January 07, 2019

Jom Belajar Mengaji Di BeanaHomeQuran !


Jom Belajar Mengaji Di BeanaHomeQuran ! | Salam.. Selamat pagi semuaa.. Hihi.. Ada tak kat sini yang tengah mencari kerja kosong secara sambilan? Lagi-lagi sekarang ni ramai yang tengah menganggur .. Tak pun, kepada yang ada kerja tapi nak hilangkan bosan nak penuhi masa dengan benda yang bermanfaat?Hihi Atau memang nak cari kerja part time untuk menambah wang pendapatan untuk menampung hidup seharian? Yeahhh mungkin Beana Home Quran tengah mencari korang yang layak yang berminat nak jadi tenaga pengajar untuk mengajar mengaji Quran? Yeaahhhh !! Ini berita baik untuk korang :)

Setakat ini, Beana Home Quran mempunyai lebih 100 orang tenaga pengajar semenjak pada tahun 2017 dan juga 300 pelajar yang berdaftar setakat sini. So untuk memenuhi semua permintaan, Beana Home Quran tengah mencari tenaga pengajar yang bertuah untuk mengajar anak-anak murid ini :) Sebelum tu, jom berkenalan dengan Beana Home Quran :p 

Btw, Uzu yakin ramai tak kenal kewujudan Beana Home Quran kan? Maaf same goes me :) Lagi-lagi dah tua ni kan, dah tak belajar mengaji lagi :p Biasanya bila dah jadi mak mak baru akan faham betapa pentingnya anak-anak mereka belajar mengaji :) Mak mak mesti kenal dah Beana Home Quran kan?

Mengenai Beana Home Quran

"BEANA Homequran Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang dimiliki penuh oleh bumiputra didaftarkan pada Disember 2016 untuk meneruskan perkembangan Islam sejagat dengan keperluan masyarakat Islam pada abad ini.

Walau bagaimanapun, ANNA (founder) telah berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2009 sehingga kini. Apa yang membuatkan saya tercetus rasa untuk memperkembangkan projek ini adalah kerana keperluan masyarakat Islam di Malaysia untuk membaca Al-Quran dan memahami adalah sangat diperlukan saat ini. Penyebab utama masyarakat masih ketinggalan dalam bidang mengaji adalah kerana kurangnya pendedahan dakwah dalam memperkenalkan Al-Quran yang merupakan peneman kehidupan setelah kematian.

Beana Homequran adalah sebuah platform yang membantu masyarakat untuk lebih mudah membaca Al-Quran mengikut kesesuaian dan keselesaan pelajar, fleksibel dan sangat sesuai kepada individu atau ibu bapa yang penuh dengan kesibukan aktiviti harian.Beana juga membantu pelajar atau fresh grad untuk mendapat peluang pekerjaan secara sambilan atau sepenuh masa dan diberikan latihan sebelum proses pembelajaran dimulakan bantu masyarakat dengan membina potensi diri dalam menyelami realiti kehidupan.

Dengan ini, BEANA yang membawa maksud JADILAH SAYA, diambil dari bahasa Inggeris dan Arab untuk menerapkan bahawa segala bentuk kejayaan di dunia dan akhirat adalah dari diri sendiri. Corak kehidupan di dunia, semangat hidup di dunia adalah bentuk permulaan yang baik dalam kehidupan setelah kematian. "


Syarat-Syarat Kelayakan Untuk Menjadi Tenaga Pengajar

Skop Kerja
  • Mengajar Al-Quran daan Asas Fardhu Ain
  • Mengajar Kelas Asas Hafazan
  • Mengajar Dalam bahasa BM atau BI
  • Mengajar Kelas Adance
Kelebihan Menjadi Tutor
  • Boleh menyusun jadual sendiri
  • Bekerja dengan waktu yang fleksible
  • Mengajar di sekitar tempat anda sahaja KL/Selangor/Putrajaya sahaja
  • Elaun yang lumayan
  • Insentif belian kereta dan umrah
  • Penyata elaun disediakan
  • Reward tutor bulanan
  • Latihan dan konsultasi diberikan
So kalian-kalian semua, sapa yang ustazah adalah diutamakan. Hihi tapi ustaz pon boleh. Cuma Beana Home Quran utamakan ustazah . Hihi so guys, ada tak kenalan korang yang rasa-rasa ada background agama tinggi sikit ?:p Mungkin korang boleh sampaikan berita baik ini :) Minta diorang hantar resume kat email company kat bawah ye atau boleh whatsapp sofea:) Hihi semoga dimurahkan rezeki korang untuk mencari rezeki yang halal :) Semogaa diberkati kalian semua. Salam :)


Email : info.beanahomequran@gmail.com
Whatsapp : 011-37391905 (Sofea)

Untuk Matlumat Lanjut
Share:

0 Sila Komen: