September 28, 2019

Cafe & Restoran Sedap Dan Terbaik Di Sekitar KL : Luckin Kopi


Cafe & Restoran Sedap  Dan Terbaik Di Sekitar KL : Luckin Kopi | Salam.. Alhamdulillah ya allah syukur ke hadrat illahi dengan kurniannya , uzu diberi kesihatan dan masih bernafas lagi walaupun jerebu tebal :p (walhal pasang penapis udara coway 24jam kahkah) Hehehe.. Jerebu-jerebu pon sempat jalan-jalan cari makan kat KL... Tekak rasa bosan asyik makan nasi ayam je tiap hari...Uzu kerja tak dan nak masak ...Suami selalu balik lambat dan dia makan kat ofis (boleh diterima tak alasan ni?) Jadi bungkus je lah...Menu uzu kalau tapau makanan tu mesti ituuuu2 je, nasi ayam dara..So nak mencuci tekak yang dah muak ni, maka uzu ke satu cafe yang kat KL ni... Nama dia Luckin Kopi ..

Siapa yang peminat kopi wajib try minum kopi-kopi yang ada di Luckin Kopi ni guyss. Tempat best lepak... Cafe pon cantek weiii ... Design cafe yang moden ni membutakan rasa macam tak nak balik pulak hahaha...  Cafe ala-ala macam china town kopitiam lah kot kan....






Selain daripada kopi-kopi yang sedap ni, Luckin Kopi juga menyediakan pelbagai jenis makan ( ala-ala macam kat oldtwon ) .. Yang uzu pernah try tu menu breakfast, lunch dan dinner .. Perghh serius sedap-sedap guyss menu kat Lukin Kopi... Berbaloi i toldd youuu i drive all the way from puchong to KL .. Nikmat yang amat... ! So kita tengok menu breakfast dulu ya :) Boleh rujuk gambar-gambar kat bawah..

Menu Breakfast Di Luckin Kopi






Rare betul menu breakfast kat Luckin Kopi ni heheheh .. Set nasi lemak tu normal lah kan semua kedai standart rupa dia camtu.. Tak rare lah kann...Tapiii yang rare tu nasi lemak tu dia tukar dengan bihun dan mee goreng !! Unik ok unikk.. Hehehehe serius lah tak pernah tengok idea bernas gini.. Bukan setakat rupa jer sedap, uzu try semua menu-menu breakfast ni, semua sedap-sedap guysss! Waduh sis bagi 5/5 bintangg !! :)

Menu-Menu Lunch & Dinner















Menu-menu dinner, hi tea dan dinner boleh rujuk gambar-gambar kat atas ye.Hihihi.. Haaa  mengenai menu kat atas ni, uzu suka makan western food kat sini.. Macam-macam jenis ada.. Yang suka petai jangan lupa try spaghetti petai guysss. Hahahaha raree giler western food ada petai. Hahahaha uzu juga suka set nasi , ayam tambah dengan cheese.. Gurlppp meliurkan pulak gambar ni... Kahkahkah.. Tapi bila rasa menu ni rasanya tak pelik. Dia jadi sedap ! Its a good try chef ! Big thanks to their chefs sebab create kan menu-menu kat Luckin Kopi ni. Hehehehe.. Sedapp serius.. Uzu bagi 5/5 bintangg jugakkkk ! 

InsyaAllah nanti kalau kawan-kawan tanya nak makan mana kat kl, uzu akan cepat-cepat suggest diorang makan di Luckin Kopi lah !.. Most recommanded ! Sebab apa ? Sebab..Menu rare, cafe cantik dan bersih, servis terbaik.. Cepat je sampai makanan.. Air dia pon sedap guys.. Entah lah semua perfect ni dah kenapaa??! :p So kepada pembaca blog ku sayangg, kalau ke KL jangan lupa singgah makan kat Luckin Kopi ya.. Free Wifi :p Hhahaha ok lah bye salam :)

Untuk Matlumat Lanjut

Alamat : Luckin Kopi, 14, Jalan Panggong, 50000 Kuala Lumpur. 
Tel: 03-2856-2811 or 016-397-6898

Waktu Operasi : Setiap hari 7am-9pm. 
Share:

0 Sila Komen: