May 14, 2018

Majlis Perasmian & Pelantikan Nota Kerjasama Fabolous Empire Bersama Artis Irene Catalina



Majlis Perasmian & Pelantikan Nota Kerjasama Fabolous Empire Bersama Artis Irene Catalina | Salam. Hari ini, pagi-pagi lagi uzu dan rakan-rakan blogger yang lain rush ke Wangsa Maju untuk satu program iaitu Road Tour Charity Zumba 2018 yang diadakan di Ali Hall  Wangsa Maju (sebelah NSK Wangsa Maju) .. Keadaan cuaca tidak mengizinkan sebab hari ni hujan lebat yang sangat lebat.. Hihi.

Program ini diadakan oleh penganjur utama iaitu Fabulous Empire - Fab Dance untuk mengutip dana kepada MAKNA ( Majlis Kanser Nasional), juga Zumba ini dijadikan satu sukan yang memberikan satu impak kesihatan yang baik jika diamalkan sebagai gaya hidup yang sihat juga penganjur percaya bahawa pentingnya Zumba dan Zumba telah pun terkenal sebagai sukan yang main peranan penting dalam penjagaan kesihatan luaran dan dalaman..

Program Road Tour Charity Zumba 2018 ini dimulakan dengan persembahan nyanyian daripada artis Irene Catalina dan nampaknya ramai yang hadir sebagai peserta program sehinggakan penuh hall ini...
Artis - Irene Catalina
 Ramai nya orang join zumba ni :)
 Kak Irene Catalina lead zumba kita haa..
  Kumpulan zumba Watie Elite pun ada okay..
 Tema baju zuma hari ni hitam + kuning..

Ada dua majlis rasmi yang diadakan iaitu Majlis Perasmian dan Majlis Pelantikan Nota Kerjasama Fabolous Empire Bersama Artis Irene Catalina.. Siapa lagi yang tak kenal Irene Catalina, marilah uzu kenalkan..

"Irene Catalina adalah pendatang baru dalam dunia seni hiburan ... Waktu dulu-dulu kak Irene Catalina  tubuhkan satu group penyanyi berkumpulan sekitar tahun 2004 - 2006 .. So cuma tempoh 2 tahun je mampu bertahan.. Sekarang ni masing-masing tak aktif dalam seni hiburan.. Group berpecah.. Dan selepas 12 tahun, kak Irene Catalina  kembali sebagai penyanyi solo sejak tahun ni.. 

Single pertama lagu kak Irene Catalina  ialah AJARI AKU yang dicipta oleh DJ FUZZ dan lirik di tulis oleh Kumpulan Viral ... Lagu ni insyaallah akan music untuk drama Encik Suami Mat Salih Celup dengan video musik dapat view lebih 123,000+  yang mana mula diupload di youtube sejak Ogos 2017..

Kak Irene Catalina  juga turut tercalon dalam kategori Penyanyi Baharu Hot 2017 Anugerah Hot Fm 2017, yang mana kak Irene Catalina  berharap single terbaru Ajari Aku ni mendapat sambutan yang memberangsangkan !!"

Majlis Pelantikan Nota Kerjasama Fabolous Empire Bersama Artis Irene Catalina , dirasmikan dengan ucapan perasmian Datin Siti Nurzarina, selaku sebagai pengerusi Persatuan Wanita Elit.. 
Datin Siti Nurzarina - pengerusi Persatuan Wanita Elit.
Tak sabar ni nak rasmikan.. hihi
Kak Irene dah sign agreement..Tahniah :)
 Datin Siti Nurzarina juga menandatangani nota kerjasama..
Juga merasmikan Road Tour Charity Zumba 2018 ..
 Juga ada sambutan hari ibu diadakan dimajlis ini ... Happy Mothers Day :)

Tahniah atas perasmian dua majlis hari ni, diharap program ini mendapat sambutan yang menggalakkan , bukan sahaja Zumbaa untuk kesihatan tapi juga kutipan dana yang akan dibuat sepanjang Road Tour Charity Zumba 2018 , yang mana dana akan disalurkan ke tabung MAKNA, Malis Kanser Nasional ! Alhamdulillah selesai juga majlis ini.. Tahniah juga kepada pihak penganjur Fabulous Dance dan para-para sponse yang memeriahkan lagi aktiviti dan majlis hari ini .Salam.
Share:

1 Sila Komen: