February 26, 2020

CTOS SecureID Lindungi Diri Anda Dari Scammer !


CTOS SecureID Lindungi Diri Anda Dari Scammer ! | Salam.. Apa itu CTOS? CTOS ialah syarikat swasta yang menyediakan laporan kredit dan juga digunakan secara meluas oleh institut-institut kewangan untuk menentukan kelayakan kredit pemohon, selain daripada menggunakan laporan CCRIS. Biasanya, institut kewangan akan menggunakan lebih dari satu laporan kredit untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan kredit pemohon.. 

Apa pula CTOS SecureID ? Haa ni adalah perlindungan diri kita dari penipuan yang mana CTOS SecureID bertindak untuk memerangi pencurian data atau identiti, selain membantu memantau kesihatan kredit pengguna. Perkhidmatan pemantauan dark web adalah yang terulung dilancarkan oleh agensi pelaporan kredit di Asia Tenggara. CTOS SecureID juga ada perlinduangan takaful sehingga RM20000.


Majlis minggu lepas dirasmikan oleh Bhg. Dato' Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, pihak CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), iaitu agensi pelaporan agensi kredit terkemuka di Malaysia, memperkenalkan perkhidmatan itu kepada khalayak umum pada hari ini, turut ditampilkan ialah Kapten CTOS, Hisyam Hamid bintang TV dan filem popular tanahair.

Mencuri identiti adalah satu kesalahan yang besar, contoh terdekat uzu ada sorang member ni, dia nak  beli rumah tapi tak lepas buat loan rumah sbb nama dia kena guna untuk beli motor di area Johor Bahru walhal dia tak pernah beli motor tu pun, then sejak bila dia tinggal di JB pula sedangkan dia sekarang duduk subang..? So dia rasa teraniaya lah orang guna identiti dia untuk beli motor, so  tak pasal2 dia sangkut beli rumah... Sedih tak? Haaaa mencuri identiti memang betul-betul tak jangka kan? Musnah lah impian dia nak beli rumah ..Huhuhu so uzu dah suggest kat member suh beli pakej CTOS SecureID ni sebab sebulan baru RM9.90 kan? Setahun baru RM99.. Betul-betul berbaloi kan?



"Dengan adanya CTOS SecureID hari ini bermakna kami mempunyai perkhidmatan terulung dalam pasaran yang boleh membantu melindungi pengguna daripada pencurian dan penipuan, di samping membantu meningkatkan celik kewangan, sejajar dengan misi kerajaan untuk mempromosi pendidikan kewangan dan keterangkuman,” jelas Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS. 

Siapa yang belum sign up CTOS, boleh sign atau install lah apps CTOS kat google play atau Play store kat handphone memasing, download free je, sign up pon free tapi kalau korang nak subscribe CTOS SecureID ni, boleh je subsribe sebab apa yang uzu suka pasal CTOS SecureID ni, kalau sapa-sapa guna identitti kita , dia akan terus dapat notifications.. Pemantauan kredit pon same jugak. Kalau kita jaga score CTOS kita, sama ada makin baik atau menurun, atau berlaku apa-apa perubahan mengenai scor CTOS, kita akan dapat notifications juga... And then CTOS SecureID ada perlindungan takaful sehingga RM20000 dari Zurich.. So best tak? 


Haaa dengan hanya bayaran hanya RM9.90 sebulan atau RM99 setahun, kini sesiapa sahaja boleh menikmati perlindungan CTOS SecureID . Dapatkan segera !! Salam :)

Matlumat Lanjut

Share:

0 Sila Komen: