September 24, 2018

Persiapan Kahwin Uzu & FF : Pentingnya Mandi Bunga Sebelum Kahwin


Persiapan Kahwin Uzu & FF : Pentingnya Mandi Bunga Sebelum Kahwin | Salam.. Hai ..Hihi.. Btw , dua minggu lalu, uzu berkesempatan untuk ke Spa Mawar Putih di Puchong untuk memanjakan diri dengan mandi bunga sebelum kahwin... Ini adalah salah satu persiapan uzu sebelum kahwin yang mana majlis uzu lagi kurang dari 3 bulan. Macam-macam benda dah setel, cuma lagi 30% yang tak setel lagi . Hihi..

Berbalik kepada tajuk di atas kan, kenapa mandi bunga penting sebelum kahwin? Haaa kepada yang baru tahu macam uzu ni, mandi bunga tujuannya untuk menaikkan aura seri wajah bakal pengantin.. Mandi Bunga ni akan dibaca ayat-ayat alquran sebelum mandi..


Kebaikan Mandi Bunga Aura Seri
  1. Menghilangkan stress
  2. Menaikkan seri wajah
  3. Menyerlahkan aura badan
  4. Menyegarkan tubuh badan
  5. Mengurangkan bau badan
7 jenis bunga berlainan , limau nipis serta minyak aura kirana digunakan sebagai air rendaman mandi bunga.. Mandi bunga ni akan mengusir aura aura negatif yang ada dalam badan uzu ni haaa.. Bunga-bunga yang ada berfungsi untuk merupakan terapi stress. Pelbagai jenis bunga juga berfungsi untuk menyegarkan dan melembapkan kulit. Memang sesuai untuk uzu yang pentingkan kesihatan luaran dan dalaman :)
Bilik mandi bunga. Cantikkan decoraation ala bali ni ?
 Tak sabar nak mandi hehehe
 Minyak aura kirana. Minyak penaik seri ..dan limau nipis..
 7 jenis bunga yang berbeza tau :)

Cara-Cara Mandi Buna Aura

                 Hehehe. Nampak kat cara mandi bunga kat video atas? Ini adalah video sedutan Mingguan Wanita untuk Spa Mawar Putih :) Spa Mawar Putih ni dah famous tau dari dulu.. Macam-macamv TV dah masuk.. Macam-macam jenis majalah dan surat khabar Spa Mawar Putih dah keluar. Siapa p spa ni mesti akan teruja dengan dinding yang mempamerkan pelbagai jenis koleksi akhbar-akhbar yang Kak Zie dah masuk .
Koleksi-koleksi kak zie di media akhbar..
Cantik spa ni kan? Ala-ala bali :) Fresh je tengok..
Pintu masuk spa mawar putih..

Kepada bakal-bakal pengantin yang bakal berkahwin tahun ni ke, tahun depan ke, haa cuma kalau nak 2-3 bulan sebelum majlis korang kena mandi bunga aura seri ni.. Pastu lagi beberapa minggu nak kahwin, korang kena mandi untuk menaikkan aura seri pengantin.. Hihi tau? Haaa uzu pon akan buat penaik seri aura pengantin sebulan atau 2-3 minggu sebelum majlis... Wajib k wajib hehehehe. So kepada bakal-bakal pengantin, uzu sangat-sangat rekemen u olss bermanja-manja di Spa Mawar Putih, Puchong !! hihi Good luck dan salam :)

Harga :  M100 30 Minit

Untuk Matlumat Lanjut
Booking : 03-80524798 / 012-6724798
Share:

4 Sila Komen:

Sunah Sakura said...

kalau yang dah kahwin pun teringin nak mandi bunga, tengok macam ni..hihi

Nieyla Nadia said...

Bukan kata bakal pengantin je, yg pengantin lama ni pun teringin juga ni..hehehe

Syeeda said...

bestnya dapat mandi bunga =)

MommySado said...

Elok mandi bunga diamalkan setiap bulan lepas tu. Buat maintenance hehe