August 01, 2021

Cara Nak Hilangkan Stress Sewaktu Lockdown Kat Rumah Ialah Dengan Bermain Games Online !!



Cara Nak Hilangkan Stress Sewaktu Lockdown Kat Rumah Ialah Dengan Bermain Games Online !! | Salam dan selamat sejahtera..  Korang sihat tak? ok tak tu waktu pandemik ni? Banyak family yang terjejas. Ada yang tak kerja. Ada yang dibuang kerja.. Ada yang masih bekerja tapi dapat separuh gaji. Dapat 10% gaji pun ada.. Ada yang berbulan-bulan tak dapat gaji.. Kalau u ols kerja gomen, alhamdulillah.. Tapi kerja swasta gaji memang senang naik tapi gini lah jadinya banyak syarikat swasta terjejas. Harap-harap kita semua bersabar dan berdoa agar pandemik ni cepat pulih..   Dah dua tahun kita semua berjihad untuk negara menentang Covid19.. Uzu dah tiga tahun tak balik Sabah.. Rindu kat family.. Sobssobssobss.. Kes sekarang ni nak sampai 17000 kes covid sehari.. MasyaAllah... 

Uzu dah berapa lama tak turun kerja. Kat rumah je. Bosan tauuu dah 2 bulan memerap kat rumah lepas diumumkan lockdown. Apa je yang uzu boleh buat untuk hilangkan bosan? Bangun, solat, masak, vacum rumah, mop lantai, basuh baju, lipat baju je takk hahaha nasib baik suami jenis baju semua tak yah lipat, main gantung je. Senang nak tengok baju mana nak pakai. Haaa memang mudah sangat jadi isteri kepada suami uzu ni :p Hahahahhaha Alhamdulillah terpuji lebih pulak :p

Tapi kan uzu dah mula naik stress ni.. Tak keluar rumah. Makin muak nak buat kerja rumah. Hari-hari buat benda yang sama.. Kalau dulu sebelum kahwin, pakwe bawak main mobile legend. Sekarang ni lepas kahwin dia main sorang-sorang je :p Dah duduk satu rumah kan.. Selalu suami  main game tanam tanam sayur. Hahahahaha biarkan jer lah. Orang bekerja ni perlu hilangkan rasa stress tu dengan main games. Memang semua orang macam tu kot... Asal stress je terus main game. Lagi-lagi kalau spesis lelaki, sehari kalau tak main game tu memang susahhh.. Cara nak hilangkan bosan time waktu pandemik memang dengan main game jer.. 

Uzu pun sama.. Kalau dah habis tengok drama korea kat netflix, haaa terus rasa nak main game lah.Sebab tak tau buat apa lagi... Selalunya petang-petang uzu baking, tak pun goreng kuih.. Cuma tak pernah update kat ig stories so korang tak taw pun uzu buat apa :p Hahahahah kadang menjadi kek. kadang tak menjadi. Stress pulak :p Lagi-lagi mixer rosak last week. So hold baking2 ni.. Hehehe kita main game laptop.. 

Uzu google hari tu website online game, jumpa lah https://plays.org/ . Main games free hehehe. Semua benda free. Macam-macam games dalam tu.. korang boleh tengok.. 


Yang menarik minat uzu main Mahjuung .. Sebab time dulu-dulu mula-mula kita ada komputer, game yang ada salah satunya game mahjung kan? Tu je lah yang kita duk main-main kat komputer zaman dulu.. Ada komputer time tu rasa kaya okeyyy sebab mahal kot time tu kan? :p Hahaha :p


So memang seronak main game kat sini. Bukan takat mahjung je, banyak lagi games lain yang best-best !! Boleh tengok sini https://plays.org/games/ . Boleh mengenang zaman kita waktu kecil. Hehehe.

Sebilangan besar daripada kita beralih kepada permainan video untuk menghilangkan tekanan. Setelah seharian bekerja keras, sangat menarik untuk mengambil pengawal atau menghidupkan komputer anda dan bermain beberapa pusingan permainan kegemaran anda. Namun, kadangkala permainan video boleh menjadi lebih meletihkan daripada meremajakan. Kenapa begitu? Adakah permainan video benar-benar mengurangkan tekanan?

Permainan video mengurangkan tekanan dengan cara berikut:
  • Permainan video menarik dan menyeronokkan, yang dapat mengurangkan tekanan.
  • Permainan menghasilkan rembesan dopamin, yang membuat anda berasa selesa.
  • Permainan video memberikan cabaran dan memberi ganjaran kepada anda kerana mengatasinya, yang menimbulkan perasaan kompetensi.
  • Permainan boleh mewujudkan keadaan aliran, yang serupa dengan meditasi.
  • Permainan video memberi anda ganjaran segera, yang membantu mengurangkan tekanan dalam mencapai matlamat jangka panjang.
  • Permainan boleh menjadi jalan untuk kreativiti dan seni, yang dapat membantu menghilangkan tekanan.
  • Permainan video boleh menghasilkan hubungan sosial yang bermakna, yang merupakan cara yang baik untuk berehat setelah seharian.
fikirkan kali terakhir anda menikmati melakukan sesuatu. Mungkin menonton rancangan TV yang menghiburkan, berbual hebat dengan seseorang, atau bermain permainan video. Bagaimana perasaan anda pada masa ini? Adakah anda memikirkan sesuatu yang lain daripada yang anda lakukan?

Kemungkinan besar tidak. Anda terlibat sepenuhnya dalam aktiviti yang ada, dan fikiran anda tidak tertumpu pada perkara lain. Penglibatan dan keseronokan adalah beberapa kaedah terbaik untuk menghilangkan tekanan. Lain kali, cuba buat sesuatu yang menggembirakan (selain permainan) dan perhatikan kesannya pada tahap tekanan anda. Akan ada perbezaan yang ketara !!
Share:

0 Sila Komen: