May 20, 2019

Kereta Sewa di Kota Kinabalu Baharu dan Moden Pelbagai Variasi

Pernahkah anda ke Kota Kinabalu? Ia merupakan sebuah bandar besar dan juga ibu negeri kepada negeri Sabah, negeri di Bawah Bayu. Kota Kinabalu mempunyai pelbagai tempat - tempat menarik dan unik yang anda hanya boleh temui di Sabah. Oleh itu, ia menjadi tarikan para pelancong yang menggemari keindahan alam semulajadi. Tambahan pula, bandar ini mempunyai pulau - pulau yang indah dan menjadi salah satu mercu tanda keunikan Borneo.


Anda juga boleh menjadikan Kota Kinabalu sebagai salah satu destinasi percutian anda. Tidak kiralah anda datang secara solo mahupun bersama keluarga, anda pasti akan mengalami percutian yang tidak dapat dilupakan. Jika anda mahukan perjalanan yang lancar ketika anda berada di sini, anda dinasihatkan untuk menyewa kereta kerana Kota Kinabalu merupakan bandar yang agak besar. Anda memerlukan pengangkutan yang boleh memudahkan anda bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd - Kereta Sewa Kota Kinabalu Yang Baru Dan Moden


Apabila anda mahu menyewa kereta, pastikan anda mendapatkan perkhidmatan sewa kereta kota kinabalu yang boleh dipercayai dan juga menawarkan harga yang berpatutan bagi kereta yang berada di dalam keadaan baik. Anda boleh menggunakan perkhidmatan kereta sewa dari N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd kerana mereka merupakan syarikat yang menyediakan kereta sewa di Kota Kinabalu yang baru, mantap dan selamat dengan harga yang berpatutan.
N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd bukan sahaja menyediakan perkhidmatan kereta sewa Kota Kinabalu, malah mereka juga ada menyediakan pakej pelancongan di Kota Kinabalu, Sabah. Anda tidak perlu tercari - cari ejen pelancongan yang lain. Terdapat pelbagai jenis kereta yang boleh dipilih oleh kerana N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd menyediakan kenderaan seperti kereta kompak, sedan, MPV, SUV, 4WD, van dan bas. Apa yang menariknya, ia juga menawarkan perkhidmatan kepada syarikat korporat dan ejensi kerajaan sama ada untuk sewaan bulanan mahupun harian Sudah tentu harga juga adalah amat berpatutan.
Syarikat ini juga telah diiktiraf sebagai 100% syarikat milik bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan serta Kementerian Kewangan Malaysia. Jadi, anda akan menyewa dari syarikat yang boleh dipercayai dan berintegriti. Mereka merupakan syarikat yang berpengalaman dalam mengendalikan perkhidmatan kereta sewa. Jenis kenderaan yang ditawarkan oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd adalah seperti di bawah.

Jenis Kenderaan Yang Disediakan Oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd


Seperti yang anda ketahui, anda boleh memilih pelbagai jenis kenderaan untuk disewa mengikut keperluan dan kehendak anda. Anda boleh memilih kereta sewa dari kompak, sedan, mpv, suv, van dan sebagainya. Berikut adalah kenderaan yang disediakan oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhdl;

Kereta Kompak
Kereta Kompak adalah kereta saiz biasa yang boleh memuatkan 4-5 orang, dan amat bagus untuk keluarga kecil. Jika anda ingin melancong seorang diri, kereta ini juga boleh dijadikan sebagai pilihan yang baik. Kereta ini senang dibawa kerana saiznya yang kecil dan juga menjimatkan petrol secara langsung menjimatkan wang anda.
Model kereta kompak yang disediakan oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd adalah;

  • Axia 1.0 (A)

  • Myvi 1.3 (A)
Kereta Sedan

Kereta jenis sedan mempunyai ruang yang lebih luas dan boleh memuatkan sehingga 5 – 6 orang. Ia mempunyai ruang but yang luas dan membolehkan anda untuk meletak barang – barang yang diperlukan di bahagian but tersebut. Ia juga mempunyai ruang dalaman yang selesa untuk anda merehatkan kaki dan juga badan di dalam kereta setelah perjalanan yang jauh.

Model kereta sedan yang ditawarkan termasuklah;
  • Saga FLX 1.3 (A)
  • Bezza 1.3 (A)


MPV

Kereta jenis MPV pula adalah lebih sesuai sekiranya anda mempunyai keluarga yang besar kerana MPV boleh memuatkan sehingga 12 orang mengikut jenis MPV tersebut. Jadi, anda boleh mendapatkan kenderaan jenis MPV sekiranya anda bercadang untuk membawa keluarga yang besar bersama anda.
Model MPV yang disediakan oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd adalah;

  • Vellfire 2.4 (A)
  • Innova NEW 2.0 (A)
  • Innova 2.0 (A)
  • Avanza 1.5 (A)
  • Alza 1.5 (A)
SUV

SUV (Sport - Utility Vehicle) juga merupakan kenderaan untuk orang yang berkeluarga. Ia meneydiakan 7 tempat duduk yang luas dan selesa bagi sesiapa yang membawa keluarga yang besar. Perbezaan antara SUV dan MPV hanyalah dari segi saiz di mana SUV adalah lebih kecil berbanding dengan MPV. Jadi, ia adalah pilihan yang lebih baik bagi anda yang lebih sukakan kenderaan yang lebih kecil.

Antara model SUV yang ditawarkan oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd adalah;

  • Fortuner 2.4 (A)
4WD

Anda boleh menyewa 4x4 sekiranya anda merupakan seorang yang menyukai cabaran. Enjin kereta 4x4 amat berkuasa dan boleh digunakan bagi anda yang mahu melakukan pengembaraan di tempat – tempat yang mencabar.
Model 4WD yang ditawarkan adalah;

  • Hilux Revo 2.4 (A)
Van

Model van amat sesuai untuk disewa jika anda perlu membawa barangan yang banyak dan juga orang yang ramai. Van adalah lebih baik untuk disewa sekiranya anda mempunyai lebih dari 10 orang bersama anda ataupun anda sedang bercuti bersama keluarga yang besar.

Bas

Selain daripada kereta, N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd juga menyediakan Perkhidmatan Sewa Bas. Ia boleh menumpangkan 35-40 orang. Jika ingin buat lawatan ke mana-mana di Kota Kinabalu, Sabah dan anda memerlukan bas pastikan ini adalah pilihan anda! Bas ini selesa, mempunyai penghawa dingin supaya penumpang rasa selesa sepanjang perjalanan.

Kelebihan Kereta Sewa di Kota Kinabalu Dari NH Travel


Jika anda masih teragak - agak untuk dapatkan kereta sewa di kota kinabalu dari syarikat ini, anda boleh melihat kelebihan - kelebihan yang boleh dinikmati sekiranya anda menyewa dari syarikat ini Berikut adalah kelebihan - kelebihan tersebut sekiranya anda menempah kereta secara atas talian;

  • Harga berbeza mengikut tempahan

Harga yang dikenakan oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd adalah amat berpatutan dan sudah semestinya berbeza mengikut tempahan harian, mingguan dan bulanan. Anda akan terus mendapat diskaun untuk tempahan 3-6 hari sewaan. Jadi, kereta sewa Kota Kinabalu di N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd ini bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan melancong, malah ia juga boleh digunakan untuk tujuan kerja ataupun kursus di negeri Sabah.


  • Bayaran deposit sahaja dikenakan

Anda hanya perlu membayar wang deposit untuk mengesahkan tempahan anda agar N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd dapat memastikan kenderaan yang ditempah. Anda tidak perlu membayar secara penuh sekiranya anda masih teragak - agak untuk menyewa. Contohnya, jika anda mahu menyewa kereta Axia, anda hanya perlu membayar RM50 dan selebihnya boleh dibayar ketika anda mahu mengambil kereta tersebut.
  • Cara pembayaran yang fleksibel

N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd menerima pelbagai jenis bayaran yang bukan sahaja berbentuk tunai. Sekarang ini, anda boleh membayar dengan menggunakan Online Transfer (CIMBClicks, Maybank2u, Bank Islam dan banyak lagi) dan anda juga boleh menggunakan Kad Kredit. Maka, anda tidak perlu membawa wang tunai yang banyak di dalam tangan anda kerana cara pembayaran kereta sewa Kota Kinabalu yang mudah.
  • Kereta yang baru dan diservis dengan baik

Setiap kenderaan yang ditawarkan oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd sudah semestinya mempunyai kondisi yang baik, bersih, selesa, selamat dan prestasi kereta yang mantap. Anda akan mempunyai pengalaman yang baik dan selesa jika anda menggunakan kereta dari syarikat ini. Keluarga anda juga pasti akan menyukai kereta sewa Kota Kinabalu dari N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd.
  • Diskaun Tempahan Online

Jika anda mahu menempah kereta sewa Kota Kinabalu dengan mudah dan cepat, anda boleh menggunakan sistem tempahan online oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd. Anda tidak perlu lagi beratur atau menyusahkan diri anda untuk ke syarikat perkhidmatan kereta sewa. Malah, anda boleh menerima diskaun tambahan sekiranya anda menempah lebih dari 3 hari.
  • Cara Tempahan Yang Mudah

Tempahan kereta sewa Kota Kinabalu melalui N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd adalah amat mudah kerana ia menggunakan sistem tempahan atas talian. Anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk menelefon atau ke pejabat mereka untuk menempah kereta yang diingini. Malah, tempahan secara online akan diberikan diskaun mengikut tempahan anda. Anda boleh menempah melalui laman web mereka dan masukkan kod baucar diskaun ‘profhariz’ yang bernilai RM20. Tempahan 3 hari ke atas akan diberikan tambahan diskaun sebanyak 5%.
  • Diskaun Mengikut Jumlah Hari Tempahan

N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd bukan sahaja menyediakan tempahan untuk harian, mingguan dan bulanan, malah anda juga akan menerima diskaun yang amat hebat mengikut tempahan yang dibuat. Berikut adalah diskaun yang ditawarkan oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd;

3 - 6 Hari - 5%
7 - 9 Hari - 15%
10 - 15 Hari - 20%
16 - 20 Hari - 30%
21 - 25 Hari  - 40%
26 - 30 Hari - 50%

Cara Untuk Membuat Tempahan Kereta Sewa di Kota Kinabalu


Proses tempahan kereta dari N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhdl adalah amat mudah dan akan membolehkan anda untuk mendapatkan kenderaan yang diingini dengan lancar. Berikut adalah cara untuk membuat tempahan kenderaan dengan N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd;

  1. Pilih tarikh yang diingini dan lokasi untuk mengambil kereta
  2. Senarai kereta untuk disewa akan dipaparkan. Pilih kereta yang anda mahukan dan klik ‘BOOK NOW’.
  3. Anda boleh memilih ‘add - ons’ (boleh dipilih). Jika anda tidak berminat untuk menambah apa - apa add - ons, maka anda boleh menekan butang ‘continue’.
  4. Isikan butiran anda seperti nama, email dan sebagainya.
  5. Semak tempahan anda. Jika anda perlu menambah atau menukar  apa - apa butiran, anda boleh menekan butang ‘edit’.
  6. Lakukan pembayaran. Anda akan dibawa ke billplz untuk anda membayar deposit.
  7. Lengkap. Simpan number tempahan anda dan anda boleh menyewa kereta dari N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd.

Testimoni Kereta Sewa di Kota Kinabalu dari N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd


Perkhidmatan kereta sewa Kota Kinabalu yang diberikan oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd sudah semestinya bertaraf 5 bintang dan akan memuaskan hati semua pelanggan yang menggunakan servis mereka. Para pelanggan juga ada meninggalkan testimoni untuk anda lihat. Berikut adalah testimoni yang diberikan oleh para pelanggan N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd;

Tempah Kereta Sewa dari N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd Sekarang


N HELZY RENT A CAR & TRAVEL SDN. BHD | PERKHIDMATAN KERETA SEWA SABAH
Telefon:
Hotline 1 : Tekan untuk telefon (013-8658484) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2 : Tekan untuk telefon (013-5599261) | Tekan untuk WhatsApp
Pejabat : Tekan untuk telefon (08-8258484)
Facebook: @nhelzyrentacar
Instagram: @nhrentacar
Laman web: www.nhtraveltours.com

E-Mail: : booking@nhelzyrentacar.com
Alamat:
N HELZY RENT A CAR & TRAVEL SDN. BHD. ( 1169312-V )
Lot C18-2, 1st Floor, Kepayan Perdana Commercial Centre, Jalan Lintas, 88200 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia

Tempah dengan menggunakan laman web dan dapatkan kod baucar RM20 dengan menggunakan kod ‘profhariz’

Share:

0 Sila Komen: