December 17, 2018

Make Up Nikah Uzu By Maizawa Makeover


Make Up Nikah Uzu By Maizawa Makeover | Salam.. Antara salah satu perkara penting yang wajib ada ketika majlis kahwin.. Kalau takde ni, gerentiii murung lah korang sepanjang hayat . Haaaa makeup untuk kahwin penting kot.. Banyak mua juga uzu survey, uzu skodeng,  uzu tanya, ramai tak available padaa tarikh uzu nikah ni. Fuhhh mencabar sungguh kan? Haaa nasib baik lah kak Maizawa Makeover ni available tarikh panasss sebab tarikh uzu ni dikira hot dates sebab cuti sekolah, hujung tahun pula tu.. Memang musim orang kahwin.. 

Uzu mekap nikah seawal jam 7 pagi.. Uzu nikah kat dewan so uzu bersiap kat dewan awal-awal pagi dah bangun.. Bridemaids pepagi lagi sibuk mekap diri memasing uzu sesorang p bersiap.. Fuh mencabar juga kan bersiap kat dewan ni. Kebetulan takde cermin. Memang uzu tak tengok cermin hasil mekap uzu ni.. Uzu tak tau lawa ke taak.. Pujian orang ramai je buat uzu yakin, ok mekap cantik lah kot.... Kan... sebab ramai puji :D Hihihihi haa jom lah tengok mekap nikah uzu hasil shoot dari photographer :)

Yeahhhhh cantik kakkk! Sukaa !
Patut raamai yang bertubi-tubi puji mekap nikah cantik hehe
 abaikan muka gemok. Haha yang penting mekap helok :p
Bilaaaa tanya heart to heart dengan BFF " Mekap aku cantik?" ... Dia reply "cantik!!!!" 
Ok zoom sikit :) Biarpun muka ada doublechin, tapi mekap on point :)
Persis puteri dari khayangan turut dari langit :)

Amacam mekap nikah uzu? Cantekkkk hingga bergegar tulang rusuk suami sis tengok :p Kahkah personally, uzu pun suka ! Memang look natural, sesuai untuk nikah :) Memang mekap macam ni yang uzu nak.. Janji sweet look lah kan orang tengok :p hihihi apa pun , Terima kasih kak ! Terima kasih Maizawa Makeover :) Sooo yang area Kota Kinabalu sabah dan sekitarnya, kalau mo cari mekap nikah kota kinabalu, mekap sanding kota kinabalu, makeup sabah, boleh contact kakak maizawa eh :)  Hihihihi tak rugi ambik dia. Terbaik lukis kening :p eh ok byee salam ...


Untuk Matlumat Lanjut
No Fon : 0128629474
Share:

0 Sila Komen: