August 18, 2018

Tempat Makan Sedap Di Selangor : Asap Steamboat & Grill Puchong


Tempat Makan Sedap Di Selangor : Asap Steamboat & Grill Puchong | Salam.. OMG lama giler uzu tak makan steamboat. Last uzu makan steamboat masa uzu kat Sabah.. Berbuka puasa dengan BFF tersaiyang , JunZie.. Tapi steamboat yang uzu makan tu, serius langsung tak menyelerakan. Wadehekkk ! Walaupun kami bayar RM32 je tapi still tak berbaloi nak makan situ.. Perghh. Kalau kenaa baagi free makan situ pun uzu akan say NO !!

Dan akhirnya setelah 2 bulan uzu tak makan steamboat , tiba-tiba sabtu lepas tekak teringin nak makan Steamboat dan I decide to google tempat makan di selangor, terus jumpa beberapa blog yang pernah review Asap Steamboat & Grill sebelum ni, tengok macam menarik je ! Menyelerakan je tengok kedai steamboat dua tingkat, siap liplapliplap malam-malam. Terus teruja nak p .. So sampai juga uzu ke salah satu tempat makan best di selangorAsap Steamboat & Grill Puchong.

Sampai-sampai je terus tengok tempat ni. Bapak cantik weeeii ! Datang-datang memang penuh orang.
Ni bahagian makan kat tingkat bawah. Best seat lah sebab dekat dengan makanan.. hihi
Gambar bawah ni seat dibahagian atas. Uzu makan kat atas. Boleh sambut birthday kat atas. Privacy  hehe.
Sonok juga makan seat bawah ni.. Angin masuk je.. Gitohh hehe
Alamak gegar lah gambar adik tu. ah sorry dik hahhaa. Yaang penting tangga naik atas sana cantik hehe..
Ni ruang makan kat tingkat atas belah kiri. Sini best view kalau nak bt function..birthday party ke hehe
Jom tengokk gambar menu-menu steamboat kat sini..
Kalau nak makan megi ke, nak ambik sayur ke kat sini.. Eh byk nye jenis me kat sini kan?
Kat sini pulak bahagian seafood.. Memang heaven lah .. Macam nak makan semua ! Huhu 
Yang ni pun sedap juga heheh..
Ahhh suka lah bebudak makan kat sini heheheh...Ada aiskrim potong!
Air-air yang ada. Banyak jenis air cuma uzu tak dan ambik gambar. Lapar sangat dah ! hihi
Ewahhhh its mine :)
Ni daging dan ayam yang uzu ambik ! Uzu ni sejenis uzu yang suka daging :)
Seafood yang uzu ambik. Hihi suka seafood op koss. Hmm tak sabar naka makan ! Hihuha
Tini, my partner for that time..
Perkara penting steamboat ialah dia kuah tomyam ke, ayam ke apa? Uzu op kos suka tomyam hehe
Cuma nak puji. Kuah tomyam dia sedap ! Uzu bagi 20/10 bintang ! Hehe

Allahh berselera uzu makan. Ni gambar tak repeat lagi ni. Hehe lepas je setel round 1, kami repeat lagi ambik makanan yang kami tak ambik lagi, aiskrim lah, puding lah, mee lah, pelbagaai jenis air uzu rasa, hahahaha , sedap ya ampun makan kat sini. Berkali-kalu uzu cakap kat member, weiii sedap dan berbaloi lah kalau bayar next time kalau nak makan sini hihihi.. Daging ayam seaafood kat Asap Steamboat sedaap! Belum laagi part rasa 3 jenis sos homemade Asaap ! Alhamdulillah tak terkata rasanya sebab semua makanan sedap. Environment best ! Reka bentuk bangunan pon cantik dan unik! So totally uzu baagi 20/10 bintangggg ! Yeahhhhh..

So kalau korang nak tanya mengenai Asap Steamboat, nak tau harga, macam mana booking, kat mana lokasi, atau korang nak p Asap Steamboaat & Grill ni kat Puchong ni, bolehlaah rujuk info yang uzu kat bawah eh ! Heheh jangannn tak datang ye ! Ok lah tu je assalamualaikum :)

Waktu Operasi
Isnin-Ahad , 6 Petang - 12 tengah malam

Untuk Matlumat Lanjut
Contact : 0134858944

Share:

7 Sila Komen:

farhanna jafri said...

simple ja kedainya tapi deco cantik, pilihan pun banyak. seafood tu mengancam!

Shafyqah Azahar said...

cantiknya kedai ni, terliur dah sha tengok gambar haha

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

sedapnya..dh lama xmkn steambot

HasrulHassan.com said...

Fuh kedai nampak mewah la...pandai betul buat deko. Nama kedai pun unik .. ASAP ... mcam best je nak makan sini, in Sha Allah .. kalau berada di area berdekatan .. nak gi cari nanti.

Terima kasih uzu.

Nieyla Nadia said...

Menarik ni...tekak ni mmg nak makan grill steamboat je ni....

norra said...

deco dia mmg menarik la, cam best nk lepak lame2

Mrs Fuzy Hamid said...

cantik deco kedai ni..terliur la pulak tgk steamboat ni..