kali ni sekdar berkunjung dan bersantai hehe sesambil nak tengok persiapan program yang Food Market bakal berlangsung esok iaitu Terengganu Week?

Siapa tahu Food Market tu apa?

Haa Food Market tu satu kedai macam pasar payang kat depan rumah uzu ni haa area Bandar Sri Permaisuri, dari cengal condo ke Food Market dalam 5-7 minit jalan kaki.. Dekat kan? kalau nak p pasar payang tak perlu p Terengganu, kat Food Market kat adooo heheh . Suasana serupa dengan Pasar Payang tapi susunatur yang lebih moden lah hehehe.. Upgrade sikit je.. Kita kan kat kl :p


Tau tak apa itu Terengganu Week?

Food Market bakal adakan Terengganu Week bermula esok 24-29 April 2018 iaitu selama 5 hari ! Tak lamaaaa Terengganu Week ni. Sempena Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu yang jatuh pada 26 April 2018, maka tarikh ni diambil untuk memperingati hari keputeraan Sultan Terengganu..

Demi customer-customer Food Market tersayang, Food Market akan bawa makanan-makanan Terengganu jejauh datang ke KL semata-mata nak memeriahkan lagi Terengganu Week ni..  Makanan yang popolar contohnya, ada keropok lekor losong, nasi dagang dan satar pasti ada nanti. Uzu macam berkenan je keropok losong tu hehehe..

Bukan tu je, ni lah masanya kita nak belaar kenal kuih muih tradisi orang-orang Terengganu  yang susah nak dapat kat KL contohnya, Tok Aji Serban, Krekoh Puek, Qasidah, Koleh Lemok, Bekang, Kayu Keramat dan macam macam lagi yang akan dijual sepanjang Terengganu Week. Jangan lupa datang tau heheheh

Hampir 100 jenis produk usahawan IKS dan kampung juga akan dijual hasil daripada sokongan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) serta aktiviti seperti demo masakan telah diaturkan. Cabutan bertuah percutian di Terengganu juga dirancang untuk pelanggan yang bertuah. 



 










Jom ramai-ramai ke Food Market, boleh waze je Food Market, sesiapa orang Terengganu atau suka makanan-makanan Terengganu macam uzu ni hehehe, boleh lah datang ke Food Market ye.. Jumpa kat sana, insyallah kalau tak busy. Assalaamualiukum :)

Maklumat program

Tarikh : 25 hingga 29 April 2018
Waktu Operasi : 10 pagi hingga 10 malam
Lokasi : Bandar Seri Permaisuri, Cheras
               (berdekatan Q Bistro dan berhadapan Hidaya Mart & 7Eleven)
Waze : Foodmarket
Pertanyaan : 019 6664889

Instagram @food.market
FB Page @foodmarket.my
E-shop www.foodmarket.com.my
Share: