'Sujood' Apps Yang Sangat Mudah & Senang Untuk Kita Menderma (Tabung Digital Masjid Anda) | Assalamualaikum.. Bertemu lagi kita ye guys.. Alhamdulillah masih lagi larat uzu nak update blog.. Kalau ikutkan, uzu dah nak bersalin dah ni. Lagi tunggu hari lagi.. Hehehhe..Memang tak sempat lah nak puasa :p Berpantang di bulan ramadhan gamaknyeee :p
Okayyyy sempena nak puasa ni kan, waktu ni lah kita rakyat malaysia nak beramal, kutip pahala yang berganda... Selalunya waktu bulan ramadhan, ramai yang sedekah.. tak kisah sedekah kat rumah yang kurang berkemampuan ke, rumah anak-anak yatim ke, tahfiz ke, atau sedekah kat masjid ke.. Kalau kat masjid/surau, makanan akan disedekahkan dan diagihkan utk mereka berjemaah solat terawih, ada juga yang sedekah duit kat tabung-tabung masjid, atau kat mana-mana pun ada je tabung masjid contohonya kat kaunter kedai-kedai makan ke, kedai-kedai supermarket ke, atau kat mana-mana pun mesti ada tabung punya.. Uzu memang selalu sedekah kat kaunter-kaunter kedai makan.. Tapi selalu juga tertanya-tanya, duit tu sampai ke takk ke tempat yang sepatutnya? Haaa belum lagi kes curi tabung masjid. Gularppp.. ada kan viral kat facebook?
So sekarang ni ada cara paling mudah uzu nak citer... Haa memperkenalkan..., applikasi 'Sujood' dengan taglinenyeee Tabung Digital Masjid Anda..! Apps ni sangat-sangat menarik.. Uzu dah download kat google play. pengguna iphone boleh pun boleh download kat apps store.. Tak renyahh apps ni.. Memang sangat mudah kita nak sedekah.. First impression uzu, ohhhh senang nye nak sedekah.. Jom kita tengok pa yang dalam apps 'Sujood' ni.
'Sujood' ni kalau kat play store dah lebih 100ribu lebih orang download... Logo 'Sujood' bagi uzu sangat simple dan menarik..




0 Sila Komen:
Post a Comment