March 30, 2022

Buffet Ramadhan Review Di Dorset Putrajaya 2022

 

Buffet Ramadhan Review Di Dorset Putrajaya 2022 | Salam.. Beberapa minggu yang lepas, pada bulan ni juga, Mac 2022, alhamdulillah uzu dapat jemputan untuk review buffet ramadhan di Dorset Putrajaya.. Review kali ni dekat sikit dari rumah.. Sebab rumah kat Puchong, nak ke Dorset Putrajaya ambik masa 20 minit je. Hehehehe.. Jadi tak perlu rushing macam selalu.. Selalu review kat KL :p Nak bercinta dengan jem, suami kena balik awal lagi :p Hihihihi.. ^__^

Btw guys, uzu ni kali pertama dapat jemputan dari Dorset Putrajaya.. Jadi curious tak sabar nak try buffet ramadhan kat situ.. Tapi bak kata yaya, makanan kat sana sedap-sedapp ! Haaa memang ternyata sedap! Sampai 3-4 kali round uzu dan suami makan... Hampir semua dapat rasa. Ambik rasa sikit-sikit, jadi tak kenyang awal :p Tapii sedihhhhh menu dia sedap-sedap tapi tak sempat rasa semua :( Sobbbbssss.. Lain kali jemput lagi yeee :p


Kalau u olsss nak tau, Dorset Putrajaya femes dengan #Bismillah Ramadan buffet. Buffet ramadhan ni bermula mulai 6 April hingga 1 Mei 2022. Banyak menu-menu yang sedap-sedap antaranya dari pelbagai Ulam Ulaman Kampung hingga Aneka Acar, Kerabu, Ikan Masin, Kekudap Dalam Balang ke Sushi Platter, Seafood on Ice dan hidangan istimewa yang tidak boleh dilepaskan..

Menu istimewa dari Chef Wong (Ikan Kukus dengan Sos Istimewa Chef, Ketam Cili Singapura), Chef Puad's (Patin; Kerapu; Senangin with Kuah Asam Pedas/Kuah Gulai Tempoyak), Chef Mani’s Kari Kepala Ikan Merah, Chef Fieza and Chef Annuar’s Mexicano Fiesta and Tacos &Burittos kepada Iga Lembu BBQ Chef Hazarul, stesen memasakyang menyelerakan seperti Kambing Golek dengan bahasa Arab Nasi Briyani, Sate, Iga Bakar, Steamboat, Kepak Ayam Madu.. kek dan manisan mini, pilihan kurma kepada kueh Melayu tempatan, tak lupa juga ada dodol, puding & jeli serta aiskrim.. Jom kita layan gambar menu-menu buffet yang uzu sempat ambik gambar..






































Amacam? Tengok gambar nampak terliur pula.. Makanan pun sedap-sedap taww !! Lagi sedap bila dapat dengar persembahan nyanyian dari Isma & SRi Mawar dari 6.45 petang - 9.15 malam.. Ada juga tetamu artis 70an yang lain.. KOrang kena datang tawww berbuka puasa kat sini :)





Harga

RM138 nett for Adults and RM88 nett for children between the ages of 6 to 12 years old; and senior citizens from 60 onwards.

Early bird pricing for Adults is at RM118 nett per person and is valid from 4th to 10th

April; and from 30th April to 2nd May 2022.

Untuk Tempahan

+6 016 668 0265 atau +603 8892 8388

fnb.putrajaya@dorsetthotels.com

 Untuk yang nak cari pakej stay in hotel dan berbuka puasa :

Syukur Ramadan Stay & Dine Dorsett Putrajaya.

Berharga RM230 bersih seorang setiap malam dan RM310 bersih setiap malam untuk dua orang dalam satuBilik Dorsett; dan RM300 bersih seorang setiap malam dan RM376 bersih setiap malam untuk dua orangorang di Bilik Deluxe, pakej bilik termasuk sahur untuk 1 atau 2 orang,#Bismillah bufet Ramadan untuk 2 orang di restoran CitraRasa, daftar masuk awal pada jam 12 malamdan daftar keluar lewat pada pukul 2 petang (tertakluk kepada ketersediaan).

Share:

0 Sila Komen: