January 07, 2019

Majlis Makan Malam Amal Volunteer Sempena MVM Appreciation Award 2018


Majlis Makan Malam Amal Volunteer Sempena MVM Appreciation Award 2018 | Salam.  Pada minggu lalu, uzu berkesempatan untuk ke majlis makan malam amal yang di adakan di The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang pada jam 8 malam sehingga 10 malam. Uzu perhatikan mungkin lebih daripada 400 orang yang hadir dalam majlis yang gilang gemilang itu :) termasuklah Muslim Volunteer Malaysia , sukarelawan terbaik yang wakilkan malaysia ke bantuan syria and so on :)

Sebelum jam 8 malam, kami telah pun sampai ke One City Subang, sementara majlis belum bermula, sempatlah kami untuk menunaikan solat isyak :p Dah kena warning awal-awaal kena datang jam 8 , perghhh terbaik team ni, memang awal sampai semuanya seperti yang diminta :) Hahaha Semangat gitu :) Bukan lah semangat, takut kena marah :p wakakakaka .

Btw, majlis makan malam amal ini di adakan oleh Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) . Majlis tersebut diadakan bagi menyambut ulang tahun yang ke-4 penubuhannya di Malaysia, serta sekaligus memberi penghargaan kepada sukarelawan malaysia . Tak lupa juga, ada penghargaan untuk keluarga asnab , pekerja dan penaja-penaja :) Allahuu baiknya hati penaja-penaja . Semoga Allah murahkan rezeki beliau .. Amin :)  Oh lupa, bukan tu je, juga ada penghargaan untuk rakan NGO, rakan media, selebriti yang telah memberikan sokongan kepada MVM :)


Majlis makan malam kali ini bertemakan "Garden" . Perghhh teruja tengok dewan penuh bunga-bunga. Memang tak menyangka dewan milik Mila AF, Bizmilla Wedding Centre telah membuatkan ramai yang teruja tengok suasana dewan yang cantik. Dah macam majlis kahwin dah :p 

Majlis bermula dengan bacaan doa dari Ustaz Fadzli Far East :)
Pengacara majlis : Da’i Izhar atau dikenali sebagai Da’i Pendakwah Millenia

Majlis dimeriahkan lagi dengan ucapan Presiden MVM , Tuan Muhammad bin Jantan. Hensem dan muda presiden MVM ni :) Yang bestnya kali ini, Tuan Muhammad telah memperkenalkan 3 inisiatif baru iaitu Pusat Tuisyen Salam, Sistem Auto debit sumbangan, dan projek penulisan #PenaMVM :) Menarik bukan? Uzu tertarik dengan auto debit sumbangan tu :) Cane eh nak menyumbang ? Pastu uzu sangat-sangat tertarik juga dengan nak daftar volunteer Muslim Volunteer Malaysia :p
Presiden MVM , Tuan Muhammad bin Jantan

Mengenai Muslim Volunteer Malaysia #2019

Dalam ucapan tuan presiden, yang mengatakan pusat tuisyen salam merupakan satu inisiatif untuk memberi pendidikan percuma kepada anak-anak asnaf Pure Heart dan juga dibuka untuk orang awam dengan bayaran yang berpatutan. Ia juga merupakan salah satu inisiatif bagi menjana ekonomi MVM untuk menampung kos operasi.

Uzu berminat dengan menyumbang melalui auto debit... Hehehe macam excited sangat nak tau cara menyumbang di Muslim Volunteer Malaysia. Bila lagi nak bina saham akhirat betul tak??  So sistem Auto debit pula cara paling mudah orang awam nak menyumbang yang melalui website donation MVM iaitu https://donation.mvm.org.my/ dengan memilih tetapan monthly donation.
cara menyumbang di Muslim Volunteer Malaysia
Alhamdulillah, uzu baru pun menyumbang melalui website https://donation.mvm.org.my/ :) Mudah je nak transfer. Ada sumbangan secara on off payment atau monthly donation .. Hehehe macam seronok pulak walaupun derma sikit je. Tapi nilainya banyak bagi yang memerlukan :( Sobss

Seterusnya, projek #PenaMVM pula merupakan satu projek penulisan bagi mencungkil bakatbakat
penulisan dalam kalangan sukarelawan MVM. Sukarelawan MVM yang berminat untuk menyertai projek #PenaMVM hanya perlu menghantar artikel atau cerita mereka berdasarkan topik yang dikeluarkan setiap bulan.

Melalui perancangan pihak MVM, ada lebih 118 program kemanusiaan dan kebajikan yang  bakal diadakan sepanjang tahun 2019 . Tuan Islahuddin iaitu Penolong Pengurus Program & Komunikasi . 90 peratus akan diadakan di Malaysia, lagi 10 peratus program diadakan di luar negara. Ada yang nak Daftar Volunteer Malaysia , program Volunteer Malaysia ? Kalau ada sila maklum kepeda mereka :)
Jualan amal merchandise eksklusif MVM dengan diskaun 15%
 Selebriti jemputan

Kemuncak VAA 2018 adalah sesi penganugerahan bagi menghargai jasa para sukarelawan MVM, pekerja MVM dan juga keluarga asnaf. Sebanyak 6 anugerah yang telah dipertandingkan iaitu anugerah Jasa Bakti, Inspirasi, Sukarelawan Harapan, Institusi Harapan, va dan Di Sebalik Tabir. Manakala 5 anugerah khas yang telah diberikan kepada sukarelawan MVM yang paling komited, keluarga asnaf MVM dan juga idola sukarelawan negara. Anugerah khas tersebut adalah anugerah Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, anugerah Prof. Dr. Muhaya, anugerah Inspirasi Pure Heart, anugerah Inspirasi Keluarga Mithali, anugerah Top Seller Jualan Tiket VAA dan anugerah Tokoh Kemanusiaan. Tahniah :)

sukarelawan malaysia, sukarelawan terbaik








Di akhir majlis, ada sumbangan selama 5 minit untuk menyumbang untuk pelarian Syria yang mana seperti yang kita tahu, sekarang ini adalah musim sejuk, rasa macam kesian dengan mereka yang kurang makan, kurang pakaian terutama musim sejuk ini.. Total sumbangan vyang dikutip ialah RM4775.70 . Alhamdulillah terima kasih yang sudi bagi sumbangan. Semoga Allah membalasnya kemudian kelak senarai pertubuhan sukarelawan di malaysia :) Terima kasih VAA2018.
contoh badan sukarelawan di malaysia, senarai badan sukarelawan di malaysia
 Kumpulan Nasyid In-Team

Alhamdulillah so kesimpulannya, tahniah uzu ucapkan MVM telahpun dah 4 tahun dibina, tahniah kepada sukarelawan malaysia terutama yang menerima anugerah. Tahniah jugaa sebab dapat kutip sumbangan secara live, tahniah juga buat sukarelawan yang baru mendaftar. . Banyak kepentingan menyertai pertubuhan sukarela ni, antara salah satunya kita mengkumpul pahala, betul tak? Hehehe so tahniah untuk semua sebab dengan jayanya menutup acara majlis amal ini .HIhi jumpa lagi next year insyaallah :p Uhukk.. Salam :)

Senarai Penaja :
Penaja Emas : Fadeco Group
Penaja Perak : Global Peace Mission Malaysia
Penaja Gangsa : Prof Muhaya Eye & Lasik Centre
Penaja Tempat : Bizmilla Catering
Penaja Hadiah :
1. Tudung Siti Murni
2. Vevious Malaysia
3. Inteam Records
4. Izz Dew Florist
5. Syabab Cookies

Akaun Sumbangan:
Nama: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:
Maybank (56480 164 7699)
CIMB (8602 5378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)
Emel : account@mvm.org.my

Media Sosial
Laman Rasmi: http://www.mvm.org.my

Sebarang maklumat boleh diajukan melalui:
Emel: salam@mvm.org.my
Telefon: 603-8074 0434
Alamat: Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
No 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor
Share:

0 Sila Komen: