July 05, 2019

Tempat Menarik Terbaru Di Batam, Indonesia (2019)


Tempat Menarik Terbaru Di Batam, Indonesia (2019) | Salam. Batam bukanlah satu cerita dongeng yang mana dahulunya Batam dikenali sebagai "kisah kahwin lari" ..Selain daripada daerah Golok selatan Thailand yang mana terkenal dengan tempat untuk berkahwin tanpa restu keluarga, berkahwin untuk menambah isteri atau berkahwin dengan cara cepat. Namun, kisah kahwin lari di Batam pada masa kini, makin lama makin kabur dan kurang. Batam kininya sedang meningkat naik dalam industri pelancongan. Mengikut statistik keluar masuk Batam, Singapore adalah negara yang sering ke Batam dan diikuti dengan Malaysia kerana Singapore dan Malaysia adalah negara yang paling dekat dengan Batam. Pengangkutan dari Singapore dan Malaysia juga mudah membuatkan lagi para-para pelancong datang ke Batam.

Pertama sekali penulis ke Batam ialah pada tahun 2018 iaitu atas jemputan Tourism Indonesia, wakil Malaysia untuk ke menerokai Batam untuk kali pertama.. Tiada keterujaan pada hati penulis sewaktu dijemput namun setelah sampai ke Batam, penulis teruja dengan keindahan Batam.. Rupanya Batam sangat-sangat cantik. Banyak tempat menarik yang ada di Batam.

Sebelum itu, untuk ke batam dari Malaysia, ada dua cara. Pertama, boleh naik kapal terbang dari Subang ke Batam. Penerbangan 3 kali seminggu. Namun cara ini bukan pilihan penulis kerana tiket kapal terbang agak mahal. Cara kedua ialah dengan menaiki bas dari Terminal Bas Selatan(TBS) ke Stesen Bas Larkin, Johor. Harga tiket bas ke stesen bas larkin dalam lingkungan RM43-RM45/sehala. Sampai Larkin, penulis kena  ke terminal feri ke Batam. Ada dua terminal yang anda boleh pergi. Sama ada naik grab/teksi ke Terminal Stulang Laut atau Puteri Harbour Terminal. Penulis pernah menaiki feri dari kedua-dua terminal. Mengikut pengalaman penulis, walaupun tiket feri dari stulang laut lagi murah tapi feri dari Terminal Puteri Harbour lebih selesa berbanding feri stulang laut. Perjalanan dalam feri untuk ke Terminal Batam mengambil masa 2 jam.

Ini kali ketiga penulis datang ke Batam tapi banyak tempat lagi yang penulis belum terokai kerana setiap tiga bulan pasti ada tempat baru yang di buka.. Disini, penulis kongsikan beberapa tempat yang menarik di Batam.

[Tempat-Tempat Menarik Di Batam]

- Welcome To Batam
- Pasar Jodoh
- Nagoya Hill Mall
- Laksamana Cheng Ho
- Masjid Muhammad Cheng Ho
- Pasific Palace Hotel
- Kampung Vietnam Batam
- Jambatan Barelang
- Pulau Galang
- Navasa Bay
- Kebun Raya Batam
- Kampung Terih
- Kampung Tua Nongsa Pantai
- Kedai Tok Ngah ( Ole-ole )
- Masjid Agung Batam
- Dataran Engku Puteri
- Pulau Ranoh
- Tebing Langit

Bila sampai ke Batam, tempat pertama yang pelancong wajib datang sudah semestinya Welcome To Batam kerana lokasi tempat ini berdekatan dengan Terminal Feri Batam(Batam Centre).


Masjid Laksamana Muhammad Cheng Ho dibangunkan pada 2015. Masjid ini dibina diinspirasikan kerana Cheng Ho pernah singgah dan menyebarkan ajaran Islam di Batam. Masjid ini dibina dengan nilai-nilai rekabentuk cina dan arab. Ia tidak direka dalam bentuk kubah masjid seperti masjid yang lain. Keunikan masjid ini membuatkan penulis sangat teruja melihatnya.


Tidak jauh daripada Masjid Muhammad Cheng Ho, terdapat juga replika Kapal Laksamana Cheng Ho yang terletak di daerah Bengkong Golden City. Tiket masuk ke tempat ini 1000 IDR percuma air minuman. Replika kapal ini dijadikan sejarah  kerana Cheng Ho pernah menjelajahi maritim terbesar melibatkan 400 kapal dan lokasi terakhir penjelahan adalah di Batam.


KampungTerih diikenali juga sebagai Kampung Melayu kerana orang-orang Melayu kebanyakkan tinggal di Kampung Terih. Lokasi ini berdekatan dengan pantai terih dan bakau. Kebanyakkan pelajar-pelajar Malaysia membuat sukarelawan untuk menaja dan membangunkan kampung ini.. Pemandangan di pantai ini sangat cantik kerana boleh melihat negara Singapore dari tempat ini. Tiket masuk ke Kampung Terih ialah 10000 IDR.


Pulau Vio Vio antara pulau yang baru sahaja dilancarkan tetapi belum ramai pelancong yang menyedari kewujudakan pulau ini. Bagi penulis, pulau yang terletak di Galang Batam ini sangat cantik sekali kerana tanahnya putih dan bersih. Perjalanan untuk ke Pulau ini lebih kurang 2 jam perjanan dari Bandar Batam.


Tebing Langit salah satu lokasi yang seringkali penulis kunnjungi tetapi tidak pernah bosan dengan tempat ini. Pada tahun 2018, penulis telah memviralkan Tebing Langit ini sehinga mempunyai lebih 10000 jumlah kongsian dan 10000 komen di Facebook penulis. Tempat yang paling banyak spot Instagramable yang cantik ! Tiket masuk ke Tebing Langit ialah 10000 IDR.


Sea Forest Adventure Nuvasa Bay ialah tempat yang sesuai untuk orang dewasa, remaja dan kanak-kanak kerana ia mempunyai dua jenis aktiviti pengembaraan iaitu "Sea" dan "Land" ! Terdapat taman tema air yang selamat untuk kanak-kanak. Untuk orang dewasa, wajib cuba "The Longest Flying Bike" yyang mana ia paling terpanjang sekali di Sumatera. Jaraknya 300 meter panjang. Tiket masuk ke Sea Forest Adventure ini ialah 50000-60000 IDR.




Kepri Coral. Pulau  ini baru sahaja siap dibina dan belum lagi dirasmikan tetapi setakat ini banyak pelancong sudah ke Kepri Coral. Pulau ini antara pulau yang paling besar, cantik, dan termahal sekali di Batam. Penulis berasa bertuah kerana dapat ke Kepri Coral yang besarnya lima kali ganda dari Pulau Ranoh. Banyak aktiviti menarik yang ada di Kepri Coral antaranya "Snorkeling, Sea Aquarium/ Undersea World , Swimming Pool,  Kayak, Water Bike, Tarzan House, Fish feeding, Shark Feeding, Hammock,& Bean Bag". Yang uniknya penginapan disini berbentuk Dome. Untuk ke Kepri Coral hanya di buka kepada umum pada Sabtu dan Ahad dan tiket masuk hanya boleh dibeli melalui ejen-ejen pelancongan dibawahya.
















Pulau Ranoh satu pulau yang meriah dengan aktiviti tanah dan laut. Ia seakan-akan taman tema yang terletak di satu pulau dari bandar. Pulau yang bersih dan pasir putihnya membuatkan pulau ini unik ! Terdapat kemudahan-kemudahan yang menarik yang disediakan sehinggakan pulau ini menjadi rebutan pelancong Singapura, Malaysia dan Thailand berpusu-pusu untuk datang ke Pulau Ranoh.









Share:

0 Sila Komen: