October 21, 2018

MFD Jannah Kursus Kahwin Putrajaya


MFD Jannah Kursus Kahwin Putrajaya | Salam.. Alhamdulillah.. Genap seminggu uzu dan tunang dengan baangganya telah menamatkan zaman bujang.. Hehehe Ehhhh!! haha bukan lah...! Amboiiii haha tak sabaar nampak gayanyee uzu oiii :p Hahaahahhaa gurau je. Kahkahkah Haaa kiterang berjaya menamatkan kursus pra perkahwinan yang diadakan pada 13-14 Oktober 2018 iaitu dijalankan selama dua hari. Kursus kahwin , telah diadakan di satu dewan di Putrajaya Sentral iaitu di dewan MFD Jannah.

Memandangkan uzu dan tunang familiar dengan Putrajaya, so kiterang pun decide nak ambik kursus kahwin kat Putrajaya Sentral. Uzu memang tahu kat sana ada kursus kahwin...Tapi kalau korang tanya, kenapaa uzu tak ambik je kat Cheras? Dekat dengan rumah? Haa dekat memang dekat tapi tunang uzu malas nak masuk Cheras sebab memang Cheras area jem giler. Huhuhu so baik kat tengah-tengah , ambik yang area senang public transport hehe so Putrajaya Sentral area terbaik bagi kami berdua :p  Putrajaya Jaya Sentral ni senang uzu nak naik public transport. Naik Klia Transit dari TBS sampailah Putrajaya Sentral, tiket RM8 je. Tak payah susah-susah nak hadap jem + dan boleh jimat minyak serta tol :p Uhukkkk (paanjaangnya cerita :p)

Kursus kahwin ni, actually ada dianjurkan oleh kerajaan, juga ada juga dari swasta. Bezanya ialah harga. Kalau kursus kahwin gomen, harga dalam RM80. Swasta pulak RM100+ ke atas.. Harga kursus kahwin swasta ikut kepada kemudahan-kemudahan yang diberi. Uzu join MFD JANNAH. Kursus kahwin swasta. So kalau korang pilih kursus kahwin swasta macam uzu ni, kena surey dulu ye. Jangan pulak ada kes tipuuu. Daah p kursus kahwin tapi tempaat tu takde permit. Kena selidik betul-betul tempat kursus kahwin korang. So untuk panduan korang, boleh baca 8 perkara-perkara yang di ambil kira tentang kursus kahwin yang perlu korang tau..

8 Perkara Penting Mengenai Kursus Kahwin

  1. Pastikan tempat kursus kahwin ada permit penganjuran yang sah dari Jabatan Agama Negeri dan anjuran syarikat-syarikat yang dilantik macam MFD Jannah.
  2. Wajib hadir kursus kahwin dan ikut semua modul kursus kahwin yang disediakan
  3. Penganjuran kursus MFD Jannah diadakan setiap minggu pada Sabtu Ahad
  4. Waktu kursus kahwin . Sabtu ( 8.30 pagi - 7 petang ), Ahad ( 9.00 - 2 petang )
  5. Cara berpakaian. Lelaki ( smart casual, sopan, berkolar, berkasut ) Perempuan ( Bertudung, sopan, baju kurung/jubah)
  6. Takde ujian bertulis seperti yang dikhabarkan
  7. Simpan dokumen, matlumat penganjur ( jika kehilangan / rosak sijil )
  8. Sijil kursus kahwin di MFD di keluarkan bermula hari Khamis , 4 hari selepas kursus.
Dan setelah meneliti dan menyelidik perkara-perkara di atas, maka sahlah MFD Jannah penganjur kursus kahwin yang boleh dipercayai. Alhamdulillah.. Hehe so uzu terussss booking 3 minggu awal.. Senang je nak booking. Tak payah nak isi borang online ke apa , just whatsapp :)

Cara-Cara Tempah Kursus Kahwin Di MFD Jannah

  1. Whatsapp : Nama Penuh , No kad pengenalan, ( nama pasangan sekali jika ada) Tarikh kursus 
  2. Bayaran RM120 dibayar sewaktu kursus kahwin pada Sabtu pagi Jam 8.30 pagi
Kursus Pra Perkahwinan MFD Jannah

Untuk ke MFD Jannah, kalau naik kereta. parking kat bahagian Park & Ride di aras SB @ P1 @ P2. Masuk situ guna touch and go ye je. RM2/entry..Pastikan touch and go ada baki melebihi RM10.. Kalau uzu naik train, so sapa naik train, cari restoran . belah kanan restoran tu ada jambatan nak ke bangunan sebelah. So masuk je bangunan tu, tak payah naik atas ke turun bawah, memang aras tu juga. Pergi belah kiri bangunan. Tempat tu tak nampak dari luar sebab ada ofis , so p je kat belakang tu, kalau nampak meja meja banyak-banyak , kat sana lah tu..Hihi jelas?

Soo untuk hari pertama , semua peserta -peserta kena isi borang matlumat kursus pra perkahwinnan ni.. Hihi.. Kalau bawa pasangan, pasangan pun kena isi. Masing-masing isi lah ye.. Pastu kat sana lah  semua peserta-peserta kena bayar yuran sebanyak RM120 / seorang ..

Borang kursus pra perkahwinan
Semua peserta akan diberikan satu folder dan dalamnya ada buku pink ni, jadual kursus dll
Dewan besar,ada aircon, kerusi selesa, boleh muat lebih 100 orang dalam satu masa

Hari Pertama Kursus Kahwin

Asal ja sebut kursus kahwin, orang akan sebut "alaaaaa mesti boring" , "jangan tido tau sebab kursuh kahwin selalunya boring" dan macam-macam lagi kenyaataan-kenyataan negatif sampai membuatkan uzu punya mindset pon kata "alaaa mesti boring ni kan?" huhuhu tapi bila datang penceramah pertama, belum start kursus lagi,\ ni,  dia punya intro pun buat semuaa orang gelak! ustaz tu berkenalan tanya nama je pon, kat situ daah pon dah tergelak habis kiterang semua dalam dewan. very good introduction lah eh haha..  

Tajuk Modul & Penceramah Kursus Kahwin Hari Pertama 
  • Akidah & Akhlak
  • Akhlak dan hubungan dalam keluarga ( Ustaz Mohd Faizan Tajuid - Uitm Tauliah Jakim )
  • Perkahwinan dan prosuder ( Ustaz Baharuddin Bin Idris - Jawi Masjid Wilayah)
  • Komunikasi Suami Isteri dan pengurusan sumber keluarga ( Ustaz Norzaidan Bin Hamad - Jakim 

Untuk hari pertama memang best lah . Hihi dari pagi samapai petang, uzu tak sempat nak tidur. Hahaha takde istilah mengantuk ye. Sebabnya semua ustaz-ustaz yang ada di MFD Jannah semua menghiburkan. Hahaha . Siap bergurau senda lagi, siapp kenakan peserta-peserta lagi :D Gelak punya gelak, ehhh dah habis? Eh dahh lunch? Sekejapnyaa masa berlalu. Tak perasan 2 jam setiap slot tu dah habis.. Huhuhu gelak punya gelak, yang penting ilmu, fakto, info masuk kepala. Haa tu yg penting. Banyak sangat ilmu yang uzu belajar pada hari pertama.. Paling penting macam mana cara nak kahwin, cara nak ambik borang. Itu paling penting ye.. Kena fokus sikit sebab setiap negeri ada cara masing-masing nak kahwin. lagi-lagi uzu kahwin dengan lain negeri. Laagi banyak pusing-pusing.. Hihihi..

Ambik gaambar dulu sebelum mulakan kursus hehe
Ustaz ni lah  buat lawakkk waktu mula-mula masuk :D

Ohyaaaa pakej kursus kahwin di MFD Jannah juga menyediakan makanan , breakfast, lunch dan minum petang. Minum petang dapat makan karipap / donut dar air teh o panas. Pergghh mengancam. Sedapp hehe tak sempat nak ambik gambar :)

Makan tengahari hari pertama. Banyak lauk tapi uzu ambik ni je. Menu kampung dan air sirap
 Setiap minggu ada menu special. uzu dapat menu tambahan ayam golek nyum nyum sedap!

Hari Kedua Kursus Kahwin

Untuk memastikan kursus berjalan mengikut jadual ditetapkan, sila datang awal ye.. Hihi sebab haari pertama lariii sikit masa sebab ramai masuk lambat. So hari kedua semua on time. Kursus pon berjalan dengan lancar. Uzu siap bawak baju sejuk hahahaha sebab hari pertama memasing peluk tubuh tahan sejuk. Haha so nasihat uzu bawak baju sejuk ye :)

Tajuk Modul & Penceramah Kursus Kahwin Hari Kedua
  • Pengurusan stress dan konflik, perkhidmatan runding cara di Jain ( Ustaz Suhaimi Ahmad Wakid ( Jakim )
  • Pengurusan Kesihatan ( Puan Hapsah Binti Dusa - KKM)
  • Pembubaran Perkahwinan ( Ustaz Helmy Bin Yahyaa - Maiwp )
Pengurusan kesihatan keluarga
Menu makanan untuk breakfast. Nasi lemak :) Sedappp ya ampunnn

Untuk haari kedua, ada 3 modul je..Modul-modul ni penting untuk rumahtangga. Bila dah berumah tangga, jika berlaku salah faham dan konflik,  ada cara untuk selesaikan. ada perkidmatan runding cara di Jain. Pengurusan kesihatan pon penting juga ye. yang merokok tu jangan lah merokok lagi ehh. Kesian isteri dan anak-anak yang lahir pra matang disebabkan si suami merokok. So guyss elakkan lah benda-benda yang mendatangkan penyakit kalau sayangkan keluarga ada.. huhu.. And untuk tajuk last sekali, modul berkaitan perbubaran perkahwinan... Dalam perkahwinan mesti ada asam dan garam. Normal lah tapi jika perkahwinan tak boleh diselamatkan, ada cara untuk membubarkan perkahwinan.. 

Haaaa well alhamdulillah setel pon ketujuh-tujuk model kursus kahwin dan tajuk untuk 2 hari tu. Untuk hari kedua ni kietrang balik awal sikit dalam jam 2 petang.. Boleh sambung dating pulak . Kahh! Huhu...
Yeahhh dah boleh kahwin? :p

So kesimpulanya, kalau korang yang ada niat nak berkahwin, tahun ni ke, tahun depan ke, tak kisah lah bila, boleh lah aambik kursus kahwin di MFD Jannah Putrajaya Sentral ni okay? Uzu sangat-sangat rekemen . 5/5 bintang uzu bagi. Perkhidmatan dan team MFD Jannah sangat-sangat the best bermula dari cara booking, info kursus kahwin, kat mana nak parking, parking berapa ringgit haha,  team semasa pendaftaran, team yang menjadi MC, juga ustaz-ustaz yang berpengaman luas , tempat yang selesa, tempat yang sangat statergik, tak lupa juga buffet makanan pon sedap-sedap. Haa Ni review jujur ye korang. Serius :(  Memang terbaik. Uzu suggest MFD Jannah ye .. Yang berminat boleh contact info kat bawah. Salam :)

Harga Kursus Kahwin : 
RM120/pax


Untuk Matlumat Lanjut
Whatsapp : 013-6046333

p/s : Yeahhh btw sijil dah ambik Khamis lalu :) hahaha Betul-betul dah boleh kahwin :p
Share:

5 Sila Komen:

Sis Lin said...

Tahniah Uzu dan FF..
Kemain tak menyabo ko ek..
Sabo, abam FF tu lagi tak sabo hahahaha :p

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah...dah selesai kursus kahwin..

Nieyla Nadia said...

Alhamdulillah...selesai satu perkara...
semoga dipermudahkan urusan sepanjang persediaan ke alam perkahwinan...:)

NURUL AQIDAH AZAHAR said...

alhamdulillah..selesai dh 1 urusan

Wanie Masduki said...

ustaz suhaimi ahmad wakid tu dulu dekat jais..dia memang kelakar, jiran satu kampung juga..depan rumah je..hehe..dulu pernah ajar mengaji masa saya sekolah rendah