January 11, 2019

Azlan Lancarkan Lagu Terbaru & Produk Sendiri Iaitu Minuman Tenaga Turbo 3


Azlan Lancarkan Lagu Terbaru & Produk Sendiri Iaitu Minuman Tenaga Turbo 3 | Assalamualaikum. Selamat hari rabu guysss. Hari ini pada 09 January 2019 uzu berkesempatan ke satu majlis pelancaran single lagu baru Azlan ( Typewritter ) yang diadakan di WOW KL

Single lagu terbaru Azlan ( Typewritter ) yang bertajuk KUKUH ialah lagu hasil dari ciptaannya beliau sendiri . Karya lirik pula ditulis oleh Mars yang mana bakal memberi nafas baru pada pendengar muzik tanah air ..


Menurut Azlan, lagu ini berkisahkan tentang kisah cinta antara pasangan yang tengah hangat bercinta, haaa yang dah kawin pun boleh dengar lagu ni, heheheh ..  Muzik yang merdu dan menyentuh hati, ianya dengan bantuan komposer Manusia Putih yang insyaallah dijangka akan diterima mudah setiap lapisan masyarakat. InsyaAllah. Uzu dengar sendiri lagu ni pun macam best je hehehe 😂🙈 Kiteee minattt Azlan :)


Dikesempatan ini juga, Azlan juga merasmikan produk pertamanya iaitu  minuman tenaga Turbo 3. Bila uzu rasa, sedappp !! Hehehe 😂  Tahniah diucapkan dengan jayanya melancarkan produk sendiri . Hehe. Local produk beb, sapa yang jadi agent-agent boleh lahh contact pihak Turbo 3 ya 😂😅

Pelancaran ketiga ialah pelancaran muzik video bagi Kukuh. Wahhh tiga pelancaran untuk majlis hari ini . Hehe .  Apa yang menariknya muzik video Kukuh kali ini mengisahkan tentang usahawan muda yang sentiasa dibelenggu tekanan dan buntu mencari idea baru.. Penglibatan team Turbo 3 dan Patmana berjaya menghasilkan projek yang mengisahkan pahit getir dilalui usahawan muda masa kini.



Selain dari itu, penglibatan King Lhota ( warganegara sanegal ) bakal menarik perhatian penonton yang mana beliau boleh menyanyi dalam bahasa melayu. Menarik bukan? Uzu pon tercenggang tengok . Impressed ! Hehehee :)

Azlan berkata lagi, beliau nak muzik kali ini melibatkan negara-negara lain untuk mengeratkan lagi persabahabatan untuk dua negara .. Pengambaran ini dilakukan di kawasan kilang Maxfinitt ( Turbo 3 ) sendiri :)


Turbo 3 ialah air minuman yang menjalani proses penyelidikan dan pembangunan selama tiga tahun sebelum dikilangkan. Nampak ye memang produk yang berkualiti ye. Betul tak? Hehehee yang penting 100 peratus produk keluaran tempatan dan disahkan galal dan bersih :)
Share:

0 Sila Komen: