April 29, 2018

Natural by Watsons World Tapir Day CSR

 

Natural by Watsons World Tapir Day CSR | Salam.. Hai. Hihi beberapa hari yang lalu, sempena hari tapir sedunia , uzu dan rakan-rakan blogger serta rakan media dijemput khas oleh Watsons Malaysia untuk ke Sungai Kebun, Selangor semata-mata untuk menyokong dan meraihkan Hari Tapir Sedunia yang diadakaa di Pusat Konservasi Hidupan Liar, Sungai Dusun, Selangor..

Perjalanan kami dari eCurve Damansara ke Sungai Dusun lebih kurang 1-2 jam .. Kami bertolak sekitar 12-12.30 tengahari dan sampaai ke destinasi pada jam 2 petang. Wahh demi menyokong Natural by Watsons World Tapir Day CSR, kami sanggup meredah perjalanan yang agak jauh tapi bila dah sampai, masing-masing seronok ! Tak sabar nak tengok tapir secara live.. 
Ucapan kata-kata aluaan oleh Danny - Customer Director WatsonsMY
 Ucapan penutupan oleh Andrew Sebasatian - Ketua Executive ECOMY

Sempena Hari Tapir , Naturals by Watsons telah pun berjaya mengutip dana sebanyak RM 30524 hasil kempen yang dijalankaan dengan kerjasama Pocotee & friends dan juga ECOMY, iaitu kempen menaikan kesedaran tentang bahawa kita kena jaga dan sayang tapir-tapir yang di ada di Malaysia ni, terutama tapir di Pusat Konservasi Hidupan Liar yang makin pupus terutama kawasana selangor..

Demi menyokong penuh hari tapir sedunia , Watsons telah pun menyokong penuh dengan memberikan dana RM1 daripada setiap item yang terjual dari produk jenama Naturals by Watsons yang mana produk based on nature juga.. Kempen yang telah dijalankan bermula 27 Mac sehingga 23 April 2018 dan berhasil mengutip RM 30524 ! Wahhh tahniah ! Satu jumlah yang banyak hehe.
Gambar kenangan bersama VIP-VIP kita hehe

Lawatan ke Taman Tapir

Selepas majlis penyerahan cek sumbangan, kami semua dijemput untuk membuat lawatan ke Taman Tapir . Apa yang kami dimaklumkan, tapir tapir yang ada di situ ialah tapir yang paling besar di nSelangor. Haaa patut lah uzu tengok besar dia lain macam.. Dah macam anak gajah.. First time tengok tapir secara dekat. Best rupanya kan melawat haiwan yang makin pupus ni kan? Hadir satu perasaan sayangnya uzu kepada tapir-tapir ini .. Hehe. comel sesangat !
kata-kata pengenalan mengenai tapir-tapir..
 tapir dan abang kesanyangnya..
 lapar ye tapir hehe
  Jakunnya kami tengok tapir hehe

Menanam Pokok

Aktiviti menanam pokok adalah satu inisiatif untuk menjaga alam sekitar terutama kawasan sungai dusun ni supaya kawasan tu kekal menjadi kawasan yang menghijau .. Watsons Malaysia dan juga rakan-rakan seperjuangan mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti menanam pokok.
 Pandai ke tanam pokok tu ? hehe
 wakil watsons malaysia tunjuk bakat tanam pokok hehe
 Buat tanda kat pokok sebagai kenangan-kenangan hehe
 Well done kak ruby ! Hehe

Yeahh selesai sudah aktiviti-aktiviti kami, melawat tapir dan sesi menanam pokok sempena hari tapir sedunia. Aktiviti dijalankan dengan jayanya walaupun cuaca sangat-sangat terik ketika itu hehe dengan nyamuk yang mengigit-gigit hehe . Dalam hutan kan, dont expect too much hehe perkara biasa. Apa pun semua sporting ! Btw terima kasih Watsons Malaysia kerana menjemput kami semua. Sampai sini je ehhh entry uzu. Uzu nak keluar dating hahah ok bye Salam :)
Share:

1 Sila Komen:

Sue Izza said...

bestnyaaaa dapat pengalaman macam ni...