December 10, 2018

Bantuan Sara Hidup 2019 ( BSH 2019)

Bantuan Sara Hidup 2019 ( BSH 2019) | Salam..Seperti yang kita maklum, bantuan sara hidup ialah satu bantu untuk rakyat yang mana sebelum ini dikenali sebagai BRIM . BSH 2019 ialah satu intensif Kerajaan untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan dalam menjalani hidup seharian. Bantuan ini ada syarat-syarat kelayakan sebelum memohon. Hanya yang benar-benar layak menerima Bantuan Sara Hidup 2019 ( BSH 2019) yang akan lulus permohonan..

Tarikh Permohonan / Kemaskini BSH2019

Permohonan boleh di buat melalui website ini Bantuan Sara Hidup 2019 . Kemaskini boleh dibuat sehingga bulan Disember 2018. Permohonan bagi tahun 2019 akan dibuka semula pada bulan Januari 2019. 

Syarat kelayakan BSH 2019

Syarat-syarat BSH 2019 , korang kena lah memohon mengikut kelayakan masing-masing. Contohnya macam uzu, kalau bujang dapat banyak. Bila dah kahwin ni, rasa-rasa macam tak layak apply je. Uhukkk mungkin dapat lah kot tapi RM500 sahaja. Ok lah tu daripada takde. Kita kena beri bantuan kepada yang lebih tidak berkemampuan.. So dibawah ni kategori-kategori. Boleh rujuk kat bawah ok.

– Isi rumah pendapatan bawah RM2000 akan dapat RM1000
– Isi rumah pendapatan RM2001-3000 dapat RM750
– Isi rumah pendapatan RM3001-4000 dapat RM500
– Kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah (terhad kepada 4 orang) , kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

Sebagai contoh, sekiranya isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah dan mempunyai 4 orang anak, maka jumlah BSH yang akan diterima adalah sebanyak RM1,480

Daftar Permohonan Baru

Cara untuk membuat permohonan baru bagi yang kali pertama adalah mengisi borang di LHDN atau borang online. https://bsh.hasil.gov.my/Home.aspx  .

Bantuan Sara Hidup merupakan cara yang terbaik untuk membebankan rakyat. Kerajaan telahpun meningkatkan jumlah bantuan yang bakal diterima pada 2019 . Apa yang uzu nak pesan sikit, bila dah ada bantuan ni, korang jangan lah pulak beli iphone ke beli huawei ke kan, korang guna lah sebaiknya.. Walaupun sebenarnya bantuan ni sebulan je cukup kita guna, gunalah untuk beli makanan, beli keperluan, atau buat modal bisnes ke.. Janji tidak disalahguna rakyat.. Semoga BSH 2019 benar-benar bermanfaat dan diguna dengan sebaiknya. Hehe ok lah Salam :)
Share:

0 Sila Komen: