April 29, 2018

, ,

Nak Kawin Tapi Risau Dapat Rumah Mahal-Mahal Kat KL Selepas Kahwin? Jangan Risau.. Rumah Transit Kan Ada !


Nak Kawin Tapi Risau Dapat Rumah Mahal-Mahal Kat KL Selepas Kahwin? Jangan Risau.. Rumah Transit Kan Ada ! | Salam.. Uzu ni cerita lah pengalaman uzu duduk KL ni wei, bilik single pun terlalu mahal untuk uzu yang kerja biasa biasa ni , memang mahal lagi-lagi bila ko stay di kawasan yang berdekatan LRT.. Susah nak cari bilik yang mampu milik. Bilik uzu ni RM500 okeh. Kalau kat Melaka , RM500 ni mampu bayar sebijik rumah besar contoh macam sepupu uzu dekat Melaka, rumah sewa dia RM500 wei. Allahu... Uzu punya bilik RM500 juga tapi single room je punya kecik ya ampun... !

Stress..Dah dekat nak kahwin ni kan ... *ehemmm terbagi hint* , hewhew terfikir juga macam mana hidup  kat KL ni , kat mana nak tinggal lepas kawin..? Sebijik rumah kalau tak RM1000 ke atas tak sah lah.. Huhu .. Nak dekat kahwin ni, nak tanya tunang kat mana nak tinggal lepas kawin pun rasa segan :p Takut dia terbeban dengan persoalan uzu ni.. Kesian dia lelaki .. Macam-macam kena fikir sebelum dan selepas kahwin... Tu lah sebab diaa tak ready nak kawin awal kot :p We decided to get married after 2 years engaged , after 4 years relationship, and now i realized lah nape tunang uzu tak nak kawin cepat sikit sebab kos nak tanggung anak orang kat KL ni mahal nak mampuihhh  . Sekarang baru faham :) Maaf lah dinda :p.. haha 

Hmmm tapi kan dengar cerita ada rumah khas untuk pengantin baru terutama pasangan muda yang baru kawin dan kewangan tak berapa stabil.. Ada projek Pangsapuri baru yang siap tahun depan iaitu projek dibawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, ada 1200 unit kekdahnyaa.. Pastu , lagi best tu kita just bayar RM800/sebulan je selama 5 tahun.. Fuh ! Macam berminat je hehehe.. Lepas tu, dari RM800, RM300 aakaan disimpan dan akan kembalikan selepas pasangan muda ni bila mereka dah mampu nak beli rumah sendiri then RM300 yang dikumpul-kumpul tu akan diberikan kepada penyewa untuk jadikaan deposit rumah pertama korang melalui Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP).. Wahhhh ! Sonok tak? Uzu berkenan gilerr bila dapat tahu.. hehehehe ye lahh mana nak dapat RM800 sewa bulan-bulan duduk di pangsapuri penuh dengan kelengkapan and then di area KL? What?! Jangan berangan :) 


Bagi uzu, walaupun rumah transit ini merupaakan rumah transit bersifaat sementara tapi terlalu banyak membantu kita lagi-lagi pasangan yang baru berkahwin yang masih student, kan ada kan student kahwin kan? Haaaa pasangan yang baru dapat kerja, lepasan ijazah ketika ini basic bukan semua dapat RM2500. Ada yang dia bagi RM1800 walaaupun ada ijazah tapi disebabkan takde pengalaman, terpaksa jugaa terima sebab nak cari pengalaman tapi tu lah kan... RM1800 nak hidup kat KL tak taw camne..  Nasib baik lah uzu ni perempuan.. Kalau lelaaki? Tak ke pening kat mana nak cari rumah tapi sekarang tak pening dah sebab ada rumah transit tuu!

Dengar cerita..untuk rumah transit ni , akan ada proses pemilihan akan dibuat daalam masa terdekat dan proses saringan akan dijalankan untuk memastikan pasangan pasangan yang benar-benar layak je boleh duduk rumah ni.. Projek Pangasapuri @ Sungai Udang dijangka siap pada Disember 2019 dengan pembinaan 1,251 unit merangkumi dua blok setinggi 32 tingkat dan satu blok setinggi 34 tingkat di tanah seluas 2.2 hektar.

Ia hanya layak untuk disewa kepada golongan yang berpendapatan isi rumah di bawah RM10,000 yang bekerja di Kuala Lumpur. Setiap unit dibina dengan keluasan 807 kaki persegi mengandungi tiga bilik tidur dan dua bilik mandi. Pangsapuri itu juga dilengkapi dengan kemudahan seperti surau, kolam renang dan dewan serbaguna... 

Terbaik lah inisiatif yang disediakan oleh DBKL untuk membantu golongan-golongan muda di harap projek-projek seperti ini akan berterusan dan membuat lbanyak lagi projek-projek sebegini. Hehehe. Ehhh banyak lak mengomel.. Maklumlah tak tido lagi... Weekend kan :p Waktu ni je lah boleh tidur lambat :) Eh sekian lah entry ni.. Salam :) 

Share:

45 Sila Komen:

Lya Akif Imtiyaz said...

Satu insiatif yang patut diberikan kepada pasangan muda yang baru mendirikan rumahtangga...

Yanty Lee said...

Wah, beruntungnya.. Leh buat simpanan secara tak langsung.

Fieza Sani said...

Try la uzu.. Adik sepupu k.fiezz antara yg dpt duk rumah transit ni.. Okey la kurang sikit kos sbb asben dia je keja.. So nk cri la rumah yg mampu di sewa.. Nasib menyebelahi dorang dpt rumah transit ni..

kak gojes said...

Bagus dgn adanya rumah transit ni

mas saari said...

Wahhh bagus ada kemudahan camni, boleh bantu pasangan yang baru berkahwin. Takdelah mereka rasa terbeban sangat!

Siti Rohaida Yusof said...

Yelah,kalau terus nk cari rumah memang rasa terbeban

Mrs FaRa said...

Sewa murah... Time ni la blh menabung

Nina Mirza said...

Wah.... Bagusnya laaa hai ada nya program sebegini. Lepas kawin memang perlukan pengurusan kewangan yang betul. Rugi sangat sapa yang tak rebut peluang keemasan ni.

Papaglamz dot com said...

Rumah transit sewanya murah je. Alhamdulillah kerajaan buat program sebegini rupa.

sHaRiNa eLyaNa said...

untunglah mereka yg tgl dkt2 area KL kann..sabah ada x? hihi

Eyqa Hasnan said...

Bagus untuk golongan muda yang baru kahwin. Sangat membantu! Rugi kalau tak mohon pada siapa yang layak

el said...

Berita gembira utk mereka yg rancang nak berkahwin..meringankan beban

Kuazue Mohd said...

bagus ini... semoga urusan pernikahan uzu dipermudahkan Ilahi hendaknya

Lia Hasty said...

Bagusnya program macam ni dapat membantu pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Harga rumah pun makin meningkat dan bukan senang nak buah pembelian rumah dengan gaji yang sedia ada skrg ni.

Mrs Pip said...

bagus inisiatif mcm ni, membantu belia mendapatkan rumah idaman....

Hanim Hashim said...

orang muda kena ambil tahu ni :)

Mrs Pip said...

bagus inisiatif mcm ni, membantu belia mendapatkan rumah idaman....

Ana Suhana said...

Bagus ada inisiatif macam ni. Membantu sangat golongan belia.

Ema Tunz said...

• Walaupun sewa rm800, tapi lepas 5 tahun, rm300 daripada jumlah sewa sebulan akan diterima semula oleh penyewa. Duit tu boleh la guna untuk kegunaan lain di masa hadapan

::EIDA:: said...

Untung uzu dan pasnagann #ehhh

Shafyqah Azry said...

baguslah ada inisiatif macam ni, dapat bantu ramai golongan belia

zaza iman said...

Kena cari calon suami orang kl la kalau macam ni.. 😉 hehe

Hans Hanis said...

betul tu
ada satu runah transit dekat area bukit jalil

ArylJe said...

wah, untunglah siapa yang dapat ni... kemudahan banyak betul... ada gym dengan wifi hokay!

luqman zakaria said...

terbaiklah inisiatif nih..kalau sewa sendiri mmg mahal area kl. mcm aku dulu kat melati satu bilik jer 400..Kau lagilah 500..mana nak cekau byk2 mcm nih kan.

Inani Hazwani said...

Untung kan bila ada bantuan macam ni. Dah lah siap ada perabot asas lagi.

Kak Sue said...

Untung orang muda sekarang nie n bagus ada program macam nie..

ina said...

pasangan muda,memang patut kena rebut peluang yang ada ni.. bukan senang nak dapat peluang

sayidah napisah said...

sangat bertuah siapa yang layak mohon tu! :D

CikLa Shahril said...

Wah.. Mmg untung sgt ni menyewa sambil menabung. Cepat2 mohon nanti terlepas...

Salina Johari said...

Betapa prihatinnya kerajaan terhadap rakyat yang kurang berkemampuan #kebajikan

Noor Akma said...

Orang nak kahwin,bolehlah buatpersiapan kahwin dan seterusnya sewalah rumah ni. Berbaloi... :)

Cik Puan Ena said...
This comment has been removed by the author.
Cik Puan Ena said...

Suka dengan konsepnye menyewa sambil menabung. Berbaloi sgt.

Marshalizadotcom said...

Uzu program bagus ni sementara cari rumah sendiri

safurara said...

Uzu nt nk kawen. Xyah risau dah. Hehe

iuzira said...

bestnya murah juga sewenya, rasa nak kawen sekarang je takde la beban duduk KL walaupun pendapatan sikit

Eintan Nurfuzie said...

terbaik la program rumah transit ni.. byk bantu belia.

Tunsha Auni Muthal'lib said...

Inisiatif yang bagus untuk belia yang baru ingin memulakan hidup.

AimNub Haris said...

Untung betul siapa yang layak memohon tu.. :)

...

khaty aiman said...

bagus program ni, bukan senang nak cari sewa rumah yang murah kan.

Afizah Abd Rahman said...

Memang mahal sewa rumah dekat KL sekarang. Bagus ada program macam ni.

Maria Firdz said...

bestnya siap boleh dapat perabut tu... untunglah org wilayah...

Cik Tie said...

Wowww siap ada perabut. Memang best la walaupun transit kan

Marshalizadotcom said...

Sewa pun berpatutan...sangat membantu pasangan yang baru berkahwin