March 05, 2019

Melaka Anjurkan Pertandingan VLOG MBMB 2019 : The Uniqueness of Melaka City


Melaka Anjurkan Pertandingan VLOG MBMB 2019 : The Uniqueness of Melaka City | Salam semua. Selamat pagi... Hihihi alkisahnya lama gilerrr uzu tak update blog kan?.. Bukan apa.. Sejak-sejak uzu dah kembali bekerja selepas beberapa bulan bercuti di sebabkan nak menguruskan majlis perkahwinan uzu yang di adakan di Sabah bulan disember lalu..Busy yang amat ya ampun... Hihihi so...lepas kahwin ni baru uzu ada free time sikit nak kerja, nak update blog. So untuk kali ini guysss, uzu nak ajak korang join satu pertandingan yang di anjurkan oleh Majlis Bandaraya Melaka iaitu Pertandingan Vlog !! Haaaa yang suka buat video tu boleh try lah join yee tak kira sesiapa, blogger ke, videographer ke, tak kisah janji pandai buat vlog.. hehehe :p

Kenapa eh tetiba je kan Melaka nak buat pertandingan..?? Tau tak kenapa? Haa pada yang tak tau ( uzu pon tak tau sebenarnya :p ) Rupanya.. Melaka buat sambutan bersempena Ulang tahun ke-16 Bandaraya Melaka bersejarah, pada 15 April 2019 dan kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil insiatif menganjurkan satu pertandingan Vlog MBMB 2019.


Apa yang uzu tahu, ada 3elemen yang kena ada dalam Vlog tu iaitu The Uniqueness of Melaka City berkonsepkan empat elemen iaitu makan-makan@ Melaka City, jalan-jalan @ Melaka City ,jom shooping @ Melaka City, dan Culture @ Melaka City Melaka. Pertandingan ini menarik kerana Melaka mengistiharkan Tahun 2019 sebagai Tahun Melawat Melaka yang bertemakan Melaka The Gateway To Historic Malaysia 2019/2020.


So kepada yang nak mencuba nasib, uzu rekemen korang join pertandingan ini... Blogger ramai kan yaang suka buat vlog sekarang ni kan?? Haa.. Kepada pembaca uzu di luar sana, kalau korang nak join, ada beberapa syarat yang ditetapkan.. Dan , syarat tersebut ialah : 

Syarat-syarat pertandingan :
  • Tempoh Penyertaan : 1 - 31 Mac 2019
  • Pendaftaran : Pendaftaran Online dan syarat-syarat pertandingan sila layari:-http://msdesk.mbmb.gov.my/event/daftar.cfm
  • Yuran Penyertaan :Warganegara : RM 100.00 Antarabangsa : USD 50 
  • Bayaran atas nama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah  : RHB Islamic Bank Berhad - 2540 1300 0099 67
Hadiah-Hadiah Pertandingan :
  • Hadiah yang ditawarkan dalam enam kategori termasuk tempat pertama dengan wang tunai RM7000.00 berserta penginapan 3hari 2malam di Melaka dan sijil penyerta
  • Manakala bagi hadiah tempat kedua , wang tunai RM5000.00, penginapan 3hari 2malam di Melaka dan sijil penyertaan , ketiga wang tunaiRM3000.00 penginapan 3hari 2 malam di Melaka dan sijil penyertaan.
  •  Turut diberi hadiah bagi kategori Suntingan Terbaik, Catchy Tagline dan ‘Like dan Share’ dengan wang tunai RM2500.00 bagi setiap kategori masing-masing.
Segala syarat dan sebarang pertanyaan bolelah melayari sesawang www.mbmb.gov.my atau hubungi seperti yang tertera di bawah ini.


#vlogMBMB
#vlogMBMB
#theuniquenessofmelakacity
#visitmelaka2019

Apa yang menariknya semua penyertaan vlogging ini hanya berdurasi selama 5 minit sahaja, dan akan dimuat turunkan ke ig,fb dan utube.Tujuan utamanya pertandingan vlogging ini bagi mempromosikan tempat, yang menarik  makanan yang sedap dan budaya negeri Melaka.

Juri-juri terpilih, serta Micheal Ang telah diberi tugas bagi mengadili setiap video yang dihantar dan menepati seperti “simple but creative” tapi ada isi ceritanya dan mengikut syarat – syarat yang ditetapkan ujar Micheal Ang.


Menurut Micheal Ang pertandingan vlogging ini mampu menarik minat anak anak muda terutamanya dimana ia merupakan trend terkini dan semua orang pergi mana atau buat apa kena record dan share kat social media.

Menerusi vlogging ini juga memudahkan semua orang bole dapat tahu dan akses tempat tempat yang menarik di Melaka, melalui internet , utube, dan social media , serta bloggers untuk sama sama membantu Kerajaan Negeri untuk mempromosikan lagi kempen Tahun Melawat Melaka secara amnya.

Dalam pertandingan ini, video korang kenalah tidak melebihi 5 minit. So korang pepandai lah nak buat cane kan. Semua kena simple tapi padat: Gitohhhhheheh... Tujuan pertandingan ini sekaligus untuk mempromosikan Melaka dari segi tempat menarik, makanan sedap, juga budaya yang menarik.... Mudah kan? Alaaaa Melaka kot mesti ramai yang dah berkali-kali berkunjung ke Melaka sebab Melaka kalau datang banyak kali pun tak pernah bosan :p Huhuhu. So korang mesti tau tempat-tempat tersebut, betul tak? hihihihi..

Untuk pengetahuan korang juga, juri-juri terpilih yang tertanggungjawab mengadili setiap video yang dihantar yang mana menepati citarasa iaitu “Simple but Creative” :) Micheal Ang juga berkata, vlog ni mampu menarik minat anak-anak muda terutama vlog ialah trend terkini .. Lepas tu peserta-peserta kenalah upload video tersebut di youtube dan social media :) Hehe..

Harapan uzu, semoga dengan pertandingan ini mampu menjadikan Melaka sebagai “Melaka The Gateway To Historic Malaysia” seperti mana yang diharapkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah :)
Share:

0 Sila Komen: