August 20, 2018

The Hut Kampung Style Melaka


The Hut Kampung Style villa Melaka | Salam.. Perghh lamanya tak g Melaka ! Last uzu p Melaka sebelum raya hari tu, kiterang stay kat The Settlement Hotel Melaka , kali ni kami dijemput untuk review salah satu kampung stay di Melaka, kali ni homestay yang kami review ni berkonsepkan kampung style yang lebih privacy  . Hehe :)





The Hut Kampung Style Melaka

The Hut terletak di 25 KM Melaka dan 5 KM  ke Bandar Merlimau, juga merupakan  kawasan yang unik sebabnya ia terletak di kawasan perkampung melayu.. Tempat ni uzu suka sangat-sangat sebab privacy, udara sangat segar bila bangun pagi. Hihi Kawasan ni bertutup tau, so orang pun tak taw ada penginapan kat sini :)  

Pembinaan The Hut Kampung Style ni dibina dari kayu-kayu lama, atas nipah yang direcycle semula menjadi satu pengingapan ala kampung yang unik ! Memang wowww mula-mula datang kat sini. Good expression kekdahnyee hehehe.. Hehe siap ada kolam renang lagi wowww memang sesuai dengan mana-mana yang nak buat family ke, gathering ke, kem motivasi ke, atau apa-apa jenis majlis yang tertutup .. Nak buat photoshoot kahwin ke :p Uhukkkkkkk






Mula-mula sampai, rasa macam tak sabar je nak masuk... Gate pula berkunci. Gate jenis yang ada remote.. Dari bilik kita pon boleh buka pagar . Takde remote tu tak boleh lah masuk dalam tu.. Hihi nampak tak, nampakkkk takkk privacy dia camne :p 





Haaa bergegar ovari tak tengok gambar cecantik gini? Kalau uzu kan, kalau nak bercuti kat Melaka, of coz lah cari penginapan yang macam ni.. Lebih tenang dan selesa.. Kat KL kan banyak hotel-hotel biasa, kalau kita ke Melaka cari hotel biasa-biasa tu kan, baik bercuti g KL je.. Penginapan kat Melaka ni bersepah tau, kalau kita tak kreatif macam The Hut Kampung Style ni, susah lah nak maju hihi . Kalau uzu pon, mesti pilih hotel, homestay, villastay yang unik lagi-lagi ada swimming pool, ada dapur yang lengkap kalau nak masak, ada tempat nak makan, nak tengok tv, semua ada :)

So kalau korang nak bercuti ke Melaka, terutama yang nak bercuti kat Melaka, uzu suggestkan korang menginap di The Hut Kampung Style okay? Siapa yang berminat boleh rujuk info yang uzu sertakan kat bawah :)

Harga

RM160-200/semalam

Untuk Matlumat Lanjut

Alamat : batu 8 jalan bonda che wah gangsa 76000 durian tunggal melaka

Share:

4 Sila Komen:

Atuk Ichimoku said...

waaaa... nampak menarik... boleh try pergi sana ni...

kinkohyo.blogspot.com

lullabyssz said...

singgah sini

https://messarah.blogspot.com/2018/08/movie-review-game-night-uninvited-crush.html

Nieyla Nadia said...

Singgah sini...
selamat hari raya aidil adha... :)

Mrs Fuzy Hamid said...

cantik! tetiba terasa mood nak bercuti kat Melaka..good share Uzu