May 28, 2019

Persiapan Raya Kali Pertama Bergelar Isteri


Persiapan Raya Kali Pertama Bergelar Isteri | Salam.. Sedar tak sedar, kita dah berada di pertengahan bulan puasa... Lagi dua minggu kita akan menyambut hari raya...Apa persiapan raya yang dah korang prepare? Haaaa uzu kali pertama nak beraya dengan suami.. Persiapan tu tak siap lagi setakat ni, cuma uzu masih mencari baju raya yang matching dengan suami :p Payahnye nak cari baju sedondon ni.. :p 


1. Baju Raya macthing Dengan Suami
Tahun ni uzu beraya belah suami kat Kelantan.. Family in law kekdahnye ada baju tema dan tahun ni kaler "navy blue" .. Huhu.. Suami dah beli baju dia sesiap. Uzu lak tadi dah p butik feberet Leeyanarahman kat Bangi, plan nak beli baju navy blue tu tapi tak sesuai dengan uzu yang gemokk ni uhukk :( Terpaksa beli design laiin :p Ehhhh padahal dah berkenan design baju lain :p Tadi nak cerita, uzu p butikk kat Bangi waktu weekday, tapi still butik penuh :( Nak fitting pon ambik nombor dan beratur. OMG!! Tension .! Baik beli Lazada je daripada beratur panjang! Dah lahhh susah nak parking..! Jangan lupa gunakan Lazada voucher jika nak diskaun lebih” Ada diskaun.. Tak payah beratur panjangggg!


2. Kuih Raya
Uzu kalau beraya di rumah orang, memang tak makan kuih raya.. Akan makan yang kekacang macam tu, benda yang krup krap krup krap siapp kunyah... Plan nak buat benda yang sesimple, popia ke, kek batik ke, cheese cake ke , haa apa2 je lah yang mudah :p Kalauu buat kuih raya banyak-banyak bukan korang makan pon :p Hihihi uzu kuih muih ni akan beli kuiih tunjuk je. Setel..

3. Kasut Raya
Haaa yang ni uzu malas nak cari . Nak beli online je. Uzu dah tengok dan cuba survey surveyyy antara Lazada dan Shopee, of coz shoppee murah sikit kalau nak beli, lagi murah kalau korang guna Shopee promo code


4. Tukar Duit Raya
Tarikh untuk tukar duit raya , uzu nampak tadi orang beratur kat Cimb, oh rupanya hari ni kat Cimb. Mungkin esok esok kat bank lain....Korang dah tukar? Uzu tak tukar.. Sebab suami dah tukar :p Jadi kita tompang je lah :) 

5. Servis Kereta
Uzuu rasa taubat nak drive ke Kelantan naik kereta.. Bapa ya ampun penat namati..Tu bila jalan tak jammed.. Kalau jemmm?? Haaa so uzu dah sesiap beli tiket flight minggu lalu.. Agak mahal juga kan balik Kelantan naik flight.. RM500-600 juga :( Ikutkan hati nak naik bas je.. Sobsss.. Tapi bagi yang drive balik kampung, jangan lupa servis kereta korang ye... Wajib..!

Haaa ini je lah list yang persiapan raya uzu untuk tahun ni.. Hihik..Tak banyak sangat pon sebab tak tau nak prepare apa :p Hahaha masih berdua dengan suami jadinya kiterang tak plan nak buat apa untuk persiapan raya tahun ni :p Baju raya, kasut raya, tudung raya, kuih raya, tukar duit, apa lagi eh? Blurrr nak buat apa .. Maklummlah first time kiterang raya sebagai suami isteri :p Hihi ok lah korang.. Sampai sini je lah entry uzu untuk hari ini... Selamat berpuasa dannn berhati-hati di jalan rayaa ye nanti balik kampunggg tu.. hihi salam.


Share:

0 Sila Komen: