Tempat Menarik Di Dabong Kelantan | Salam.. Seperti yang kita semua sedia maklum, negara kita tengah dilanda darurat akibat virus covid19 yang merebak diseluruh negara, lantas PKP dikuatkuasa bermula daripada bulan Mac dan selama beberapa bulan ni. Sekarang PKPP masih dilaksanakan sehingga 31 Disember 2020.. Banyak industri yang terjejas termasuklah industri pelancongan kerana sekatan keluar orang malaysia dan sekatan masuk pelancong-pelancong asing. So Tourism Malaysia membuat inisiatif untuk membaikpulih industri pelancongan domestik dengan menganjurkan Ekspresi Media Kelantan 2020 yang mana Fam Trip ini trip yang pertama bagi uzu selepas PKP...
Ekspresi Media Kelantan 2020 bermula pada 16-20 Julai 2020 iaitu selama 5 Hari 4 Malam yang akan kami semua cover beberapa daerah di negeri Kelantan antara salah satunya ialah Dabong Kelantan.
Untuk hari pertama, dari KL kami direct ke Dabong dan check in di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park. Ini kali pertama sebenarnya uzu dengar nama Dabong dan of coz lah tak pernah tahu yang kat Dabong ni ada satu tempat penginapan yang cantik nauzubillah !! Siap banyak aktiviti extreme yang menarik !! Jom kita tengok gambar-gambar sekitar Jelawang Pipe Resort ni...
0 Sila Komen:
Post a comment