April 20, 2021

Berbuka Puasa Dengan Menu Baru Di IndoAsli (Authentic Indonesian Homestye Cuisine )

 
Berbuka Puasa Dengan Menu Baru Di IndoAsli (Authentic Indonesian Homestye Cuisine ) | Salam. Ramadhan telah pun tiba. Hihi selamat berpuasa koranggg !! Harap-harap ramadhan tahun ni dipermudahkan.. So Alhamdulillah uzu dan suami ambik masa dari kesibukan kerja semata-mata nak  menghabiskan masa untuk berbuka puasa bersama di IndoAsli I-City Shah Alam.. Sejujurnya uzu dan suami memang kerap jugak ke I-City Mall Sogo Shah Alam tapi serius tak perasan pulak ada restoran makanan Indonesia kat bawah tu.. Sebab uzu memang suka travel ke Indonesia..Suka makanan Indonesia.. Sejak PKP bermula dari tahun lepas, rasa rindu pulak nak makan makanan Indonesia. Terutama Set Keli Penyet, Ayam Penyet. Semua favourite. Hihihi so tak sabar nak review menu baru IndoAsli..

Mengenai IndoAsli

20 tahun yang lalu, seorang Chef berbakat telah mengelilingi mencari the most authentic flavour of food. Dia ke berbagai tempat di Indonesia di mana dia merasakan makanan yang berlainan dari berbagai daerah di Indonesia. Ketika pulang ke rumah, dia tidak dapat melepaskan rasa rempah dan ramuan Indonesia yang enak. Untuk menyebarkan rasa cita rasa Masakan Indonesia kepada orang-orang di Malaysia, dia kembali ke Indonesia di mana dia memperoleh semua resipi asli dan membuat restoran IndoAsli yang menyajikan makanan asli Indonesia yang menyajikan makanan asli Indonesia di mana pelanggan dapat merasakan citarasa Indonesia.

Matlamat utamanya adalah untuk berkongsi rasa cinta akan makanan Indonesia dengan orang di sekelilingnya. IndoAsli adalah tempat di mana anda dapat menikmati pelbagai makanan asli Indonesia dari berbagai wilayah di Indonesia dalam satu restoran

Tempe Sira RM4.90Tahu Telur RM11.90Ayam Bakar Sate RM19.90Gulai Ayam Padang RM16.90Rendang Kambing RM27.90Rendang Sapi RM22.90Terung Raos Khas Bandung RM11.90Nasi Tumpeng Ayam Bakar Percik Bali RM25.90Ikan Talapia Goreng Renyah Sambal Nusantara RM39.90Cumi Bakar Jimbaran RM35.80 Jeli Dalam Telur RM8.90Popia Pisang RM12.90Soda Serai RM6.90Es Alpukat RM13.90Jus Alpukat Teristimewa IndoAsli

MasyaAllah !! Lepas maka uzu dan suami rasa menu-menu baru ni.. Seriusss guyss walaupun ada beberapa menu yang terlalu pedas, uzu masih boleh teruskan makan.. Haaaa dari appetizer Tempe Sira, memang sedap... Uzu tak makan tempe tau.. tapi tempe sira ni buat uzu boleh makan sampai habis.

Lepas tu dihidangkan dengan main course , Tahu Telur, Ayam Bakar Sate , Gulai Ayam Padang, Rendang Kambing , Rendang Sapi, Terung Raos Khas Bandung, Nasi Tumpeng Ayam Bakar Percik Bali, Ikan Talapia Goreng Renyah Sambal Nusantara dan Cumi Bakar Jimbaran.. Lepas tu kami dihidangkan dengan desserts iaitu Jeli Dalam Telur dan Popia Pisang. Last sekali of coz kena ad aminuman. Hihi so siapa yang selalu ke Indonesia, minuman yang paling ramai orang order terutama pelancong dari Malaysia ialah Es Alpukat, Jus Alpukat Teristimewa IndoAsli.. Yang ni first tiime uzu rasa. Sedap dua-dua ... Last sekali yang mencari peberet uzu dan suami ialah Soda Serai.. Sedapp wei.. Hihi.:) Terbaik!

So guyss..Well uzu nak review satu-satu makanan tapi banyak pulak. So uzu review keseluruhan, semua menu-menu baru dari IndoAsli ni semua sedap bagi uzu. Uzu bagi 10/10 bintang. Mungkin ada yang tak habis tapi bukan sebab tak sedap, sebab terlalu kenyang. Hehehe tapi dapat rasa semua menu memang sedap. Seriuss... Siapa yang  sukakan makanan Indonesia , boleh datang buka puasa bersama family, ajak sekali jiran tertangga.. Datang lah ke branch yang berdekatan anda. Salam :)

Untuk Matlumat Lanjut

Alamat : 
🔹Lot No: LG-36, IOI City Mall, Putrajaya
🔹Lot No: LG-58, Central i-City, Shah Alam
Share:

0 Sila Komen: