September 20, 2018

Bercuti 3 Hari 2 Malam Di villa Mewah Di The Cedar @ Bidor Perak


Bercuti 3 Hari 2 Malam Di villa Mewah Di The Cedar @ Bidor Perak | Salam.. Fuhhh uzu baru balik dari Perak semalam. Hihi bulan September kan banyak public holiday so memang asyik nak bercuti pulak jeee..So 17-19 September 2018, uzu ajak rakan-rakan blogger yang lain untuk bercuti di salah satu vmewah yang pernah viral suatu ketika dahulu, hehe ! Tengok video viral tu nampak gempakk, huwarghhhhhhh tak sabar serius tak sabar nak short-gateway di The Cedar @ Bidor Perak :)

Perjalanan kami dari KL mengambil masa 1 jam 30 minit. Tepat jam 3 petang, kami semua sampai di The Cedar @ Bidor Perak  ! Huwargh dari jauh memang nampak villa besar dan mewah di atas bukit tuuu... Btw kan, kalau korang yang datang awal kan, better korang jangan datang dulu, sebab pintu gate bertutup dan berkunci. Tepat jam 3 baru ada orang datang bukak. Hihi..
Gate akan dibuka tepat jam 3 petang waktu check in

[The Cedar @ Bidor Perak]


The Cedar Bidor ialah sebuah banglo mewah yang terletak di Bidor, Perak. Bidor ni ialah tempat-tempat perkampungan dan jarang sekali ada orang ke tempat ni. Banglo mewah ni di sekelilingi alam semula jadi, dikelilingi oleh hutan , kelapa sawit dll. The Cedar Bidor dibina di atas tanah persendiriaan seluas 4 ekar. Banglo mewah ini boleh memuatkan lebih dari 16 orang. Tempat ini sangat-sangat tenang dan membuatkan kita back to nature.. Design dan kedudukan villa ni pun boleh membuatkan kita akan enjoy dengan sunset and sunrise view..

Kemudahan Yang Ada The Cedar Bidor
  • 8 Bilik ( 4 Queen & 4 King ) + Bilik mandi di setiap bilik
  • 2 Bilik Air
  • Penyejuk udara ( air con )
  • Kipas siling
  • Tempat makan kat luar
  • Dapur basah & Dapur kering
  • Dapur / Peralatan memasak
  • Bilik mainan budak
  • Ruang tamu
  • Meja pool
  • Tempat BBQ
  • Peralatan BBQ
  • Kolam Renang Infinity
  • Pantai Riverfront
  • Pergola 
  • Microwave
  • Tempat Parking
  • Peti sejuk
  • Freezer
  • Water Heater
  • Dapur gas
  • Tv
  • Pemandangan Hutan
  • Tempat karaoke
Sampai-sampai je terus ambik gambar sekitar The Cedar Bidor. Subhannallah cantiknya rekabentuk dan pemandangan serta decoration moden yang membuatkan villa ini sangat woww dan keterujaan kami semua semakin membuak-buak.. Hihii.. Sampai-sampai je terus rasa nak berenang nampak infinity pool yang viewnye memang nampak hutan kat depan tu. Hehe.. Hilang rasa penat kekdahnye hihihi :) Jommm kita tengok apa yang best kat sini hehe..
Infinity pool edge
 Tempat makan outdoor..
Perghhh outdoor dining area ni namapak view hutan dan swimming pool hehe
Rak hiasan hihi
 Table pool. Jom main !! 
 Tapi yang muslim jangan main judi ye hehe
 Kalau nak makan kat dalam pon okay hehe
 Jasmin suka lah ada play room jugak hehhee
 Ruang tamu di tingkat atas hehe
 Ruang tamu kecil hehe.. Siap ada cermin untuk mak hang joga haha
 Hiasan dalam rumah hehe
 Pandai diorang deco kan? hehe
 Tempat tengok Tv hihi dan karaoke 
 8 bilik semua kat atas ni .. Uzu kat hujung
Gambar bilik dari website the cedar
Bilik uzu hehehe
 Tak sabar nak tido hehehe :)
 Almari kecik dan hanger hihi
 cawan-cawan untuk people have have disediakan juga hehe 
 Dapur kering
 Dapur basah.. Hehe lengkap tak?
BBQ area 
 Lepak lepak kat laman luar...

Lepas je kiterang jaalan-jalan ambik gambar, baru lah uzu ada masa nak masuk bilik. Ada 8 bilik hehe . 4 king dan 4 queen. Uzu dapat bilik besar dan boleh connecting room dengan bilik kak min. Hehe tapi tak bukak pon.. Aurat aurat huhuhu.. Sebab kak min bawak suami. Uzu dan mimin je  perempuan single hehehe... 

Petang tu, kami semua turun untuk mandi pool .. Arghh lama tak mandi infinity pool okay. Ada yang tido, ada juga yang tengah karaoke, ada rehat dalam bilik, ada yang tengah masak so yang lain layan swimming pool hehe..
Cantik tak? hehe
 Tempat lepak yang boleh swing hehe. Pergola..
 Susah juga nak ambik gambar mamat ni hahaha
 Pelampung pun ada okay kat sini. Sesuai ah tuk bebudak hehe
 cat walk pon boleh .. Haha ok gurau.

Next. Antara yang paling diorang layan habis.. Hahah snooker pool table. Perghhh dari awal sampai, sampai lah nak balik. Memang tak henti-henti main. Kejap orang tu, kejap orang ni. Ketagih! Tapi main saja-saja je okay. Kiterang takde istilah nak main judi hehehe..  Snooker pool ni siap lengkap ada ball sets, plastic triangle, chalk & cue..Memang best layan ..
Uzu tak reti main. posing je mampu hehehe
Suami kak min hehehe go go abe yie..
 Kahkah posing maut Ezrin ..
 Abah tak nak kalah tengok Ezrin posing hahaha !
 Yang lain tengok gelak gelak tengok abah dan anak-anak main snooker haha
 Next giliran Mat dan Aryl hehe..  Abah sembang ape lak tu.. Takde orang tengok haha
Best friend ni tak nak kalah jugak hahahaha.

Lepas dah bosan main snooker, diorang akan ganti-ganti dengan karaoke kat ruang atas. So kiterang kat sini, kejap kat atas, kejap kat bawah. Kejap kat luar huhu.. Karaoke sini puas hati giler sebab tv dia LCD Tv, ada koleksi macam-macam karaoke yang boleh nyanyi. Hihi puas hati weii.. 
Abahhhh lagi.. Suka rasmi dulu hehehe
 Karaoke sampai 3-4 pagi de huhu. Memang sonok walaupun suara sumbang :p kompiden penting wak..
Abahhhh nak jasmin nak karaoke ! Hihi Budak - budak pon layan karoks k siap nyanyi memori berkasih :p
Hi-tea sambil membawang hahahahahaa. Abah ketua. Allah ajar benda tak baik kat anak-anak . Mak tolongggg!
 Cissss rupanya mak pon ikut membawang :p hahaha

Sementara yang lagi membawang , anak-anak yang tak berdosa hahaha masuk bilik mainan budak. Kata sini macam-macam mainan ada. Buku kaler-kaler pon ade. Sonok lah bebudak conteng conteng kat sini.. Jangan conteng dinding ye hehehhe :)
Ni dewasa yang masih budak-budak..
 Jasmin nak colour semua buku boleh tak? Hahaha

Malam baru sempat ambik gambar dinner ramai-ramai macam ni. Sebab semua ada. Hihi datang sini kami beli barang masakan sendiri, so bila reramai ni RM10 sorang je kos makan untuk 3 hari 2 malam.. Jimat kan? Cuma hari kedua je tak dan masak so kami makan luar ..Thank you kaak min yang sudi masak untuk kiterang semua :p
13 orang semuanya termasuk uzu :)
 Adaa tempat best sekitar the cedar bidor
 Air terjun ! Sejukkkk wei hahaha. Sejam juga kami mandi-mandi kat sini hehe
Hahaha post ape ni?
 Semua mandi air terjun.. Tahan sejuk hehe
 OMgg win gambar ni hehhe

Ini lah serba sedikit kisah kami 3 hari 2 malam di The Cedar Bidor, banyak pengalaman manis dengan diorang ni. Kiterang kat sana gelak sakan memanjang. Memang betul-betul have fun huhu :) Bila ko bercuti dengaan blogger-blogger yang kau rapat then otak semua otak gila-gila , memang menjadi lah trip ini :) Hihihi yang tak boleh belah tu tengah malam 1-2 pagi semua lelaki mandi swimming pool. Arghh kerja gila. Yang perempuan lak siap buat cekodok memalam dengan air kopi panas. Layan habis lah hahahahha adohai hahahha :)

Apa pun yang peting thank you The Cedar @ Bidor , sudi menerima kunjungan blogger-blogger /vloggers untuk bercuti kat sini. Terbaik ! Keseluruhan 5/5 bintang banglo mewah ini :) Siapa yang berminat nak buaat gathering secaraa group? Memang sesuai lah book banglo villa ni .. Nak buat family day ke, team building ke, boleh juga kan? Hehe . Dengar cerita banglo ni selalu penuh. So try lah tanya bagi yang berminat hihi ok laah u olss.. ok lah byee Salam :)

Harga : 
RM1100-RM2400


Untuk Matlumat Lanjut
Email : thecedarbidor@gmail.com
Telephone Number : +6012-683-9979

Alamat : Lot 1852, Jalan Paku, Kg Chang, Bidor, Perak, 35500, Malaysia

Waze : The Cedar At Bidor
Share:

1 Sila Komen:

Sis Lin said...

Waaa bestnyaaa Uzu...
Tenku share, nanti nak pergilah...

Btw hepi besday Uzu comel manis cantik <3