August 29, 2021

Apps Mindful Muslim Betul-Betul Membantu Mententeramkan Emosi Uzu

 

Apps Mindful Muslim Betul-Betul Membantu Mententeramkan Emosi Uzu | Salam.. Well, makin banyak apps yang canggih sekarang kan? Macam tak caya je teknologi sekarang dah upgrade sangat-sangat sehinggakan, emosi uzu yang terganggu ni, boleh reda dengan bantuan apps Mindful Muslim.. Bukan je emosi terganggu boleh guna apps ni, tapi sapa-sapa yang stress, tidak keruan, depresi, yang susah nak tido, sesiapa yang tengah ketakutan, semua boleh gunakan Mindful Muslim sebagai penyelamat kita.. Tapi dont worry ya, semua ni kita bergantung harap berdasarkan ayat al-quran, dah kisah-kisah sunnah dan rasul.. Ia bukan kita berharap kepada yang lain.. Apps ni asbab jer, Allah yang maha menyembuhkan segala masalah kita.. Best tak? Haaaaaa Tak sabar nak tau apps apa tu? Heheheh :p

Encik Mohd Akhtaar Bin Abdul Ghani

Ni dia founder kapada apps Mindfull Muslim.. Asal dari Singapore dan sekarang tengah sambng study dalam  Auckland University of Technology di New Zealand dalam bidang Masters of Communication. Hensem pulak founder dia ni.. Ehemmm nasib baik dah kawin :p

Eh jom kita explore apa yang ada kat apps Mindful Muslim ni :)

Bila masuk apps ni, korang kena sign up tau . Pastu korang pilih jantina.. Then akan nampak beberapa slide..  Rasanya macam ada slide. Ringkasan apa yang ada kat dalam apps ni.. First time uzu masuk, uzu teruja dengan design-design dia nampak professional.. Simple. Cantik. Logo-logo senang nak faham. Dalam ni ada macam-macam featureds. Dua, Ruqyah, Night Quran, Background Sound, Talkdown, Playlist, My Sleep Diary dan ada Setting.. Menarik tak?



Macam-macam surah dalam ni.. Betul-betul menengkan.. Uzu pulak setiap malam memang akan pasang surah ruqyah kat tv tapi bila ada dalam apps Mindful Muslim, kita play dalam ni lah.. Benda ni penting tau sebab nak halau jin yang ada kat tubuh kita atau kat rumah kita.. Bila malam pulak, uzu memang akan pasang ayat-ayat quran kat dalam bilik.. Kadang-kadang pasang zikir waktu pagi. Zikir murah rezeki.. Siapa yang jenis tak boleh tido malam, susah tido malam, boleh try pasang beberapa ayat quran berdasarkan apa yang disuggest dalam apps ni :)
Fuhhh terbaik apps ni !! Uzu suka sangat-sangat!! Sangat-sangat recommanded !! Lagi-lagi yang ada anak yang susah nak tido.. Pasang je ayat quran, konfem lena :p hehehe btw sapa yang nak download apps ni, download cepat-cepat dan rasakan sekarang !!! :) 

Buat masa ni install free tapi ada juga sapa nak lagi featureds premium boleh bayar dengan harga 3.90usd atau pon kalau lepas convert, RM16+ sebulan... Bahasa pula buat masa sekarang ni BI tapi akan lagi diperluaskan bahasa dalam Malay dan Arab. InsyaAllah doakan ya !! :) Salam.

Share:

0 Sila Komen: