July 09, 2018

Sungai Viral Berlatarkan Gunung Kinabalu : Polumpung Melangkap View Camp Site Kota Belud Sabah


Sungai Viral Berlatarkan Gunung Kinabalu : Polumpung Melangkap View Camp Site Kota Belud Sabah | Salam... Lamanya tak update entry setelah sekian lamanya uzu balik Sabah sempena raya. Well hihihi rasa dah sebulan lebih kat Sabah.. Lama betul uzu kat sini tak cuti puas puas lagi kat sini lagi-lagi dapat bercuti di negeri sendiri. Hihi so bila ada masa terluang uzu kat Sabah ni, uzu sempat lah jalan-jalan di tempat-tempat menarik di sabah walaupun tempat tu uzu dah pernah p atau belum.. :) Saja nak repeat :p

So... apa yang uzu nak update hari ni ialah satu tempat yang dah lama viral sebab keindahan sungai yang berlatarbelakangkan pemandangan gunung kinabalu. Tempat yang uzu maksudkan ialah Polumpung Melangkap View Camp Site Kota Belud Sabah :) Excited kemain uzu nak p sini hehe sebab tempat ni tak pernah uzu p :) Apa lagi gigih lah driving dari KK ke KB ..


Polumpung Melangkap View Camp Site Kota Belud Sabah

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kota Belud mengambil masa lebih kurang 2 jam driving.. Kalau nak ke Polumpung ni, memang takde public transport so kena drive sendiri atau kena sewa kereta..

Uzu nasihatkan, kalau nak view yang cantik yang mana view gunung belum ditutupi awan, korang kena sampai kat sana lebih kurang jam 8malam. So gerak dari KK, kena jam 5.30 atau jam 6 pagi. Awal sikit lagi okay sebab nak singgah isi minyak lagi, nak kencing lagi, nak breakfast lagi. Huhu..

Waktu uzu sampai, agak lewat sebenarnya tapi masih sempat ambik gambar gunung kinabalu. Paling lewat jam 9 pagi lah, lepas tu gunung dah mula ditutupi awan.. :)


Harga Tiket Masuk Polumpung Melangkap View Camp Site

Yuran Kemasukan (Warganegara Malaysia)
- RM3 (Dewasa 13 tahun ke atas)
- RM2 (Kanak-kanak 12 tahun hingga 7 tahun)
- Percuma [Kanak-kanak 6 tahun ke bawah, warga emas (60 tahun ke atas) dan OKU]

Yuran Kemasukan (Bukan Warganegara Malaysia)
RM6 (Dewasa 13 tahun ke atas)
RM4 (Kanak-kanak 12 tahun hingga 7 tahun)
Percuma [Kanak-kanak 6 tahun ke bawah, warga emas (60 tahun ke atas) dan OKU]

Yuran Bermalam (Warganegara Malaysia)
- RM6/seorang/malam (Dewasa)
- RM4/seorang/malam (Kanak-kanak)

Yuran Bermalam (Bukan Warganegara Malaysia)
- RM12/seorang/malam (Dewasa)
- RM8/seorang/malam (Kanak-kanak)


Kemudahan Yang Disediakan

Khemah (Tent)
Kem muat 2 orang - RM10/malam
Kem muat 4 orang - RM20/malam
Kem muat 6 orang - RM30/night
Kem muat 8 orang - RM40/night

Pelampung tiub
RM3 ke atas/sebuah (bergantung kpd size)/1 jam (First come first serve)
Life Jacket RM3/1 jam (First come first serve)

Lain-Lain Kemudahan

Bantal - RM3/sebiji/malam
Sleeping bag - RM5/sehelai/malam
Tikar plastik - RM3/sehelai/malam
Tilam kekabu - RM4/sehelai/malam
Kerusi - RM1
Meja - RM5
BBQ pit - RM10 (makanan, arang dan bbq utensil tidak disediakan)
Canopy - RM15
Pondok Khemah RM30-RM40
Portable Gas RM15
Dewan Terbuka RM10/jam
Portable speaker - RM10/jam
LDC - RM10/jam
Kipas - RM5/jam
Bekalan elektrik di sediakan (tertakluk kepada caj)
Pondok Dapur - RM30
Unggun Api - RM20
Pengangkutan - Van dengan muatan 13 orang penumpang RM350 pergi balik KK-PMVSC-KK (pemandu disediakan)


Aktiviti Yang Ada Di Polumpung Melangkap View Camp Site

- Mandi sungai (Sungai Panataran airnya sejuk dan jernih mengalir terus dari Gunung Kinabalu) 
- River tubing Sungai Panataran (paling siok!) 
- BBQ (upon request)
- Unggun Api (upon request)
- Camping
-Aktiviti Riadah Lain/Exercise/Games/Treasure Hunt/dll. (Peralatan dan aktiviti disediakan/dijalankan sendiri oleh guest)
- Bilik doa, tandas, bilik persalinan & kamar mandi turut disediakan
- Ada liputan Celcom dan Maxis Sahaja. Digi takdeeeee :p

Tangga pun meriah dihias dengan bunga warna warni :)
 Ada kolam kecik kat sini. Tempat spot ambk gambar :)
 Selamat datang :)
 Turun-turun je terus menuju kebawah :) Sampai-sampai kena kejar view gunung ;p
 Bukan apa.. Kalau tak kejar nanti hujan :)
 Ini lah sungai yang viral tu. Waktu ni sungai masih kabut tapi boleh mandi..
 Jangan lupa ambik gambar kat sini okayy :)
 Kat area tapak untuk camping..
 Mula-mula tak nak mandi.. Tapi rugi lah 2 jam driving, tapi tak mandi :)
 Demi gambar helok, terus masuk air. Hati-hati air deras okay..
 Lama uzu lepak kat sini sambil tengok view gunung kinabalu.. Tak puas puas tengok :)
 Deras kan?
 Subhannallah..
 Sonok tengok bebudak ni main water tubing :) 
Kalau ada anak kecik, main kat area belah kanan ni. Tak deras sangat :)
 Ada jugak buaian :) Lepas tukar baju sempat lah uzu main kat buaian ni jap..


Uzu tak lama kat sini. Dua jam lebih macam tu. Dah setel... Kalau uzu bermalam, lagi best.. Hihi meriah tengok diorang camping camping bagai. Student pon ramai.. Siap buat ungun api lah, Bbq lah, kem motivasi lah, family day lah dan macam-macam lagi hehe.. Sonok ! Rasa nyesal tak stay bermalam kat situ :) Huhu...

Eh btw,  post uzu kat facebook dah pun viral .. video uzu pun dah sampai 23000+views setakat tak sampai 2 hari share.. Btw hihi Terima kasih yang sudi share dan tengok video uzu ni okay? .. Hihi kalau ada yang belum tengok, boleh tengok kat bawah ni :) Hihi ok lah salam u ols :)

            

NAK SEWA KERETA MURAH?
Website : www.bmcarrental.com
Contact no www.wasap.my/60109469296(Suhaila)
Share:

0 Sila Komen: