January 19, 2019

Tempat Sewa Baju Kahwin Cantik Di Shah Alam (Qim Bridal Boutique)


Tempat Sewa Baju Kahwin Cantik Di Shah Alam (Qim Bridal) | Salam.. Alhamdulillah.... Rasa lega sebab majlis belah perempuan dah selesai.. Majlis belah kali pula tak setel-setel lagi sebab takde lagi tarikh yang ditetapkan untuk majlis sebelah Kelantan. Hikhikhik stress pula rasa bila orang asyik tanya kita date belah laki.. Problemnya... laki uzu dia tengah siapkan thesis dia memandangkan dia dah student tahun terakhir... Nak fokus thesis dia dulu kekdahnyee.. So dia memang tak nak fikir dulu bab majlis belah laki .. Dia tak nak fikir......tapi bini dia yang stress ........ :p

Btw bercerita tentang kahwin ni kan.., majlis kat sabah tu semuanya kiterang buat satu hari.. nikah pagi , tengahari sanding. So memang penat dan...... kiterang tak sempat nak outdoor seperti yang dirancang... So kiterang buat wedding outdoor photo shoot kat Putrajaya.. Plan nak shoot ni semingu sebelum..memang kelam kabut nakk cari photographer, nak carimua dan nak cari baju kahwin ... cari punya cari baju kahwin, survey punya survey.. uzu jumpa Qim Bridal Boutique kat IG. Hehehe .. Kenapa uzu pilih Qim Bridal Boutique ? Sebab baju-baju dia cantikk.. Kali ini uzu nak baju yang kembanggg sebab tak nak nampak gemok :p Uhukkkk.. 
Qim Bridal terletak di Shah Alam
Nampak kecik kan? Tapi nampak mewahhh suasana butik ni..
Ini adalah salah satu koleksi baju nikah yang letop dari Qim Bridal . Stunning kan?!
 Woww ! Banyak koleksi yang cantik kat sini... Sampai tak tau nak pilih :p
 Baju nikah, baju tunang, baju merisik, baju sanding, semua ada sini okay :p
 Koleksi tanjak yang cantik di buat sendiri dari owner Qim Bridal.. Cantik kan?
 Accessories untuk baju kahwin pun ada kat sini.. bunga tangan, hiasan kepala..crown..lengkap! Hihi
 Selain daripada sewa baju kahwin, Qim Bridal juga menyediakan perkhidmatan spt kat bawah..
 Qim Bridal Boutique juga ada pakej-pakej pelamin, mua dan baju ...Terbaik!! Hehehe

So pilih punya pilih, uzu jumpa banyak baju yang berkenan kat Butik Qim Bridal tapi heheheh takde saiz :p kahkah nampak sangat uzu terlalu pendek .. Baju semua untuk saiz tinggi.. So cari punya cari.. akhinyaaa uzu jumpa baju yang uzu berkenan.... Yeahhhh! Cun cun kat badan. Tak yah adjust... :p Okayyy setel lah suda bab pilih baju untuk wedding outdoor photoshoot :p Uhukkkk so guys jom tengok gambar outdoor kiterang kat bawah :) Hihi...









 

Secara jujurnya.. Uzu sangat-sangat suka dan puas hati dengan baju kahwin ni .. Baju uzu kembang macam princess, hehehe baju kahwin lelaki pun nampak moden., terletak helok kat bahu.. Boleh pakai kosong macam kat atas juga pakai songket dan tanjak.. Tapi waktu majlis sanding sabah laki uzu dah pakai tanjak dan songket so dia pakai jenis kosong tapi nampak moden :) 

Kepada pembaca setia blog uzu , hehe siapa yang bakal bertunang, bakal berkahwin , atau nak cari baju kahwin untuk majlis korang, lagi-lagii kat kalau nak cari butik kahwin area Shah Alam tu, uzu sangat-sangat recommend korang cari baju kahwin kat Qim Bridal Boutique !! Bukan je ada sewa baju, tapi Qim Bridal Boutique  menyediakan juga perkhidmatan-perkhidmatan seperti di bawah:

Perkhidmatan-Perkhidmatan Qim Bridal Boutique:
  • Wedding Planner 
  • Event management
  • Catering/ kanopi
  • Pelamin dan dekorasi / walk - way / arch (pintu gerbang)
  • Flower arrangement fresh flower
  • Hiasan meja makan pengantin / meja kek
  • Hiasan tangga / bilik pengantin
  • Gubahan hantaran (fresh flower/artificial)
  • Sewaan baju lelaki pengantin dan perempuan
  • Make up nikah / sanding / dinner / hair-do
  • Tempahan jahit baju pengantin ( sanding / nikah )
  • Tempahan baju melayu
  • Tempahan tengkolok/bengkong (ikut negeri)
  • Tempahan kasut pengantin
  • Tempahan baju kurung dan pelagai jenis pakaian lelaki dan perempuan
  • Tempahan detailing / beading manik baju
  • Tempahan persembahan silat / tarian / gamelan
  • Tempahan videography dan phptography 
sewa dulang hantaran bunga fresh shah alam

Sewa pelamin kahwin area shah alam

Alamat: 
Ting 1-26 UTC @Anggerik Mall Sek 14 Shah Alam 

Untuk Matlumat Lanjut
Facebook : Qim Bridal
(Call/ Whatsaap QIMI : 012 -6313927
Share:

0 Sila Komen: