May 19, 2018

Baju Kurung Moden Trend Terkini Raya 2018


Baju Kurung Moden Trend Terkini Raya 2018 | Salam.. dah masuk bulan ramadhan mesti ni korang dah start surey baju raya apa yang korang pakai tahun ni kan? Hihi Uzu pun macam tu tapi  uzu dah start seray sebelum puasa lagi.. Hahaha perangai seorang perempuan memang cam tu eh? So tahun ni, salah satu daripada list of brand yang uzu dah masukkan dalam list ialah Cirgaro, brand yang dah lama berkecimpung dalam dunia fesyen...

Apa yang menarik perhatian uzu dalam banyak-banyak design yang Cirgaro ada ialah  baju kurung moden trend terkini raya 2018 yang mana baju kurung actually bukan pilihan uzu kalau beli baju raya tapi bila tengok design baju kurung dari Cirgaro, uzu terus berkenan ! Tak pernah pernah uzu pakai baju kurung waktu raya, selalunya akan beli jubah :D Nampaknyaaa design baju kurung Cirgaro  benar-benar menarik perhatian uzu :) Jom tengok koleksi Cirgaro untuk Baju Kurung Moden Trend Terkini Raya 2018 :)

Adalia Lacey Kurung

Adalia Lacey Kurung diperbuat daripada renda kapas premium Korea yang membolehkan aliran yang lebih elegan. Ditambah dengan lapisan bernafas Adalia Lacey Kurung  bukan sahaja membuatkan anda kelihatan ramping dan moden, tetapi juga memastikan anda tetap selesa sepanjang pengalaman anda. Dihiasi dengan kristal Skirt pula dibuat dibentuk mermaid inspired dan kain diperbuat daripada Korean Matte Satin Silk.

Adalia Lacey Kurung Dark Blue
Adalia Lacey Kurung Mint Green
kaler yang lain boleh rujuk di sini

Camellia Luxe Mini Kurung

Camellia Luxe Mini Kurung mempunyai pincess line di bahagian depan dan belakang yang memberikan tampilan yang lebih tipis dan berani. Dibuat dari bahan emas brocade berlapis bunga emas yang timbul dengan lamé emas dan lurex menenun untuk kemasan yang lebih mewah dan bergaya. Ditambah dengan lapisan bernafas, Camellia Luxe Mini Kurung menyediakan pengalaman yang lebih selesa. Mini Kurung Camellia Luxe juga mempunyai jahitan perincian hiasan buatan tangan yang menghasilkan rupa eksklusif. Di samping itu, Camellia Luxe Mini Kurung juga termasuk zip di lengan yang menjadikannya "Wudhu Friendly" . Skirt pula dibuat daripada mermaid inspired dah kain diperbuat daripada Matte Satin Silk Korea

Camellia Luxe Mini Kurung Grey
 Camellia Luxe Mini Kurung Maroon
kaler yang lain boleh rujuk di sini

Queen Luxe Kurung

Slits pakaian jatuh ke lutut yang meliputi pinggul, ditambah dengan kepingan "payung bunga" di atas skirt memberikan anda dengan gaya yang lembut dan berkelas. Walaupun reka bentuk klasik adalah inspirasi utama di belakang Queen Luxe Kurung  , kami menambah sentuhan moden minimalis. Anda boleh memastikan diri anda tidak kira apa acara, Kurung Queen Luxe akan membuatkan anda kelihatan sederhana dan bergaya. Menggunakan kain  jenis Hybrita memastikan bahawa warna-warna dipelihara, membolehkan anda memakainya untuk waktu yang lama tanpa bimbang tentang pudar warna. 

Queen Luxe Kurung Brown
Queen Luxe Kurung Copper
kaler yang lain boleh rujuk di sini

Seperti yang korang tengok, ini adalah 6  jenis design baju kurung trend terkini yang ada di Cirgaro dan tapi cuma 3 design yang uzu reiew sikit hehehe. Dan antara 3 jenis design yang uzu cerita kat atas, design yang uzu berkenan  ialah design Adelia Lacey Kurung :) Hihi uzu suka baju yang simple tapi nampak exclusie . Dan uzu sangat-sangat berkenan sebab dia ada lacey okay siap ada swaroski .. Membuatkan baju yang simple nampak elegent :)



Adelia Lacey Kurung ada macam-macam kaler yang ada antaranya biru tua ,  mint green, maroon, dusty pink dan baby blue.. Wahhh uzu berkenan yang mint green tu allahuu paster kaler sangat !  Siapa tak suka paster colour boleh pilih striking colour, semua ada hehe :)

Haaa siapa yang dah tertarik dengan design baju kurung Cirgaro ni, boleh skodeng di website dan beli secara online kat sana atau boleh datang ke butik Cirgaro di Plaza Shah Alam Seksyen 9 . Tingkat 1 ya .. Jangan sesat. Uzu pon nak p beli ni minggu depan .. Tak sabarrrr lah weiii nak tunggu minggu depan ! Kalau korang nak datang butik, details dan alamat ada kat bawah ye. Hihi apa pun salam semua. Selamat berpuasa ! :)

p/s : Btw kalau korang nak cari baju sedondon untuk suami tersayang , boleh juga baca artikel mengenai BAJU KURTA Cirgaro 2018 sebab design kurta sangat cun lah weiii !!! :)

Untuk Matlumat Lanjut
Contact No : 017-6055338

Alamat : 
Butik Cirgaro Apparel , Lot F4A, First Floor Plaza Shah Alam 
No. 2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

atau

Booth Raya di Ground Floor Plaza Shah Alam (berhadapan Giordano)  

atau

Booth Raya di Ground Floor Aeon Shah Alam (berhadapan Padini)

Waktu Operasi
10 pagi - 10 malam ,
sehingga malam raya
Share:

5 Sila Komen:

Kak Wawa said...

comel jugak baju macam ni..

Kak Sue said...

Cantik ya pilihan kat sini, simple tapi menarik..

Sis Lin said...

Cantiknyaa..memang ingat tahun ni nak pakai kurung moden singkat aje..tiap-tiap jubah aje, jemu plak hehehe

Shiqin Sunshine said...

cantikk kita suka lace

baju moden said...

fesyen baju kurung melayu pun selalu maju dan cantik buat setiap tahun. Jadi bukan saja westerner yang boleh keluarkan fesyen pakaian saja. Memang rantau Islam pun dapat design baju yang mempunyai gaya sendiri.