August 07, 2019

Pelancaran Koleksi Hartanah PKNS 2019


Pelancaran Koleksi Hartanah PKNS 2019 | Salam.. Hihihi sekarang ni uzu dah mula survey2 rumahh .. Ye lahhhhh rasa semangat tengok kengkawan blogger ( acecehhh adekah ini khas untuk ujang? ) , dah kawan fesbuk yang lain ada rumah sendiri untuk didiami, ada rumah kedua untuk buat investment, ada rumah ketiga untuk homestay, rumah sewa dan lain2..gitohhhhh .. Uzu ni kerja pon malasss berangan nak beli rumah? Hahaha :D Lohhh takpe lahhh..Buat masa ni uzu nak berangan dulu boleh? :p 

So last week uzu ada pergi Pelancaran Koleksi Hartanah PKNS 2019 .. Rasa kebetulan sangat kan? Memang uzu tengah servay rumah under PKNS.. Dan uzu tak sangka pula banyak projek-projek rumah di bawah PKNS. Lebih kurang 20 projek kesemuanya kalau tak silap uzu.. Semua projek ofcozz di Selangor sahaja .. Uzu berkenan rumah kat di area Puchong tu .. Huhuhu .. Tengah membuak-buak nak ada rumah sendiri ni :p Berangan nak beli rumah harharhar :D Kah! Ok btw nak ucap tahniah kepada PKNS yang mana telah bekerjasama dengan Maybank dalam pembelian rumah untuk rumah pertama ... :)





Kerjasama PKNS dan MAYBANK kali ini ialah untuk memudahkan para pembeli utk membeli rumah dengan tiada pembayaran deposit dilakukan. So selalunya kalau nak beli rumah, kita kena sediakan 10% deposit (selalunya RM10k ke atas) kan? Kali ni tak perlu pening-pening nak cari deposit rumah, Maybank akan memberi loan ke atas kitaa. So full loan lah rumah korang tu nanti .. Uzu rasa ini inisiatif yang baik sebab kadang-kadang pembeli susah nak kumpul duit untuk bayar deposit rumah.. Betul tak ? Haaaa .. uzu pon peningg hahahaha macam nak cekau duit nak deposit rumah? Dah lega dah sekarangg hhehehehe... :)







Syarat-syarat Permohonan Rumah Selangorku

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan.
  • Pendapatan maksimum isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan.
  • Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
  • Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon; dan
  • Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
  • Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
So untuk permohonan rumah, nak chek status rumah yang anda layak, boleh rujuk info website Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor di link kat bawah ye.. HIhi salam :)

Untuk Matlumat Lanjut
Share:

0 Sila Komen: