October 20, 2019

Fun Run Sayangi Jantungmu Megaklinik Zahran Meriahhhh !!


Fun Run Sayangi Jantungmu Megaklinik Zahran Meriahhhh !! | Salam.. Alhamdulillah minggu lepas uzu dan rakan-rakan blogger yang disayangi, kami berpeluang untuk hadir ke Fun Run Sayangi Jantungmu yang di anjurkan oleh Megaklinik Zahran Bandar Baru Bangi... Fun Run tersebut bukanlah kali pertama diadakan tetapi ini klinik yang pertama menganjurkan Fun Run yang meriah yang mana peserta-peserta yang berdaftar seramai 1500 orang ! Wahhhhhh terbaik Megaklinik Zahran !!



Untuk kali ketiga ini, ada beberapa YB yang turut serta dalam Fun Run ini iaitu CEO Megaklinik Zahran , YB Ahli Dewan Undangan Sungai Ramal, Mazwan Johar... Ada terdapat 3 jenis kategori Fun Run kategori iaitu 3km , 5km dan 10km yang melibatkan semua kategori umur. Memang seronok! 





Apa yang seronoknya, Fun Run Megaklinik Zahran ni melibatkan artis, orang biasa, pelbagai jenis kaum tidak kira melayu, cina dan india semua masing-masing berkumpul dan memeriahkan lagi acara.. Penglibatan kanak-kanak dan orang tua juga dan dan menjadi Fun Run ni satu larian bersama keluarga, sambil-sambil nak bonding time dengan family, dalam masa yang sama kita run ttuk sihatkan jantung.. See? Semua happy hihihi :)




Penglibatan artis jemputan seperti Asyraf Muslim dan isteri-isteri beliau, juga anak-anak beliau, memriahkan lagi suasana... Hihi sis pun sempat ambik gambar dengan asyraf muslim. Hihi.. Juga ada Penyampai Radio Hot FM, dan ada persembahan nyanyian dari penyanyi baru :)



Dan tahniah kepada pemenang utama iaitu percutian 3H2M untuk 2 orang ke Bali !! Hihihi sebenarnya yang menang tu anak diorang tapi yang happy tu mak pak siorang sebab anak mesti tak dapat p kan hihihi.. Untunglaah p Bali... Tak boleh jadi ni next fun run kena join sekali heheheh :p Ehh btw tahniah kepada yang menang.. Memang meriah hadiah-hadiah kat sini.. Banyakkkk hadiah yang ada.. Macam-macam...


So guyss, untuk yang terlepas join Fun Run Sayangi Jantungmu yang dianjurkan oleh Megaklinik Zahran, takpaaa insyaAllah next mesti join tauuu ! Mana tau ada hadiah utama pakej ke london :p Hehehe hehe btw , Congratss sekali lagi buat Megaklink Zahran cawangan Bandar Baru Bangi telahpun membuat event yang menyeronokkan !! YEahhhhhh !! Terbaikkk-terbaikkk !! 

Setakat ini, Megaklinik Zahran mempunyai lima cawangan di Selangor iaitu di Seksyen 7, 8 & 9 Bandar Baru Bangi, Bandar Teknologi Kajang dan Bandar Tun Hussein Onn (Cheras). Megaklinik Zahran juga terdapat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Kini, Megaklinik Zahran sedang merangka operasi di cawangan baharu bermula awal tahun hadapan di beberapa lokasi lain termasuk Cyberjaya, Putrajaya, Melaka dan Johor Bharu. Tahniah Megaklinik Zahran! Semoga terus sukses dan maju jaya!

Untuk maklumat lanjut :
Facebook : Kumpulan Megaklinik Zahran 24 Jam | Megaklinik Zahran Seksyen 9 Bangi | Megaklinik Zahran Fun Run 2019 |
Instagram : @kumpulan_megaklinik_zahran | @zahranseksyen7 | @funrunzahran
No.Tel : 017-257 2525 (setiap hari bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 8.00 malam)

#FunRunZahran2019
Share:

0 Sila Komen: