April 13, 2018

Sebutir Beras Ibarat Setitik Peluh Petani..Hargailah Petani Kita !!


Sebutir Beras Ibarat Setitik Peluh Petani..Hargailah Petani Kita !! | Salam..  Actually uzu bukanlah dari keluarga yang berlatarbelakangkan seorang pesawah tapi lebih kepada nelayan .. Tapi hari ni , uzu sangat-sangat lah sebak sebab kalau diikutkan, beras adalah asas makanan kita.. Dan beras bukanlah satu keperluan tapi kewajipan.. Beras dapat daripada mana? Padi kan ? So padi dapat daripada mana? Bukan ke padi tu ditanam dibaja dijaga dikawal dan dituai oleh pesawah? Kalau ikutkan, pesawah lah memberi jasa yang sangat besar dalam kehidupan seharian kita. Takda pesawah takdalah dapat makan nasi macam sekarang ni. Betul tak?

So untuk mengenang jasa pesawah, uzu dan rakan-rakan blogger berpakat dari KL dan mengambil kepetusan untuk terjah dari kampung ke kampung untuk menebual beberapa pesawah-pesawah sekitar Alor Biaq ni..
Orang kuat yang dilantik untuk menjaga kebajikan  pesawah-pesawah dibawahnya..




Ada empat orang pesawah yang sempat kami menebual tapi uzu nak fokus pada satu pakcik pesawah ni yang mana pakcik ni telah tersangat menyentuh hati uzu dengan cerita kehidupan beliau sebagai pesawah  sejak zaman dulu dan uzu berjaya mendapat cerita yang sebenar mengenai kehidupan pakcik sebagai pesawah..

Kehidupan Seorang Pesawah

Pakcik A jadi pesawah disebabkan latar belakang pakcik A iaitu mak ayah beliau pun pesawah  so dari kecik pakcik A dah dibiasakan menjadi pesawah .. Sehinggalah beliau berkahwin, dan anak anak-anak dan kini menjadi salah satu pesawah yang berjaya...

Cerita sedih pakcik A , zaman dulu-dulu , tuai padi 2x setahun .. Zaman dulu nak dapatkan benih padi pun susah terpaksa hutang dengan bos lama untuk dapatkan  benih padi.. Zaman dulu-dulu nak tanam padi kena secara manual, kena bersihkan tanah dengan cangkut, kena buat batas , kena tanam padi satu persatu, fuhhh susah juga.. pesawah ni susah tau kekhidupan diorang dulu sebab kena tunggu lebih kurang 6 bulan baru ada hasil padi yang ditanam..

Bayangkanlah pesawah  , macam mana nak survive hidup 6 bulan tanpa pendapatan? Macam mana nak tanggung laki bini? anak-anak ? Anak-anak nak sekolah, nak bayar yuran pendaftaran lagi? Sebak tak rasa kehidupan pesawah  zaman dulu-dulu? Apa yang terpaksa pakcik A buat sementara tunggu padi dapat hasil? Haaa demi menyara anak bini, pakcik A berkorban buat macam-macam kerja kat kampung demi mencari sesuap nasi untuk anak isteri. Uzu tabik tau dengan isteri kepada pesawah  sebab sanggup bertahan dikalah mereka susah...

Berjayanya Seorang Pesawah Dengan Bantuan MADA

Sekarang ni ? Alhamdulillahh pesawah-pesawah dah boleh survive sikit dan menaik taraf kehidupan, pendapatan pun ada sebab sekarang ni para-para pesawah dapat bantuan daripada pihak MADA. MADa menyediakan semuanya , biji benih padi pun MADA sediakan, sekarang ni mesin menuai pun dah ada.. Semua makin senang dengan kehadiran dan bantuan dari MADA.. 

Dengan bantuan MADA ni, nampak lah hasil-hasil yang lumayan Pakcik pesawah ni,  haa buktinya.. tengok lah rumah Pakcik A  ni.. Besar kan?? Kereta pun ada beberapa biji di depan rumah pakcik A ni..

Siapa itu MADA?

Siapa yang tak tau apa itu MADA? Mada ialah satu badan berkanun Kerajaan Persekutuan dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan tanggungjawab MADA kepada Negara adalah untuk melebihkan hasil dan mensejahterakan penduduk desa.  Di kawasan Muda, Kedah ni sendiri rupanya ada 56,000 orang pesawah dibawah MADA! Dan MADA menjadi antara penyumbang sebanyak 40 peratus hasil padi kepada negara.
PM memberikan cheque bantuan kepada wakil pesawah..

Bantuan Khas Pesawah RM200

Makin senang kehidupan pesawah tu bila uzu ke Majlis Pelancaran Bantuah Khas Pesawah Peringat Kebangsaan di Kedah beberapa minggu yang lalu,  Perdana Menteri Malaysia kita iaitu Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak  telah mengumumkan berita gembira di iaitu akan memberi Bantuan Khas Pesawah RM200 kepada semua pesawah yang berdaftar dibawah MADA !! Bantuan Khas itu akan diberikan bantuan kepada pesawah-pesawah selama 3 bulan ! So at least sementara nak tunggu hasil padi mendapatkan hasil, maka Bantuan Khas RM200 akan sedikit sebanyak membantu kehidupan para-para pesawah yang ada.. Alhamdulillah terima kasih PM yang tersayang !!
Majlis disempurnakan oleh PM kita sendiri :)
Ramai pesawah yang datang untuk menerima bantuan ini..
 Thanks a lot again to our Prime Ministry :)

Ok lah sekian sahaja entry uzu mengenai para-para pesawah yang uzu hargai. Ingatlah ye jasa pesawah kita sebab lebih 40% hasil negara dari pesawah-pesawah ini. Terima kasih semua. Semoga MADA terus menyokong dan memberikan serta menaiklagi taraf kehidupan para pesawah suatu hari nanti yeee. Salam ! 
Share:

3 Sila Komen:

Cik Tie said...

Alhamdulillah, tanpa diorang tak merasa kita makan nasi

Kuazue Mohd said...

tu lah dia. saya pun anak cikgu + pesawah. Merasalah juga main petak sawah, kacau orang pukul padi dan lain-lain lagi. tapi pesawah sekarang tak sama macam zaman dulu-dulu. banyak dah mudah nya

Sapsibubapa said...

Bgus! Dah semakin byk perubhn positif dlm industri pertanian skrg ni