August 12, 2018

Goobne Malaysia : Korean Korea No.1 Oven Roasted Chicken


Goobne Malaysia : Korean Korea No.1 Oven Roasted Chicken @ My Town Shopping Center | Salam.. Wahhh dah lama mengidam nak makan makanan korea di Malaysia ni tapi kan semua makanan yang uzu makan, tak semuaa kena dengan selera orang Malaysia ! Haaa bila dengar ada restoran korean baru yang menghidangkan menu-menu orang Korea tapi menu-menu kat restoran baru bukak dia diubahsuai menjadi rasa dan tekak orang Malaysia , uzu rasa teruja! Hehehe ..Bukan setakat uzu sorang je boleh makan habis sampai repeat menu sama, orang yang bukan peminat korea pun boleh minat makanan korea bila pertama kali makan di Goodne Malaysia ni :)


Goobne , dikenali sebagai Korea No.1 Oven Roasted Chicken telah membuka kedai pertama mereka di Malaysia yang terletak di MyTOWN Shopping Centre, Cheras Kuala Lumpur pada 31 Julai 2018. Waktu uzu datang makan kat sini, restoran ni baru tak sampai seminggu lagi beroperasi. Hihi . Ramai juga yang datang makan kat sini :)

Apa Yang Menariknya Mengenai Goobne Malaysia?

Restoran pertama yang mana menu-menu kat Goobne adalah menu gaya hidup sihat, ayam-ayam ini dipanggang di dalam ketuhar selama 13 minit dan tidak langsung menggunakan minyak malah menggunakan tutusan minyak daripada ayam itu sendiri..So kat sini takde ayam goreng ye .. Hihi semua dipanggang dan tidak menggunakan minyak :)

Goobne Chicken juga menawarkan pilihan ayam keseluruhan atau setengah, sayap dalam 8 atau 14 keping untuk menyesuaikan dengan keinginan setiap orang. Siapa yang suka pedas memasng sesuai lah nak makan kat sini.. Ada 1 menu dia tu haa , memang pedas giler. Menangis air mata darah hehe.. 





Menu-Menu Di Goobne Chicken

Goobne Chicken menyajikan menu nasi dan mi termasuk nasi goreng ayam dengan gunung berapi atau sos bawang putih kedelai, Jjamppong Seafood Ramen, sup ayam ginseng tradisional Korean dan Samgyetang beras Korea. Yang ni sedapp giler ni hehehehe. Uzu repeat 2x makan ramen dia. Sedap ya ampunnn..

Untuk hidangan sampingan, salad, telur, sup, Volcano Cheese Tteok-Bokki, Japche dan Oven Potato disediakan.

Selepas itu,  customer boleh menikmati  minuman termasuk RITA (Goobne Khas Mocktail Non-alcohol), minuman ringan, jus botol dan teh. Untuk last sekali boleh makann pencuci mulut, Green Tea atau Chocolate Ice Cream.










Goobne Chicken menjadi jenama ayam Korea No.1 yang dibakar ketuhar di Korea dengan melayani pelanggan dengan ayam yang lebih baik sejak jenama itu dilancarkan pada tahun 2005. Dengan lebih dari 1000 peniaga di Korea serta Hong Kong, Macau, China, Jepun dan Indonesia, Goobne Chicken memegang janji menggunakan daging segar, memastikan kemudahan pembuatan yang selamat dan bersih dan terus menunjukkan produk inovatif yang membawa kepada budaya ayam yang baru.


Untuk Matlumat Lanjut


Alamat : 3rdfloor MyTOWN Shopping Centre, 

Waktu Operasi :
Isnin - Ahad 10:00 pagi -10:00 pagi.
Share:

2 Sila Komen:

Eeca Shyaa said...

ayam tu menggoda sangat!!!

Mas FVOME said...

wooo! bolehlah singgah nnti